Sifat dan Tabiat Dunia, Kesan dan Cara Menghadapinya


Assalamualaikum...


Pada entri sebelumnya, ana ada masukkan tentang cinta dunia. Hakikat perasan cinta pada dunia yang menjalar dalam jiwa manusia kita manusia. dalam melayari sebuah persoalan,dan mengamati sedikit demi sedikit ayat-ayat yang berlalu dan bertapak di fikiran ingin pula ana kongsikan sedikit tentang sifat dan tabiat dunia dan cara menghadapinya.Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.. 



Sifat dan Tabiat dunia : 
1. Bila seseorang itu buru dunia, menyebabkan ia sibuk. Akal fikiran dan fizikalnya sibuk, lalu jiwa dan hatinya juga turut sibuk dan menjadi tidak tenang.


2. Apabila dunia telah didapat, menjadikan dunia pula jadi susah (sibuk). Bila dunia yang dimilikinya cacat(dicacatkan oleh orang), maka hatinya cacat, lalu hati menjadi keluh kesah, timbul pula dendam, dengki, khianat dan lain-lain.


3. Dunia boleh musnah dan tidak kekal.


4. Dunia mengecewakan kita, samaada dapat atau tidak. Dapat pun kecewa, kerana tidak boleh menjadi ubah mazmunah, bahkan bertambah mazmumah (penyakit hati), lebih-lebih lagi tidak dapat akan dunia. Contohnya : Dapat Isteri cantik, belum tentu isteri cantik bawa bahagia. Ada harta banyak, bimbang dicuri atau hilang dan lain-lain.


5. Bila dunia ada pada kita, orang lain akan hasad dengki. Bila ada orang mendengki kita, kita pula jadi susah. Tapi kalau (amal ibadah banyak, tiada orang dengki)


6. Dunia menjadi rebuatan, lalu menjadi punca pergaduhan dan krisis.


7. Kerana dunia, orang berlumba-lumba mengejarnya. Menjadikan seseorang itu sentiasa tegang fikirannya dan hatinya.


8. Dunia menjadikan seseorang itu sentiasa bimbang dan takut, kalau-kalau ia hilang atau dicuri orang.


9. Orang yang tidak ada dunia,tapi  jika ia cintakan pula dunia, ia akan rasa rendah diri dan hina.


10. Dunia melahirkan rasa sombong dalam diri manusia.


11. Dengan dunia orang tidak pernah rasa cukup (tidak pernah puas).


12. Dunia selalu melalaikan. Jarang dunia mendorong kita mengingat dan mendekati ALLAH.


13. Dunia menyebabkan orang malas belajar. (belajar untuk mengenal agama, malah melupakan agama).


14. Dunia memisahkan sesama manusia.


15. Kerana dunia (pangkat atau kuasa), orang hormati kerana takut bukan sayang atau kerana kemuliaan akhlak. Kebiasaanya orang dihormati kerana harta yang dimiliki/kuasa malah latar belakangnya yang ternyata dunia.


16. Orang ada dunia, bila terlucut dunia daripadanya, ia akan dihina atau hilang harga diri. 


17. Orang yang biasa ada dunia, ia lebih dimulia (zahirnya) daripada orang yang tidak tahu apa-apa.


18. Lumrah atau kebiasaan dunia itu dimiliki oleh orang jahat, biasanya dunia merubah seseoranh menjadi jahat setelah mendapatkan dunia.


19. Bila mati,dunia tidak dibawa ke akhirat


20. Dunia adalah pusaka Fir'aun, Qarun, Haman, dan orang-orang yang menderhakai ALLAH.


Demikianlag tabiat dunia yang hanya menipu daya dan sebagai gurau senda. Gurau senda yang manusia tiada sedar tika memilinya.. "tidak akan berkumpul dua cinta dalam satu hati, iaitu cinta dunia dan cinta ALLAH" .. Semua kesenangan dunia itu akan lenyap tanpa bekas manakala seseorang dicelupkan ke dalam neraka. Na’udzu billahi min dzalik.... Rasulullah Sw bersabda:

“Kelak pada hari kiamat akan didatangkan orang yang paling senang hidupnya di dunia dari kalangan penghuni neraka. Kemudian ia dicelupkan ke neraka sekali celup lalu dikatakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kesenangan ketika di dunia dahulu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, demi Allah wahai Rabb-ku.’ Lalu didatangkan orang yang paling sengsara hidupnya di dunia dari kalangan penghuni surga. Kemudian ia dicelupkan ke surga sekali celup lalu dikatakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kesusahan atau penderitaan ketika di dunia dahulu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, demi Allah, aku tidak pernah merasakan kesusahan atau penderitaan sedikitpun.’” (HR. Muslim).



Kesan Cinta Dunia:
1. Mengabaikan kehidupan akhirat yang jauh lebih kekal. Akibatnya, lupa bersiap bekal untuk kehidupan akhirat. Mereka memburu kesenangan dunia yang fana dan melalaikan kenikmatan surga yang baqa. Akibatnya, tidak ada bagian untuk mereka di akhirat selain neraka. Mereka ini adalah golongan yang benar-benar merugi.

2. Mengenyampingkan norma-norma halal dan haram. Bagi para pemburu dunia tidak ada istilah haram. Semua cara akan mereka tempuh demi memuaskan nafsu mereka. Akibatnya, mereka banyak berbuat kerusakan di muka bumi.

3. Memicu permusuhan, persengketaan dan bahkan peperangan. Sejarah telah mencatat bahwa perang dunia pertama dan kedua dipicu oleh persaingan dalam memperebutkan dunia dan kekuasaan.

4. Lupa akan tujuan hidup yang sebenarnya. Sesungguhnya tujuan Allah mencipatakan manusia dan jin adalah agar mereka beribadah kepada-Nya. Inilah tujuan hidup yang sejati. Akan tetapi para pemburu dunia lupa dengan tujuan besar ini karena terbius oleh kelezatan dunia. Mereka terkecoh dengan perhiasan dunia sehingga lupa dengan Khaliq-nya. Sehingga, keadaan mereka tak ubahnya binatang ternak. Allah St berfirman:
“Orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan makan seperti makannya binatang ternak. Neraka adalah tempat tinggal mereka. (QS. Muhammad: 12).



Jika mahu selamat daripada perdayaan dunia, kita mesti berusaha membuang nafsu gila dunia ini, Kita lawan keinginan yang rendah itu hinggah tewas. Di antara langkah mengahadapinya ialah :


1. Sekiranya kita memiliki harta, wang ringgit, rumah, tanah dan lain-lain kekayaan yang halal, gunakanlah ia kejalan Allah, berkorban demi mencari keredhaan-Nya.


2. Kedudukan, jawatan, pangkat, nama yang masyur, pengaruh dan apa sahaja ketinggian yang menyebabkan kita rasa menjadi 'tuan' hendaklah diperalatkan untuk mencari keredhaan  ALLAH. Jika kita ada jawatan, beri laluan kepada orang yang mahu menggiatkan dakwah islamiah dan mengembang agama ALLAH. Sesuai dengan kedudukan dan keistimewaan yang kita miliki, berlaku adil lah dan ikhlas dalam pentadbiran. 


3. Hentikan usaha-usaha mencari kekayaan dan ketinggian dunia yang semata-mata untuk mendapat keseronokan duniawi, tetapi lakukan ia untuk agama ALLAH dan untuk negara Akhirat yang kekal abadi.  ingatlah firman ALLAH  yang bermaksud : 
" Hari kiamat (hari manusia meninggalkan dunia ini) ialah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat. " ~ Asy Syu'araa:88-89


4. Kosongkan hati dengan keinginan kepada kekayaan dan ketinggian duniawi. Jangan ada terselit sebarang khayalan dan ingatan atau cita-cita untuk jadi kaya dan dimuliai. Allah SWT memandang dunia ini sebagai suatu yang tidak berharga sepertimana Rasulullah SAW menceritakan melalui sabdanya yang bermaksud ; "Demi tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, bahawasanya dunia ini tiada sedikit pun berharga di sisi ALLAH. Ia lebih murah dan hina daripada bangkai kambing ini kepada tuannya. Andaikata dunia itu dipandang berharga menyamai selembar sayap nyamuk di sisi ALLAH, nescaya Dia tidak akan memberi minum kepada seseorang kafir meskipun seteguk air." ~ Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim. 


5. Seterusnya mintalah hidayah (petunjuk) dan taufik(pimpinan) ALLAH selalu agar kita menjadi seorang zahid yang berilmu,  yang menolak dunia kerana ALLAH. Contohilah orang-orang yang arif seperti para Rasuk, Nabi-Nabi, para sahabat dan orang-orang yang soleh  yang zuhud terhadap dunia. Mereka mengambil bahagian dunia ini sedikit sahaja. Lebihannya diberikan untuk orang lian yang memerlukannya atau disumbangkan ke jalan agama ALLAH SWT...


Demikianlah sedikit yang ana dapat kongsikan mengenai Sifat dan Tabiat dunia, Kesan dan cara menghadapinya. Semoga kita tidak lalai dalam melayari kehidupan di dunia ini. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. ~ . Al Hadiid, 57: 20

~marilah kita buang dan hindari dari penyakit cinta dunia daripada sekarang. binalah sifat mulia sebagai gantiannya. Marilah sedar akan hakikat dunia sebenarnya, sedarlah juga bahawa ALLAH SWT jadikan kita sebagai hamba untuk beribadah kepada-Nya dan menjadi Khilafah-Nya, Ingatlah, dunia ini hanyalah ujian untuk melihat sejauh mana kita menjadi hamba dan khalifah yang baik. Sungguh dunia ini tempat melakukan amalan sedang akhirat tempat kita menikmati ganjaran...


wallahualam...


~MPS

4 comments:

a Story from Bosnia said...

Assalam.. bagusnya artikel ini. Ummi suka gabungannya..

نور لَيْلَى said...

wa'alaikumsalam mi..... alhamdlillah syukran ummi, syuran jg ats skgn selame ne.... miss u ummi...:(

Mu'min said...

Kutinggalkan dunia....Untuk beralih ke yang lainnya...Kerana tiada yang diharapkan dari dunia ini ...Bagi orang-orang yang soleh....

Mujahidah said...

^_^

Teman seperjuangan..