Cinta Dunia ~ .

Assalamualaikum....

Wanita adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dan kalah oleh godaan dunia kerana sifat semulajadi wanita yang mempunyai 90 peratus nafsu melebihi akal. Lihat sahaja disekeliling, betapa ramainya wanita yang masih hanyut dengan kecintaan dunia. Diri sendiri kadang lalai dalam menyelusuri kehidupan, yang kadang indah dan mengasyikkan. Begitulah dunia, sebesar-besar tipuan yang merosakkan seseorang,  dunia sangat sesuai dengan nafsu,sesiapa yang membiarkan nafsu memandu hidupnya pasti rosaklah ia.

Ramai yang ingin berjaya dalam kehidupan, setiap langkah ke ambang persekolahan, kolej, universiti dan peringkat yang lebih tinggi, tidak lain hanya menginginkan kejayaan dalam kehidupan. Sungguh tidak ada seorang pun yang menginginkan kemusnahan dalam hidupnya.  Kesunggguhan yang terbina pasti bersalurkan keinginan untuk masa depan yang lebih baik.  Setelah Allah memberikan kenikmatan dari hasil usaha mereka, segulung kertas menjadi kebanggaan, ada pula yang lalai. Dengan kejayaan yang dimiliki, apakah yang dicapai dan diimpi...? apakah kejayaan hidup di dunia ataupun akhirat. Begitulah dunia...mengasyikkan dan melalaikan penghuninya, setelah ia beri kenikmatan  seperti kemewahan, harta benda pangkat, nama serta keindahan, akhirat luput dari ingatan. Firman Allah  yg bermaksud ; " Tidak ada harta benda dunia itu, melainkan adalah tipuan semata-mata". ~ Surah Ali Imran ayat 185.

Dunia jua diibaratkan mainan dan senda gurau, yang hanya sebentar dan tidak kekal.  Sungguh kita manusia ssering leka, mudah terhibur dengan mainan dan gurau senda. Rugilah yang tertipu dengan mainannya seperti harta dunia serta segala isinya. sepertimana Firman ALLAH lagi dalam Surah Al An'am ayat 32 ; " Dan tidak ada mata benda dunia itu, selain daripada mainan dan senda gurau (iaitu hanya sebentar dan tidak kekal).."

Apabila seseorang itu mencintai dunia, ia akn sanggup berbuat apa sahaja, fikiran, jiwa dan tenanganya semua tertumpu kepada usaha untuk mendapatkan apa yang dihajati.  Renungi kembali niat diri kita, ingin kejayaan yang bagaimana dalam kehidupan.  Saat melangkah kaki ke kelas, ke tempat kerja...  apa tujuan sebenar kita berada di sini (kelas/tempat kerja), ibadah atau hendak mengumpul harta, wang ringgit, kuasa..? Kenikmatan yang sebenarnya untuk memuaskan nafsu dan selera dalam kehidupan dunia palsu ini.

Ketika segala kenikmatan terbuka luas, akhirnya segala yang diidamkan menjadi nyata... ketika itu, tidak lagi terfikir bahawa dunia yang bersnguh-sungguh diburunya itu akan hilang, binasa dan sia2, Ia  hanyut dalam kegilaan terhadap dunia hingga lupa ALLAH dan  kehidupan yang kekal selamanya  iaitu akhirat. Allah SWT pun berlepas tangan daripadanya kerana sikapnya yang degil tidak mahu bermujahadah dan sentiasa tunduk kepada nafsu dan syaitan. Keegoan nafsu yang menjurumuskan ke neraka, yang jika didengarnya 'neraka' pasti gentar hatinya.

Alangkah malang dan ruginya kita jika masih  membiarkan diri terus bergelumung dengan dosa dan noda. Kita leka dengan dunia yang menipu daya hingga buta mata hati, dan akal yang tidak berfungsi dan nafsu menjadi pemandu .. buta dari melihat kebenaran dan kebaikan. Cinta dunia juga menghilangkan daya kekuatan (kewarasan) fikiran dan jiwa. Janganlah kita biarkan diri kita penyakit AL WAHN, sepertimana Sabda Nabi SAW.. : "..Ialah penyakit cinta dunia dan takut kepada mati" ~ riwayat Abu Daud dan Sauban.

Bukanlah tidak boleh mengambil dunia, tidak salah menginginkan wang ringgit, harta benda jika dengan niat dan cara yang betul, janganlah biarkan kmewahan membutakan mata hati kita.  ambillah sebanyak mungkin, tetapi untuk keperluan  diri dan keluarga, sekadar keperluan. Selebihnya gunakan untuk dijadikan alat membangun dan menguatkan agama ALLAH dan mencari keredhaan-Nya. Gunakan harta untuk kepentingan Islam lebih dari kepentingan diri.

Dunia jika diburu ia akan lari, tapi jia ditinggalkan ia akan datang. Orang-orang yg meninggalkan dunia, yang menumpukan perhatiannya kepada ALLAH dan Akhirat, rezekinya murah. Hidup tenang tanpa perlu bersesah payah dan bimbang untuk mengumpul harta atau mencari nama dikalangan manusia.  Tidak ada guna sekiranya harta bertimbun dan nama masyur disebut2 di kaca TV, wajah terpampang disana sini, disanjungi org namun dirinya gelisah dan jiwanya tidak tenang memikirkan hutang dan kebimbangan menjaga harta dan namanya.

Ingatlah... Orang yang berusaha untuk Akhirat akan diberi keutamaan di dunia dan di Akhirat, tetapi bagi orang yang mengutamakan dunia akan memperolehi dunia sahaja. Semoga ALLAH membantu kita dalam usaha mengikis cinta dunia dan menggantikannya dengan cinta Allah dan Akhirat serta mencontohi zuhud para salafussoleh.. amin ya rabbal alamin...


6 comments:

Ad-Dien said...

al-wahn...al-wahn..al-wahn....

bahayanya...moga kita dihindar dari penyakit ni...insyaAllah

نور لَيْلَى said...

amin ya rabbal alamin.. benar Dien... sungguh kadang kita sendiri lalai..semoga sntiasa terjaga dan tidak leka dgn kenikmatan dunia yg sementara,,,

Ummi Akifah said...

kita sendiri akui sukakan kesenangan. tapi biarlah berpada. kerana ujian yang paling ummi sendiri takuti adalah kemewahan dunia yang mudah melalaikan..

نور لَيْلَى said...

Alhamuilah... ana setuju ummi, laila jg same...

Mu'min said...

saya juga setuju.. "Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia danperhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpunpadanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripadaazab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apayang mereka telah kerjakan."
(Hud 11: 15-16)

Mujahidah Laila said...

sekali berjuang, selamanya berjuang..... insya'allah :)

Teman seperjuangan..