6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

Assalamualaikum, 


Penipuan atau Ghurur adalah peringatan kepada manusia dan membuat manusia lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Ia diebabkan oleh tiga perkara iaitu Syaitan, orang-orang kafir dan disebabkan dunia dan segala isinya (perhiasannya).
Wanita dianugerahkan kelembutan, namun ia bukan satu kelemahan dan bukan untuk diperbodohkan atau ditipu.. kelembutan bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya letaknya kasih sayang Allah s.w.t pada kaum wanita. 


Dunia itu tiada lain hanyalah mata benda yang menipudaya” (Ali-Imran:185).



Disini ana masukkan jenis wanita yg mudah ditipu lelaki agar kita wanita tidak terpedaya, bukan berniat  menyalahkan lelaki, tetapi muhasabah diri agar tidak mudah ditipu dengan syaitan, org2 kafir, dunia dan segala perhiasannya termasuk lelaki.. nauzubillah...


6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki


1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

2. Wanita yang "terdesak" untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

3. Wanita "sosial".

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada "night life", disko, berparti, "clubbing", pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah "life is short, so have fun!", atau "masa muda ni la nak rasa macam-macam..".

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

5. Wanita yang memandang "faktor fizikal" sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki "cute", "macho", dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin "handsome", "cute", "sexy" seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan "sistem pertahanan" diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK "handsome" dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang "handsome"?

6. Wanita yang "sabar" tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu "makan hati berulam jantung", atau mungkin juga dah sampai tahap "makan tangan berulam kaki". Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.



**********


Iyyaka na'budu wa iyya kanasta'iin....
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk serta hidayahNya kepada kita semua.. amin... 

~mps  

3 comments:

sya_syi said...

assalamualaikum..
izinkan saya share kak.. :)terima kasih.. atas entry ni.. moga saya boleh lebih berhati-hati.. ^__^ insya Allah.. :)

- said...

wa'alaikumsalam Sya... insya'allah silakan... :)

Shahirah said...

assalamualaikum....akak..izin kan saya...share artikel nie yaa ^_^ syukran..

Teman seperjuangan..