Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Penyayang...
Leer completo...
Assalamualaikum...
Setiap antara kita mempunyai harapan, dan angan-angan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Ada yg berkata angan-angan itu adalah cita-cita. Sama seperti harapan, angan-angan dan cita-cita dalah dua perkara yang jauh berbeza jika kita tidak berusaha mengecapinya. Berhati-hatilah kita dalam melakukan sesuatu urusan supaya segala tingkah laku yang dilakukan tidak menjadi sia-sia. Manusia suka berangan-angan panjang, oleh itu hendaklah ia berwaspada jangan sampai melekakan dan melalaikan sehingga akhir hayat.Islam melarang kita manusia daripada hanyut dengan angan-angan kerana ia melalaikan dari beramal dan beribadat kepada Allah S.W.T.
~ Sesiapa yg panjang angan-angannya, akan buruklah perbuatannya ~
Mudah-mudahan Allah membangkitkan kita drpd segala jenis kelalaian dan menolong kita bersiap-siap untuk menghadapi hari -hari seterusnya. Sesungguhnya yg membahayakan seseorang ialah tulul 'amal, iaitu ingin menganggap kekal di dunia ini. Orang yang suka berangan-angan seperti itu kebanyakannya akan lalai dan hanyut dalam kegemerlapan dunia. Ia akan selalu memuaskan hawa nafsunya ; nafsu buruk dan angkara murka.
~berangan2~ |
Ketahulilah, Tulul 'Amal itu akan menimbulkan rasa rakus terhadap dunia dan akan timbulnya perasaan hendak mendiamai dunia selamanya sehingga ia lupa akan siang dan malamnya. Ia lupa akan kematian yang kita tidak pernah tahu akan tibanya. Ia tidak pula memikirkan amal-amal kebaikan, ia juga tidak mahu belajar cara-cara melangkah yang baik di dalamnya.dan hanyut dengan dunianya sendiri.....sama sekali ia tidak akan menghiraukan urusan-urusan yg berbau akhirat. yang bermain dalam fikirannya hanyalah dunia dan dunia. Sehari-harinya hanya mengejar dunia ; siang dibuat malam, malam dibuat siang. Tidur mengingati dunia dan bangun juga mengingati dunia,dunia yang fana... jauh sekali untuk berfikir tentang akhirat.
Ingatlah bahawa akhirat itulah yang kekal dan tempat yang sejati. Sedangkan dunia ini bakal kita tinggalkan segala apa didalamnya.Ia akan kabur dan lupus. ~ Jangan terlalu cinta kepada sesuatu yang pasti akan ditinggalkan dan jangan benci kepada sesuatu yang pasti akan tiba. Janganlah terlalu cinta terhadap dunia, sebab dunia ini pasti akan meninggalkan kita, dan jangan benci terhadap maut kerana ia sesuatu yg pasti. Isilah kehidupan di dunia ini dengan amal yang baik dan bermanfaat, bersungguh-sungguhlah dalam mencari bekalan untuk menyusul hari esok yang kekal. ~ Jadikanlah Dunia ini adalah tempat menanam untuk akhirat.
Hiasalah dunia kita ini dengan lembaran sejarah yg baik dan dapat dipetik manfaatnya di alam sana kelak. Lukislah dunia ini dengan amal baktimu yang nyata.Ingatlah dunia ini hanyalah tempat untuk bercerita. Kata Sebuah syair :
"Tidak ada satu pun di dunia ini yg kekal.
maka jadilah kau orang baru (pahlawan) yang baik sebutannya,
sebab dunia ini tempat cerita. "
Sebuah Hadis ada menyebut:
"Berkerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau akan mati, dan beramallah ( beribadahlah) untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esok. "
Sempurnakanlah bekal dan peralatannya dalam menempuh akhirat kelak.jangan sampai menyesal dikemudian hari. ~jika pandai meniti buih selamat badan ke seberang. Jika anda celaka, seumur hidup pasti tidak akan berguna.
Janganlah kita terus terbuai-buai dengan lamunan-lamunan kosong sehingga lupa melakukan amal kebaikan dan teruskanlah menabung bekal yang MESTI disiapkan.Hanyalah orang yang bodoh sahaja yang leka dgn dunia..Jagalah kita dari angan-angan....
~ MPS
Wallahu'alam...