Bersyukurlah dengan nikmat-Nya....

'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah.


Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). 
Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78.

Sahabatku, Pernahkah kita bersyukur kerana mata kita masih dapat melihat? Tahukah kita berapa besar nikmat penglihatan yang diberikan Allah kepada kita? kita baru akan tahu apabila Allah butakan mata kita. Ketika itu barulah kita sedar.

Gigi yang kita gunakan untuk mengunyah makanan ini, pernahkah kita bersyukur? kita baru merasakan betapa besar nikmatnya gigi, ketika gigi yang kita gnakan untuk mengunyah makanan itu sudah tidak ada lagi. Bagaimana kita hendak mengunyah makanan kegemarakan kita sedangkan gigi sudah tiada lagi. Wakt itu lah baru kita berkata: "kalau ada gigi, alangkah nikmatnya..."


Kita naik kereta, pernahkah kita bersyukur? Kita akan  mengetahui berapa besar nikmat naik kereta sendiri apabila kita terpaksa naik bas atau menunggu teksi sekian lama.

Begitulah juga dengan nyawa kita, pernahkah kita bersyukur? Berapakah harga nyawa kita sekali bernafas? Sepuluh Sen? tidak pernah kita hitung! Tapi insya-Allah, kita akan tahu berapa harga nikmat kita dapat bernafas ini bila kita terbaring di tengah rumah...
Buat apa terbaring di tengah rumah? Bilikkan ada? Sebab jiran-jiran kita datang menjenguk , menziarah kita yang sudah tenat. Masa itu orang talkinkan kita : Laa ilaaha illalaah...

Nafas kita turun naik. Barulah kita tahu: "Matilah aku sekali ini. " Mulut tidak dapat berkata apa-apa lagi.Lidah telah terkelu. Tapi hati kecil kita akan berkata "Tuhan, berilah aku kesempatan untuk bernafas sekali lagi. aku ingin bernafas sekali sahaja, bukan setahun. Ambillah hartaku seberapa banyak."

Kalau boleh kita beli nafas sekali itu, harta benda kita semua kita serahkan. Tapi pada masa itu harta benda sudah tidak berguna lagi. Kalau dunia ini kita yang punya pada masa itu, kita berkata : " Wahai Tuhan, ambillah dunia ini." maknanya, sekali bernafas harganya seluruh alam ini.

Begitulah besarnya harga nafas kita ini. Itulah yang setiap hari kita buang merata-rata tempat: Kedai kopi, taman bunga, pawagam, tepi pantai dan sebagainya. Sia-sia sahaja! Allah memperingatkan manusia yang mensia-siakan nafasnya, nyawanya. Firman Allah dlm surah Al-Mukminin ayat 115:

" Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan  kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? "

Inilah diantara peringatan Allah kepada kita, hamba-Nya yang melupakan mati.Begitulah kasih sayang Allah kepada kita.Mengapa Allah memberi ingat tentang mati ini? Supaya kita jangan menyesal apabila kita mati kelak...


Wallahu a’lam bi shawab...

0 comments:

Teman seperjuangan..