~ Wanita ~ SOLEHAH, SEJATI , DIKASIHI

MUSLIMAH SEJATI
Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekertiyang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpandalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dankehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikansyariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti. Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yangberpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya denganperkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh denganperintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai denganketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntummenceriakan suasana dan taman-taman. Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah bidukberlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namunkebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani.Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yangdingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang. Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya darilembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu,wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi danimpiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikankeselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.


WANITA YANG DIKASIHI

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan.Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelahdisinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telahmengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehinggapengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannyamenyejukkan hati bila memandang.
Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaanlantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang sukamendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan iamenjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikatkewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinyake jalan yang diredhai Allah.


WANITA SOLEHAHWanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insanyang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahanakhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeribudi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkanhikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.
Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelitadalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatandunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalamsanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untukdinikmati dalam taman-taman syurgawi.
Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang,isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah.
Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k’bersihan hati(jgn mkn byk,m’baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.

2 comments:

Ismi Nazihah@Jihah said...

Assalamualaikum..
sgt bermanfaat bt diri ini..
insyaAllah akan menjadi pedoman hidup ini menjadi remaja cemerlang,isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah..
syukran ukhti..:)

نور لَيْلَى said...

wa'alaikumsalam Nazihah....
alhamdulillah..amin ya rabbal alamin...
sama2 kita mmbiana diri...
^_^

Teman seperjuangan..