Istidraj ~bila Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat

Istidraj (siri 2)

Assalamualaikum... Berbalik dari istidraj yang dijelaskan di artikel sebelumnya. Apabila seseorang yang tidak faham akan nikmat dan rahmat Allah SWT, bila dia memiliki kebesaran, dia akan menzalimi orang yang dibawahnya. Kekayaan  yg ada padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya, tapi untuk berbuat maksiat kepada Allah SWT.
Manusia golongan ini telah terkeliru dgn fahaman mereka sendiri. Mereka tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hamba-Nya  yg setia dengan manusia yang durhaka.

Ustaz Yazid Ja'far pernah ditanya oleh seorang mahasiswa: "ustaz, betulkah atau tidak, saya dengar ustaz bersyarah, ulama-ulama kalau besyarah, barang siapa yang mahu mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat, hendaklah dulu mengikut jejak langkah Rasulullah  SAW dan berpegang teguh dengan agama  Islam. Betulkah ustaz?"

"Betul!"

"Minta maaflah ustaz, saya tidak berapa percaya. Sebab, apa yg saya lihat tidak begitu. Orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah inilah yg paling teruk.

Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh. Mak dan ayah saya, katanya, bukan sahaja sembahyang sehari semalam lima waktu, tapi tengah malam pun bangun sembahyang tahajjud. Rumah kami roboh juga. Puasa bukan puasa ramadan saja. Isnin mereka puasa, Khamis pun mereka puasa. Tapi kami makan, sebulan sekali, daging pun susah. Ayah saya, orang belum bang (azan) telah pergi ke masjid.

Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh pada agama. Tetapi bapa saudara saya- adik mak saya, tidak pernah sembahyang seumur hidup. Puasa pun tak pernah. Kalau kita tanya, pak cik tak ingat mati? Bukan saya seorang saja yang mati katanya. Kalau masuk neraka pun ramai orang yang masuk. Dalam hidup kaya, hidup mewah. Kita yg sembahyang ini, hidup susah.

Tapi hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yg telah dikurniakan kepada makhluk-Nya. pemberian nikmat Allah kepada hamba-Nya (yg dikasihi-Nya) ialah pemberian yang diredhai-Nya, tapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat adalah pemberian yang tidak diredhai-Nya. Inilah yg dinamakan ISTIDRAJ.

Pemberian yg redha itu, seperti pemberian ayah kpd anaknya. Ketika sang ayah hendak sembahyang, penjual aiskrim lalu, anaknya merengek meminta dibelikan. Si ayah pun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyuman mesra diberikannya aiskrim itu dgn layanan yang baik. "Makanlah baik-baik nak, Jangan bising ayah nak sembahyang".

Kemudian baru sahaja hendak sembahyang, si anak menjerit minta tambah aiskrim lagi. Ayahnya naik darah. Dengan geram dibelikannya juga aiskrim itu kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tapi pemberian kali ini adalah pemberian yg tidak redha.

Begitu jugalah Allah SWT dengan kita, kadang-kadang manusia mendapat nikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hamba-nya yg selalu membuat maksiat (durhaka) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi.)

Tapi manusia durhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yg datang mencurah dari Allah kepadanya itu, walaupun dia sentiasa berbuat maksiat, dia menyangka itu adalah satu bukti yang menunjukkan Allah kasih beserta dengan perbuatan maksiat mereka.

Wallahu a'alam bi shawab...

(secubit dari syarahan  Ustaz Yazid Jaafar)

~ bersambung di artikel seterusnya.. insya'Allah.. =)

0 comments:

Teman seperjuangan..