Tips Sihat ala...Rasulullah


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH 
RasulSelalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain:
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari Khamis atau Jumaatbeliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
 "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN 

Sabda Rasul:"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda:
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untukmakanan.
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungirumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akanmengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. 
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk aka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
:: Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilahdiriku dengan sifat sifat mahmudah ...::

kepada saudara Muslim-Muslimat, jadikanlah ini sebagai renungan danpelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia
wallahu'alam ....
Leer completo...

Mukjizat di sebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ‘ BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ‘ yang bermaksud ‘ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. ‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘ (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas’ud berkata: ‘Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Leer completo...

Hati Yang Mati

Assalamualaikum... 
Muslimin yang diberkati Allah
Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar takwa, hanya dengan bertakwa sahajalah hidup kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

Hati diciptakan Allah Subhanahu Wataala sebagai organ yang paling utama di dalam tubuh manusia dan juga sebagai nikmat yang paling agong diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Hati menjadi tempat Allah Subhanahu Wataala membuat penilaian terhadap hambanya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang tulus ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah Subhanahu Wataala.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar ia tidak rosak, tidak sakit, tidak leka, tidak buta, tidak keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan-keadaan seperti ini, kesannya adalah melibatkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Dan akan lahirlah penyakit-penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru itu, hati adalah amanah yang wajib dijaga, sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa.  Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa diikuti taubat dan istighfar itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam di dalam hati.Itu baru satu dosa. Maka bayangkan bagaimana pula kalau sepuluh dosa?  Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Leer completo...

Istidraj ~bila Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat

Istidraj (siri 2)

Assalamualaikum... Berbalik dari istidraj yang dijelaskan di artikel sebelumnya. Apabila seseorang yang tidak faham akan nikmat dan rahmat Allah SWT, bila dia memiliki kebesaran, dia akan menzalimi orang yang dibawahnya. Kekayaan  yg ada padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya, tapi untuk berbuat maksiat kepada Allah SWT.
Manusia golongan ini telah terkeliru dgn fahaman mereka sendiri. Mereka tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hamba-Nya  yg setia dengan manusia yang durhaka.

Ustaz Yazid Ja'far pernah ditanya oleh seorang mahasiswa: "ustaz, betulkah atau tidak, saya dengar ustaz bersyarah, ulama-ulama kalau besyarah, barang siapa yang mahu mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat, hendaklah dulu mengikut jejak langkah Rasulullah  SAW dan berpegang teguh dengan agama  Islam. Betulkah ustaz?"

"Betul!"

"Minta maaflah ustaz, saya tidak berapa percaya. Sebab, apa yg saya lihat tidak begitu. Orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah inilah yg paling teruk.

Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh. Mak dan ayah saya, katanya, bukan sahaja sembahyang sehari semalam lima waktu, tapi tengah malam pun bangun sembahyang tahajjud. Rumah kami roboh juga. Puasa bukan puasa ramadan saja. Isnin mereka puasa, Khamis pun mereka puasa. Tapi kami makan, sebulan sekali, daging pun susah. Ayah saya, orang belum bang (azan) telah pergi ke masjid.

Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh pada agama. Tetapi bapa saudara saya- adik mak saya, tidak pernah sembahyang seumur hidup. Puasa pun tak pernah. Kalau kita tanya, pak cik tak ingat mati? Bukan saya seorang saja yang mati katanya. Kalau masuk neraka pun ramai orang yang masuk. Dalam hidup kaya, hidup mewah. Kita yg sembahyang ini, hidup susah.

Tapi hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yg telah dikurniakan kepada makhluk-Nya. pemberian nikmat Allah kepada hamba-Nya (yg dikasihi-Nya) ialah pemberian yang diredhai-Nya, tapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat adalah pemberian yang tidak diredhai-Nya. Inilah yg dinamakan ISTIDRAJ.

Pemberian yg redha itu, seperti pemberian ayah kpd anaknya. Ketika sang ayah hendak sembahyang, penjual aiskrim lalu, anaknya merengek meminta dibelikan. Si ayah pun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyuman mesra diberikannya aiskrim itu dgn layanan yang baik. "Makanlah baik-baik nak, Jangan bising ayah nak sembahyang".

Kemudian baru sahaja hendak sembahyang, si anak menjerit minta tambah aiskrim lagi. Ayahnya naik darah. Dengan geram dibelikannya juga aiskrim itu kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tapi pemberian kali ini adalah pemberian yg tidak redha.

Begitu jugalah Allah SWT dengan kita, kadang-kadang manusia mendapat nikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hamba-nya yg selalu membuat maksiat (durhaka) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi.)

Tapi manusia durhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yg datang mencurah dari Allah kepadanya itu, walaupun dia sentiasa berbuat maksiat, dia menyangka itu adalah satu bukti yang menunjukkan Allah kasih beserta dengan perbuatan maksiat mereka.

Wallahu a'alam bi shawab...

(secubit dari syarahan  Ustaz Yazid Jaafar)

~ bersambung di artikel seterusnya.. insya'Allah.. =)
Leer completo...

Istidraj ~ Nikmat yang tidak diredhai Allah.

Istidraj (siri 1)


Assalamualaikum...
Apakah yang dimaksudkan dengan istidraj itu? patutkah atau tidak kita jauhi istidraj? Inilah yang akan ana terangkan serba sedikit melalui penulisan risalah Ustaz Yazid Jaafar. Tajuk ini amatlah penting, terutamanya bagi anak-anak muda kita supaya jangan mudah terkeliru dengan istilah ringkas ini.


Pemikiran kebanyakan umat Islam di zaman pembangunan ini nampaknya semakin jelas kelihatan jauh menyimpang  dari pemikiran Islam di zaman silam. Pemikiran manusia di zaman yang seba maju ini telah dihanyutkan dan dikuasai oleh arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.


Inilah sebabnya kita lihat masayarakat hari ini berbeza dgn masayarakat dulu. Masyarakat hari ini? Dia lebih banyak terpengaruh dengan apa yang ada; dengan suasana sekelilingnya. Dia tidak memandang jauh seperti mana orang-orang dulu. Padahal mereka tidak belajar tingi-tinggi hingg ke universiti. Kita sekarang cerdik, ada ijazah, tidak kejam untuk ana ungkapkan, tapi bodoh.


Manusia tersebut telah tertipu dengan kekuasaan, pangkat kebesaran dan kekayaan yang diperolehinya. Lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat Allah.


Dan Jika dia berkuasa, dia gunakan kekuasaanya itu untuk menindas bawahannya kerana dia tidak tahu menggunakan nikmat kekuasaan yang ada padanya. Dia tidak faham tentang nikmat dah rahmat Allah SWT...


Wallahu a'lam bi shawab..  


bersambung di artikel seterusnya..insya'allah..=)
Leer completo...

Bersyukurlah dengan nikmat-Nya....

'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah.


Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). 
Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78.

Sahabatku, Pernahkah kita bersyukur kerana mata kita masih dapat melihat? Tahukah kita berapa besar nikmat penglihatan yang diberikan Allah kepada kita? kita baru akan tahu apabila Allah butakan mata kita. Ketika itu barulah kita sedar.

Gigi yang kita gunakan untuk mengunyah makanan ini, pernahkah kita bersyukur? kita baru merasakan betapa besar nikmatnya gigi, ketika gigi yang kita gnakan untuk mengunyah makanan itu sudah tidak ada lagi. Bagaimana kita hendak mengunyah makanan kegemarakan kita sedangkan gigi sudah tiada lagi. Wakt itu lah baru kita berkata: "kalau ada gigi, alangkah nikmatnya..."

Leer completo...

Sertai Amal dengan Jihab

Dengan Nama Allah, maha pemurah lagi maha penyayang...
Assaalamualaikum ...


Beribadat sahaja tanpa keluar berjihad, kita bukanlah Ahli Sunnah Wal Jamaah; kita bukanlah orang yang mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Kalaulah boleh dengan sembahyang saja, dengan wirid saja, dengan doa saja, masuk syurga, maka Rasulullah tidak berhijrah ke madinah. Lebih baik baginda duduk di Masjidil Haram.


Rasulillah setelah puas beribadat, beliau keluar berjihad fi sabilillah. Beliau berjuang  hingga patah giginya.
Kita ingat, kitalah orang Rasulullah, ahli ibadah tanpa peduli hal masyarakat. "Asal aku bersih, orang lain lantak masuk neraka."


Apatah lagi kalau kita hanya berjihad tanpa menggerjakan solat, lagi jauhlah dari Sunnah Rasulullah. Kita mesti ada ibadah dan jihad. Itulah baru dikatakan Ahli Sunnah, orang yang mengikut sunnah Rasulillah SAW. Itulah perjuangan Rasulullah SAW.


Dengan Haiwan sekalipun kita harus berbuat baik. Ada seorang perempuan masuk neraka bukan tidak solat, tapi wanita itu mengurung seekor kucing sampai mati. Dan ada pula orang masuk syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Tapi solatlah.Jangan hendak mengharap bagi makan seekor anjing saja dapat masuk syurga.


Kata Kubur : Hai Manusia, akulah tempat binatang berbisa, kalau kamu sudah tahu, hendaklah kamu sediakan ubatnya dari sekarang, selain solat, hendaklah kamu memulakan pekerjaan dengan Bismillah iaitu mengucapkan.Dan bertaubatlah di tengah malam yang gelap gelita dengan linangan air mata yang ikhlas kerana menyesali dosamu...


Kata Rasulullah SAW, sedikit saja airmata orang yang bertaubat, setitik saja airmata orang yang takutkan azab Allah di akhirat . Janganlah kamu ketawa di dunia, nanti kamu menangis di neraka. Menangislah didunia supaya kamu tersenyum di syurga.


Kata Kubur : Hai manusia, akulah tempat engkau yang bangkit, bila kamu mati esok, dan interview, ada soal jawab di kubur.
Boleh jawabkah kita? Ada sesetengah orang kata. dia boleh jawab. Pasal apa? Dia sudah hafal, dia sudah Hafiz.
Dia ingat boleh hafal soal jawab itu dari sekarang.Soal jawab di kubur tak perlu belajar, kerana semua pertanyaan itu kelak dijawab oleh amal kita.


Amalkanlah :




Bila kita mati, dapatlah kita mengucapkannya.Jadi kita mati dalam iman. Iman kitalah yang akan dapat menjawab segala soal jawab itu.
Leer completo...

Niqab is Mustahabb


Niqab is Mustahabb

The word "mustahabb" means "seeking the love (of Allah SWT)". A hadith qudsi beautifully describes the way to seek the love of Allah SWT:
Abu Huraira reported that the Prophet said, "Allah said: My servant draws not near to Me with anything more loved by Me than the religious duties I have enjoined upon him, and My servant continues to draw near to Me with supererogatory works so that I shall love him"
found in Sahih Bukhari
Our service of Allah SWT through our obedience of whatever He has commanded us draws us near to Him, and by doing more than has been commanded of us, we may draw nearer to Him still, inshallah.
Clearly, hijab is a command from Allah SWT and sisters draw near to Him through wearing hijab. And clearly, doing more than has been commanded is a way to draw still nearer to Allah SWT.


When a sister is already covering everything but her face and her hands, and she would like to do something extra to seek the love of Allah SWT, the only things left for her to cover are - her face and her hands!


Even if there were no other reason to wear niqab, surely this would be enough! How can it be "extreme" to wear niqab or gloves when her face and her hands are the only things the Muslim sister has uncovered in public to begin with??

Leer completo...

Bila Insan Kembali ke Pangkal Jalan, janganlah kamu hina...

Assalamualaikum....^^,



Allah Subhanu wa-Ta’ala tidak akan membiarkan para hambanya bergelumang dengan berbagai dosa, oleh kerana itu Allah sentiasa membuka luas pintu taubat dan keampunannya kepada mereka yg mahu bertaubat...

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:

”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”
(Muslim) 

 ~~~


Tak kala meniti hari-hari lalu.. begitu pantas masa berlalu, semester ini hampir berakhir. Satu catatan masa yang penuh dengan isi cerita. Sebuah memori yg penuh dengan duka dan suka takkala meniti nafas-nafas di bumi Allah ini, dan kini alhamdulillah , sudah lebih setahun ana dengan diri ana yang kini. Syukur Alhamdulillah.. 


Ana menitip segenap sudut masa, menyingkap memoir  lara, tangis dan bait-bait deruan suara raungan hati yang merintih meminta ia diakhiri. Masih segar dalam ingatan sebuah kisah-kisah lama yang menjadi pengajaran insan lemah, yang seolah-olah hanya mimpi yang pernah berdendang dalam tidurku. Teringat pula dikala tersedar dari mimpi, kesyahduan suara langit  yang  memanggil .....semuanya masih tersimpan dalam kotak memori indah...


Kebahagian yang tidak pernah diimpikan, keharmonian yang begitu indah untuk diucapkan, kesyukuran yg tidak pernah berhenti kuagungkan..Tidak pernah sesekali berhenti dan berusaha memperbaharui jiwa dan mengembalikanya dari himpitan dosa serta kesalahan ... dan kemudiannya menjelma menjadi manusia yang berfikir kembali tentang keampunan  dan kerelaan. 

Leer completo...

Ya Allah, Berikan Hambamu ini Kekuatan...


Ketahuilah olehmu...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..

Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.

Allah SWT sudah menghitung air matamu..


Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja.

Allah SWT sedang menunggu bersamamu..



Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..

Allah SWT sudah punya jawabannya..


Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.

Allah SWT dapat menenangkanmu..


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelpon.

Allah SWT selalu berada disampingmu..


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..

Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu
kelak..



Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas.

Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..


Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.

Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.

Allah SWT telah memberkahimu..


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.

Allah SWT telah tersenyum padamu..


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.

Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..


Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap.

Allah SWT Maha Mengetahui.
Leer completo...

Teman seperjuangan..