Assalamualaikum…
Dingin-dingin pagi menjanjikan keindahan yang tiada jawapan, mungkin kerana matahari belum menunjukkan kehebatannya.
Dalam memperinci setiap buku-buku yang tersusun rapi di perpustakaan, ana melihat sebuah buku yang cantik hiasan kulitnya bertajuk “Wanita yang membawa ke syurga”.. subhanallah dari membaca tajuk bukunya saja dapat merasakan ketenangan yang tersangat indah. Nikmat wanita dan syurga… Ingin sekali menghuni syurga Allah, namun tersirat perasaan kecil di hati, mampukah hamba yang hina ini mendiami syurga-Nya…
Masih segar kisah yang ku lihat semalam, sebuah cerita bertajuk Perempuan Perkalung Sorban. Cerita yang menjadikan ana berfikir panjang dan menjadi lebih semangat untuk lebih tahu tentang nilai seorang wanita di dunia ini.
Pentingnya kaum wanita bagi kaum lelaki, tempat menanam dan menghasilkan zuriat/keturunan manusia dari generasi ke genarasi hingga kini dan menjadi sumber kebahagiaan dan kedamaian di dunia ini. Sesungguhnya nilai wanita itu bukanlah semata-mata terletak pada ilmu dan rupa cantik serta alat persolekannya, tapi dinilai berdasarkan imannya dah akhlak mulia yang ditunjukkan. Itulah hakikat yang dikatakan wanita yang sebenar-benarnya.
Islam telah memuliakan darjat wanita dengan mengawal dan menjaga maruah mereka, meringankan beban tugas, bebanan perasaan dan lain-lain. Sementara kedudukan di akhirat, kaum wanita diberi kemudahan oleh Allah untuk masuk kesyurganya. Iaitu dengan melakukan solat dengan sempurna, puasa Ramadhan, taat pada suami dan mejaga maruah. Hanya dengan amalam yang sedikit serta ringan Allah menjamin untuk menduduki syurga melalui pintu mana yang disukai.
Generasi wanita hari ini sememangnya cerdik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang dipelajari, apatah lagi yang mampu dan Allah telah berikan kelebihan akal serta kemampuan untuk pergi lebih jauh berbanding orang lain... Mereka juga kelihatan cantik dengan rupa asli dan rupa yang disolekkan dengan alat solek yang bewarna warni, dengan haruman serta keindahan busana pelbagai gaya yang kini pelbagai tema di pasaran. Busana yang tidak melabelkan untuk siapa harus memakainya, buat wanita islam atau tidak. Wanita kini bebas memilihnya. Tapi saying kecerdikan itu terbatas di dunia ini saja, Cuma cerdik akal tapi tidak cerdik hati…. Cantik rupa tapi tidak cantik akhlak…
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya “Dunia merupakan suatu keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan). Sebaik-sebaik keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita solehah” –(Riwayat muslim)
Kata hukamak; “Wanita adalah tiang atau tunggak negara. Jika mereka rosak, maka rosaklah Negara dan jika mereka baik, maka baiklah sesebuah Negara dan bangsa.”
Seperti yang apa telah ana baca, Wanita yang cerdik sebenar-benar cerdik tidaklah dinilai pada kepintaran akal lantaran berpendidikan tinggi. Tidak sepertin ramai tanggapan zaman ini, nilai seseorang wanita diukur dari ketinggian pendidikan yang dibawanya, pekerjaan, gaji serta latar belakanag kelaurganya… Sementara kecantikan pula tidak hanya dinilai pada wajah cantik dan pada kesolekan pakaian dan wajahnya. Yang syaitan cantikkan pandangan matanya, mencantikkan bibirnya serta segalanya kelihatan indah yang menarik perhatian mana-mana lelaki yang lemah imannya lantas tergoda.
Hakiakatnya sebuah kecerdikan hanya dinilai pada kecerdikan hati dan kecantikan pula dinilai pada kecantikan akhlak. Wanita solehah yang menjadi sumber kebahagiaan dunia buat suami, keluarga dan masyarakat , dinilai dari sifat cerdik hati dan cantik akhlaknya.. bukan pendidikan dan kecantikan fizikal nya.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud. “Empat perkara yg menjadikan seseorang itu merasa bahagia ; Isteri solehah, anak-anak yang baik, yang taat, dapat bergaul dengan para solehin (ulamak alimin) dan mendapat rezeki (halal) di tempat ia tinggal” (Riwayat Ad Dailami dan Syaidina Ali KWj)
Itulah hakikat dan nilai wanita sebenar yg menjadi pilihan lelaki dan diperlukan masyarakat. Nilai mereka terletak pada iman yang tertanam di dalam jiwa mereka dan akhlak mulia yang menjadi pakaian dan perhiasan diri mereka. Hanya lelaki yang tidak berakal memilih sebaliknya =P
Setiap kita mengiginkan kebahagiaan, ternyata semua insan mengidamkannya.. Kebahagiaan dunia dan akhirat… kebahagiaan bangsa dan Negara. Mengiginkan kepada orang yang cerdik dan berakhlak cantik adalah fitrah semulajadi manusia.. sentiasa menginginkan sesuatu yang indah. Tetapi berapa ramai di antara di antara kita yang berusaha untuk mendidik generasi wanita agar menjadi golongan yang cerdik hati dan cantik akhlak. Malahan dengan keruntuhan moral dan kebebsan berpakaian di Negara ini, semakin ramai wanita yang sesat dan terpesong oleh arus pembangunan.
Islam ini agama yang indah, penuh kelembutan dan keindahan… tidak sedikit pun menyusahkan, malah wanita diberi kelonggaran dalam beberapa segi, sungguh ia adalah sebagai rahmat dan kasih sayang ALLAH kepada wanita selaku golongan yang lemah fizikal dan akal.
Sesungguhnya mulianya seseorang wanita bukan kerana banyak membuat jasa dan terkenal di seluruh dunia, bukan kerana pendidikannya, bukan kerana latar belakangnya tetapi kerana sifat lemah-lembut dan penyayang serta menjaga maruah dirinya dan berjasa kepada suami dan anak-anak. Juga kemuliaan wanita bukan kerana pintar akal, menghasilkan pelbagai teori dan falsafah serta menjadi perancang dan pencatur dunia, tetapi mulia mereka kerana menjadi golongon yang taat dan menyenang dan meredhakan hati suami. Berharganya waniat bukan kerana rupa cantik dan pandai bersolek dan bergaya, tetapi kerana kecantikan dan keindahan akhlak wanita…
~ mps
7 comments:
allah akhbar.. menangis hati.. menangis diri.. terima kasih.. hebat entry ini.. insya Allah.. saya cuba mengamalkannya... ^__^
Salam SYa_syi.. comel name tu..^_^
alhamdulillah syukran ukhti.. sama2 lah kita berusaha mnjadi wanita yg mmpunyai nilai yg beharga dan bukan wanita islam yg skdr nama kan.. amin.. =)
Subhanallah walhamdulillah .
entri yg bagus , menyampaikan maksud tersurat dan tersirat .
moga terus thabat , berjuang di mata pena ^^
Assalamulaikum wbt Laila..
^_^ Ganbatte..
Cerdik akal tapi tidak cerdik hati..Cantik rupa tapi tidak cantik akhlak..
Membuatkan diri betul2 berfikir...trima kasih ^^
wa'alaikumsalam...
Alhamdulillah....syukran @ Nurilahee... :) semoga perjuangan di mata pena tiada sia2 dan memberi manfaat bt kita semua..
@Ammar..syukran shbtku..! ganbatte jua buat ammar..
@ Anta Ilyas... al-afwan anta... cuma artikel yang membuka minda.. insya'allah
membuka minda, alhamdulillah
Post a Comment