Assalamualaikum....^^,
Allah Subhanu wa-Ta’ala tidak akan membiarkan para hambanya bergelumang dengan berbagai dosa, oleh kerana itu Allah sentiasa membuka luas pintu taubat dan keampunannya kepada mereka yg mahu bertaubat...
Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:
”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”
(Muslim)
~~~
Tak kala meniti hari-hari lalu.. begitu pantas masa berlalu, semester ini hampir berakhir. Satu catatan masa yang penuh dengan isi cerita. Sebuah memori yg penuh dengan duka dan suka takkala meniti nafas-nafas di bumi Allah ini, dan kini alhamdulillah , sudah lebih setahun ana dengan diri ana yang kini. Syukur Alhamdulillah..
Ana menitip segenap sudut masa, menyingkap memoir lara, tangis dan bait-bait deruan suara raungan hati yang merintih meminta ia diakhiri. Masih segar dalam ingatan sebuah kisah-kisah lama yang menjadi pengajaran insan lemah, yang seolah-olah hanya mimpi yang pernah berdendang dalam tidurku. Teringat pula dikala tersedar dari mimpi, kesyahduan suara langit yang memanggil .....semuanya masih tersimpan dalam kotak memori indah...
Kebahagian yang tidak pernah diimpikan, keharmonian yang begitu indah untuk diucapkan, kesyukuran yg tidak pernah berhenti kuagungkan..Tidak pernah sesekali berhenti dan berusaha memperbaharui jiwa dan mengembalikanya dari himpitan dosa serta kesalahan ... dan kemudiannya menjelma menjadi manusia yang berfikir kembali tentang keampunan dan kerelaan.
Melangkah kehidupan baru dengan langkah dan azam taubat merupakan sesuatu yang begitu indah untuk diungkapkan, setiap ujian pahit yang dilalui menjadikan ia manis dan semakin bermakna...
Apatah lagi mendepani orang disekeliling, lebih-lebih lagi yang dikenali. Penerimaan org lain mungkin tidak seperti yang kita harapkan. Penerimaan positif alhamdulillah sesuatu yang setiap insan ini harapkan, berbeza dengan penerimaan negatif , begitu menyakitkan. Berupa pandangan sinis , ejekan, umpatan , celaan dari orang sesekeliling yang mengenali asalnya.
Jangan penah terdetik dihati untuk merasa takut dan mengalah dalam mengahadapi penerimaan negatif mereka. Ana sangat tersentuh apabila yang dahulunya bernama rakan kita tiba-tiba menjauhi dan tidak mahu mendekati kita lagi, yang ada cuma ada pandangan sinis mereka dan sahabat-sahabat mereka.
Peliknya budaya ini. Yang kononya setia pada persahabatan..hanya apabila salah seorang dari mereka tidak senang akan satu individu, yang lainnya akan turut mmbenci orang itu.. dan begitulah seterusnya. Walhal, mereka tidak mengenali nya, hanya kerana satu mulut celaan yg diciptanya, yang lain ikut membenci. Bermulalah pandangan sinis dan cerita-cerita yang tiada berasas. Allahualam......
Dalam mendepani budaya sebegitu, tersentuh benak duka apabila kisah individu yang berubah itu yang sebelumnya, yang kononnya hina dan teruk , menjadi bahan cerita dan umpatan, menjadi hiburan buat hati mereka. Berdendang-denang dari telinga ke telinga, mereka bangga apabila meracuni fikiran orang lain dengan kisah-kisah yang ditokok tambah... memburukkan seseorang dengan kisah lalunya..
Kan lebih baik jika dirinya yang telah berusaha disucikan dijadikan pengajaran hidup, juga sebagai batu loncatan agar mereka boleh turut sama bertaubat, kembali ke pangkal jalan. Tidakkah mereka merasa takut atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
Suasana dari tingkap bilik asrama takkala matahari mula menyinari.... |
Wahai insan... Bila ada Insan Kembali ke Pangkal Jalan, janganlah kamu hina...Ingatlah Allah menjanjikan bagi mereka yang kamu hina itu, digantikan apa yang telah mereka lakukan sebelum bertaubat (kisah lalu) dengan kebajikan, yang disandarkan dengan kebaikan mereka yang baru. Ia limpaha Kurnia Allah yang tiada taranya jika dibandingkan dengan perbuatan hamba.
Wahai insan, sesekali perbuatan kamu menyakiti hati lemah ini, sesekali kata-kata yang kamu karang itu meluluhkan air mata ini, sesekali kamu mengungkit kisah lalu ku yang kini cuma mimpi membuatku luluh bernafas, sesekali pandangan sinis kamu memanah ku... segala kesedihan selama ini... tidak akan ana tuntut pembalasannya... Dan Tidak sesekali ana membiarkan diri ini melahirkan sifat benci kepada kamu...Biarlah air mata menjadi bius penawarnya, petunjuk Allah menjadi perlindungan.. Doa ana bersemadi buat kalian, agar turut sama kembali kepangkal jalan meninggalkan dosa-dosa lalu di seberang sana...
Wahai insan, seandainya penulisan ini mencetus bibit amarah mu... mohon maaf ana pinta, sekadar renungan buat hati yang simpati pada kalian, jangan lah terus membiarkan penyakit hati meracuni kehidupan mu, kerana ana disini tidak pernah tergugat dengan semua itu, sedikit pun tiada gentar diri ini, sedikit pun tidak akan melemahkan diri untuk terus memperjuangkan agama! ana disini bahagia , aman damai dan harmoni, sedikit pun tidak ku pandang akan pandangan sinis mu, bicara bohong mu, fitnah mu ke ana...tidak akan ana gentar... cuma mahu kamu juga mengenal erti kebahagiaan sebenar.. dan memahami isi hati insan yang kamu sering sakiti...
Wahai insan, renungilah firman Allah SWT :
“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”.
(an-Nuur: 31)
XxxXXxxXXxxXXxx
Berbahagialah kamu dengan perubahan dan penukaran yang dilakukan terhadapmu itu... Jika kamu bersama-Nya dengan jalan seperti ini, maka sudah pasti Dia akan menukar kegelisahanmu dengan ketenangan, dan jiwamu akan tenteram dalam mentauhidkan-Nya.
Ya Allah, Jadikanlah kami bersama orang-orang yang berada di sisi-Mu dan bersama-Mu. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka...
Amin ya Rabbal Alamin..
~Mujahidah Pemburu Syahid.com ~
0 comments:
Post a Comment