P - Penyatuan jiwa dua insan
E - Elemen cinta, kasih dan sayang diabadikan
R - Rasmi agama diterapkan, resam budaya diamalkan
K - Kahwinilah dia pertama kerana agamanya, bukan semata-mata kerana kecantikan, baik keturunan, mahupun banyak hartanya
A - Allah menghalalkan ikatan yang ini, usah dicari lagi jalan yang diharamkan
H - Hanya 'sabar' dan 'kuat tekad' yang bakal memperkuat ikatan. Dan hanya 'redha-Nya' yang kita cari
W - Wanita dan lelaki saling melengkapkan. Cari untuk menyempurnakan, bukan cari yang sempurna
I - Ini fitrah dari Tuhan, wanita dan lelaki saling memerlukan, kerna setiap makhluk ciptaan-Nya kesemuanya berpasangan
N - Nanti kan kita mendapat balasan dan anugerah serta rezeki dari Allah, hasil dari penyatuan jiwa yang diredha-Nya
A - Amanah Tuhan harus kita teruskan. Amal ma'aruf, nahi mungkar, itu tanggunggjawab seorang khalifah
N - Natijahnya, bahagialah kita sebagai insan, fid dunya wa fil akhiroh, insyaALLAH.
Antara sabda Nabi Muhammad (saw) berkaitan pernikahan :
“Tidak ada rumah telah dibina dalam Islam lebih dicintai di sisi Allah selain melalui pernikahan.”
“Orang-orang terbaik bangsaku (Ummah) adalah mereka yang berkahwin dan telah memilih isteri-isteri mereka, dan orang-orang terburuk bangsaku adalah mereka yang telah dijauhkan dari perkahwinan dan melewati mereka hidup sebagai bujang. ”
“Setiap orang yang suka mengikuti tradisiku, maka dia harus tahu bahawa perkahwinan adalah dari tradisiku.”
>>Carilah Sakinah, Mawaddah, Rahmah Melalui Pernikahan<<
Sakinah~Ketenteraman
Mawaddah~Kasih
Rahmah~Sayang
0 comments:
Post a Comment