dari Mata turun ke Hati..

Assalamualaikum...


Semua orang sukakan keindahan, namun akal yang bijak saja yang tahu menilai erti keindahan sebenar, mata tidak memilih untuk melihat, namun akal yang bijak yang menafsir apa yang dilihat itu baik atau sebaliknya.
Dengan akal dan fikiran, kita dapat membedakan antara yang baik atau tidak, dosa atau pahala. Maka kita, sebagai makhluk-Nya yang berhati nurani dan berakal patut untuk memahami tentang  bahaya pandangan dan kesan-kesannya. 


Tika melalui hari-hari, menjalani rutin kehidupan,  ana sering melihat gelagat lelaki ketika melihat wanita, apatah lagi kehidupan seorang pelajar, darah mudah yang mengalir mengolak sebuah perasaan yang sering lahir ketika melihat hawa yang lalu di luar kelas, di tempat kerja dan dimana sekalipun... ujian ada dimana-mana buat kita.  Tidak terkecuali pula wanita tika melihat kaum adam yang ada kalanya menarik perhatian hati yang lemah.


Mata adalah salah satu pancaindera yang dapat menjangkau sesuatu daripada jarak jauh dan bebas bergerak kesana kemari, kita bebas melihat apa-apa yang kita mahu, tapi semua ada akibatnya.Mata mempunyai kuasa penyambung gelombang hati dan perasaan seseorang dengan seseorang yg lain, begitulah apa yg dinyatakan dalam ilmu saikologi.


Mata juga adalah "panahan beracun" daripada syaitan yang menyebabkan zina pandangan. "Dari mata turun ke hati"...itulah ayat yang seringkali kita dengar tika melihat sesuatu yang indah. Mata mempunyai peranan menyampaikan sesuatu kepada hati dan apa yang dilihat dan dipandang itu memberi kesan kepada hati. Jika ia memandang sesuatu yang baik maka ia memberi kesan yang baik dan demikianlah sebaliknya, kalau yang buruk, maka menjadi buruklah hati.


Mata juga mendorong seseorang kepada perbuatan zina, melalui pandangan beracun, telah disalutkan racun yang amat berbisa pengaruhnya kepada hati seseorang sehingga hati yang telah pun diracuni mendorong hati dan akal yang lemah imannya, membuatkan anggota lain selangkah demi selangkah menuju zina hakiki iaitu kemaluan. Jelaslah mata adalah jalan-jalan atau wasilah yang mendorong seseorang kepada zina hakiki seperti dalam Al-Quran menyatakan, " Janganlah kamu menghampiri zina"-surah Isra': 32.


Walaupun pandangan itu tidak membawa kepada zina yang hakiki, tetapi pandangan seperti itu dapat memberi kesan pada iman kita, sehingga boleh merosakkan amal dan menghilangkan rasa nikmat dan ibadah.  
Nabi SAW ada mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud ; "Apabila seorang lelaki itu telah memandang kepada mana-mana bahagian daripada tubuh badan wanita yang menarik perhatian dan menawan hatinya, maka ia dianggap panahan beracun daripada panahan iblis, yang segeraa memberi kesan dan membinasakan seseorang itu. Oleh itu siapa yang meninggalkannya, maka Allah akan memberikan rasa kenikmatan dan kesedapan dalam ibadahnya"-Riwayat Al Hakim


Sesungguhnya daripada pandangan akan menggangu fikiran kita, apatah lagi apabila sesuatu yanga dipandang itu menimbulkan rasa berahi dalam hati, pastilah sang hati yang lemah sentiasa terkenang dan terbayang-bayang. Begitu juga ketika melihat sesuatu yang indah, membiarkan nafsu menguasai akal, hinga terbayang-bayang menguasai fikiran. berbahayalah pula jika apa yang difikirkan terbawa-bawa dalam sembahnyang. Ingatlah, syaitan sentiasa mengambil peluang untuk merosakkab lagi ibadah kita yang telah sedia rosak itu. Sepatutnye fikiran ini Allah berikan pada kita untuk berfikir sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat, dan mata ini untuk melihat sesuatu keindahan yang diciptakan Allah yang membuatkan kita merindui-Nya..  


Lalai tentang akibat pandangan dengan jiwa yang lemah, boleh menyebabkan seseorang hilang kreativiti, lemah daya ingatan, tumpul akal, dan berpandangan singkat / tidak berwawasan. Kelalaian yang disebabkan tekanan rindu dan asyik yang menjadikan tubuh lesu dan tak bermaya dan menjadikan seseorang yang menghidapnya menjadi pemenung dan pengelamun yang jelaslah suka membuang masa. Sedangkan membazir masa adalah dilarang dalam islam. Janganlah kita menganggu solat yang merupakan tiang agama kita dengan apa yang telah menguasai pemikiran kita melalui apa yang telah kita pandang melalui sang mata yang tidak berdosa. Ia sungguh boleh merosakkan amalan sebahyang bahkan sembahyang kita tidak memberi kesan apa-apa kepada peribadi kita. Dengan menjaga pandangan insya'allah kenikmatan ketika sembahyang dapat kita peroleh.bukan sahaja kita dapat merasakan nikmat dalam beribadah, bahkan Allah SWT menjamin seseorang itu dapat menyucikan hati...Faedah dari menundukkan pandangan ini juga, sebagaimana difirmankan Allah dalam surat An Nur ayat 30 (yang artinya) “yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka” yaitu dengan menundukkan pandangan akan lebih membersihkan hati dan lebih menjaga agama orang-orang yang beriman. 


Jadikanlah apa yang kita pandang itu tidak membawa keburukan pada kita, keburukan dunia dan akhirat. Namun tidak dapat dinafikan kita tidak dapat mengelak dari terpandang sesuatu yang tidak dapat kita elak, apatah lagi hidup dalam arus kemodenan di  usia tua dunia. Islam agama yang indah dan sempurna, kita diajar untuk menundukkan pandangan dan ucapkanlah keampunan. 



Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman :“Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31)

Dari Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim no. 5770)

Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk menundukkan pandangan sehingga hati dan agama kita selalu terjaga kesuciannya. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang kita lihat dan apa yang kita fikirkan dan apa kita rasa mahupun orang lain tidak mengetahuinya. 
"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati". (QS. 40:19)

Menjaga dan mengawal pandangan adalah tanda-tanda akhlak yang baik, dan salah satu sifat wanita solehah  ialah tidak melihat kepada sebarangan lelaki, kecuali suaminya atau lelaki yang mahram dengannya. Dengan itu insya'allah kita terjaga daripada tipuan dan godaan syaitan...

Wallahualam..

~MPS






4 comments:

Nazihah@Jiha said...

mata yang perlu di awasi adalah mata kaum wanita...>_<

Siti Azimah Binti Rupilen said...

syukran atas perkongsian..mohon docopy ya..

نور لَيْلَى said...

NAzihah... betul2.......
Siti Azimah.... alhamdulillah afwan.. silakan copy, tp msukkan link mps ya..

Ummi Akifah said...

dari mata turun ke hati, dari hati turun ke??? :p

Teman seperjuangan..