“GANJARAN SEORANG ISTERI” ~ Hargailah isteri

Buat para zauj... 
Hargailah zaujah anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, S he was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini... Rasulullah saw. bersabda mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
Leer completo...

JADILAH SEORANG IBU YANG HEBAT


SETIAP Wanita mempunyai impian yang sama untuk menjadi seorang ibu yang hebat kepada anak-anaknya. Untuk menjadi seorang ibu yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.

Baru-baru ini saya menghadiri majlis Anugerah Ibu Mithali di Kuala Lumpur. Kata-kata seorang yang bergelar Ibu Mithali itu menyentuh dan menyeggarkan minda dan perasaan saya sebagai seorang ibu:-

Saya begitu tertarik dengan ketabahanya. Beliau benar-benar menjadi ibu yang hebat melihat dari perwatakannya ternyata beliau mempamerkan sifat yang tegas dan penyayang. Sikap menyayangi makhluk – binatang peliharaan katanya boleh memupuk kasih sayang di dalam diri anak-anak. Tanamkanlah sikap ini sedari kecil...

Untuk melayakan kita bergelar ibu yang hebat katanya “ kita haruslah menjadi seorang ibu yang baik yang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukan setiap amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ibu agar boleh menjadi contoh kepada anak-anak...”

Hati saya tersentuh mendengar cerita bagaimana beliau membesarkan sebelas orang anaknya tanpa pembantu. Alhamdulillah!...semua anak-anaknya berjaya ke menara gading. Ada yang menjadi doktor perubatan, jurutera, ahli perniagaan dan pegawai kerajaan.

“Seorang ibu yang hebat mestilah rajin dan berani berkorban masa untuk menarik kesukaan anak-anak seperti memasak. Air tangan ibu cukup istimewa dan cara ini mudah bagi kita memenangi hati mereka dengan masakan yang istimewa...” tambahnya.

Rata-rata anak-anak kita meniru setiap perbuatan yang kita lakukan tak kira baik atau pun sebaliknya. Mereka menjadikan kita sebagai idola dari itu amalkan sikap yang baik agar boleh dicontohi dan diterapkan dalam diri mereka. Ini satu cara yang baik - memudahkan kita mendidik mereka jadi anak yang berguna...Insya Allah.

Jangan biarkan anak-anak duduk bersendirian, selalulah duduk dan bercerita bersama anak-anak tentang apa saja topik seperti kisah mereka kecil-kecil dulu ketika mereka mula berjalan atau hari pertama ke sekolah dan sebagainya, pastinya saat-saat itu sangat menarik dan menyeronokan.

Sedaya upaya jangan menabur janji kosong terhadap anak-anak. Jangan sekali-kali hampakan harapan mereka, penuhi segala janji dan kemahuan mereka..asalkan ia akan memberikan manfaat tak ada masalah tapi jika kita tidak mampu memenuhinya terangkan lah secara baik agar mereka boleh memahaminya.

Ibu yang hebat adalah ibu yang penyabar dan penuh kasih sayang –  Apa bila anak-anak menyayangi ibu mereka sudah pasti berusaha untuk mengembirakan hati kedua orang tua di suatu hari nanti. Hari ini kita menyayangi mereka hari esok lusa anak-anak pasti akan lebih menyayangi kita...Insya Allah!

Selalulah membawa anak-anak berjalan-jalan, luangkan waktu sekali-sekala.. sekurang-kurangnya kita boleh mengeratkan hubungan dan menghabiskan masa sambil memantau apa yang mereka lakukan.

Berikanlah pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh anak yang sulung biarlah dia berjaya agar dia menjadi  contoh dan ikutan kepada adik beradik yang lain. Sekiranya kita mampu apa salahnya kita berkorban untuk membiyayai perbelanjaan pendidikan yang terbaik untuk mereka. 

Jadilah ibu yang bermotivasi tinggi dalam mendidik, menolong dan memotivasikan anak-anak. Senantiasalah berminat, bersemangat, tekun dan sabar dalam menghadapi karenah anak-anak. Hala tuju mereka senantiasalah diawasi, gerak langkah mereka hendaklah diperhati.

Sebagai ibu semestinya memberi kebebasan kepada anak-anak memilih bidang atau pun kerjaya yang mereka minati. Jadilah kawan berbincang dengan anak-anak kita dan berilah mereka pendapat yang bernas yang menjuruskan anak-anak kepada pemilihan yang tepat yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

Jadilah kawan yang boleh di bawa berbincang bersama anak-anak dan berilah suatu pendapat yang bernas yang menjuruskan anak-anak kepada pemilihan yang tepat tentang bidang yang sesuai untuk mereka pilih.

Ibu dan anak-anak harus bersama-sama membina satu pasukan untuk membina kemantapan institusi keluarga bermula dan keperluan hidup, makan –minum dan pakaian tersedia mengikut kadar kemampuan. Amalkan sikap kasih sayang, hormat menghormati, bantu membantu dan tidak mementingkan diri sendiri.

Jadilah ibu yang berfikiran terbuka untuk membina jalan ke arah masa depan anak-anak. Ajar mereka untuk membuat perancangan dengan disiplin yang ada. Amalkanlah situasi aman dalam membuat sebarangan keputusan tentang  pengagihan tugas dalam keluarga. Suburkan semangat tekun dan sabar dalam menghadapi segala ketermungkinan  yang akan mereka hadapi kelak.

Jangan biasakan anak-anak makan terlalu banyak. Tebiat ini tidak baik untuk perkembangan otak mereka. Berikan khidmat yang terbaik kepada anak-anak kita membesar dengan badan yang cerga dan otak yang cerdas jiwa yang mulia bersemangat waja untuk hidup.

Allah senantiasa melimpahkan rahmat terhadap kita. Ingatlah apa pun yang kita taburkan hari ini akan membuahkan hasil yang baik di suatu hari nanti. Percayalah takdir menentukan telah segala-galanya...”Kun Fayakun...”Apa yang dikehendaki  maka terjadilah – Yaasin – 82 itu janji Allah.

Sekian dulu semoga segala impian kita ingin menjadi ibu yang hebat akan membawa anak-anak kita senantiasa bertakwa kepada Allah, berdaya maju dan bersemangat demi menempuh hidup yang penuh cabaran. Amalkan sikap kasih antara satu dengan yang lain agar dapat memahatkan kekuatan institusi kekeluargaan yang mantap!
Leer completo...

Cinta Mawaddah dan Cinta Rahmah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Mawaddah ertinya cinta. Imam Hasan Al Bashri mengertikan kata mawaddah sebagai metafor dari hubungan seks. Jelasnya bahawa mawaddah adalah perasaan cinta dan senang dengannya rumah tangga menjadi lebih ghairah dan penuh semangat. Tanpa mawaddah rumah tangga akan kering. Mawaddah biasanya sangat sensitif. Ia tidak tergantung kepada kecantikan istri atau ketampanan suami. Boleh jadi di mata banyak orang wanita itu tidak cantik, tetapi sang suami sangat mencintainya. Boleh jadi wanita itu disepakati sebagai wanita cantik, tetapi sang suami ternyata sangat membencinya.


Sebahagian ulama tafsir mengatakan bahawa cinta biasanya sering menggebu di masa muda atau di awal-awal pernikahan. Lama kelamaan setelah masuk dalam rutin seharian rumah tangga, getaran cinta menjadi lemah. Karananya Allah swt. Rahmah sebagai pengimbangnya, supaya ketika rasa cinta mulai redup, masih ada semangat rahmah yang akan menyelamatkan rumah tangga tersebut. Lain halnya dengan orang-orang yang membangun rumah tangga hanya dengan modal cinta, rumah tangga sering mudah roboh dan tidak kukuh.


Ibarat mesin, mawaddah adalah dinamo penggerak yang mengairahkan. Dengan mawaddah rumah tangga menjadi dinamis dan produktif. Sebaliknya jiwa mawaddah hilang, rumah tangga akan menjadi monoton dan tidak dinamik sama sekali. Dalam penelitian minumun, ciri mawaddah ada tiga, iaitu:


(a) Katsratut tahaady (selalu memberi hadiah), kerana seperti kata Nabi saw. dengan saling memberi hadiah cinta akan selalu hangat.


(b) Katsratu dzikrihi (selalu saling mengingati kebaikannya). Sebab dengan mengingat kebaikannya seseorang akan selalu merasa berhutang budi. Hindari melihat keburukan dan kekurangannya, kerana itu akan menumbuhkan kebencian dan perselisihan tiada henti.


(c) Katsratul ittishaali ma’ahu (selalu saling berkomunikasi) sebab dari kemunikasi akan hilang prasangka. Banyak hal yang sebenarnya dimaksudkan untuk kebaikan, tetapi karena lemahnya komunikasi seringkali kesalahfahaman terjadi.


Cinta Rahmah..


Rahmah ertinya kasih sayang, diambil dari kata rahima yarhamu. Dari kata ini pula diambil kata ar rahmaan salah satu nama Allah swt. Bahawa Allah Maha Penyayang... Para ahli tafsir mengatakan bahawa rahman-Nya Allah meliputi seluruh mahluk-Nya: manusia, binatang, dan mahluk-mahluk lainnya. Termasuk orang-orang yang tidak beriman, kerananya mereka masih bisa hidup dan bisa menikmati fasilitas kehidupan dari Allah, padahal mereka setiap hari tidak mentaati-Nya. Kata rahmah lebih bermakna kesungguhan untuk berbuat baik kepada orang lain, apa lagi kepada keluarga.


Memang setiap orang mempunyai kekurangan, dan tidak ada seorang pun yang mencapai kesempurnaan. Maka jika setiap manusia selalu mempersepsikan adanya pasangan yang sempurna, pasti pada akhirnya ia tidak akan pernah punya pasangan. Dalam pepatah Arab dikatakan: “Man talaba akhan bilaa ‘aibin laqiya bilaa akhin (orang yang mencari kawan tanpa cacat, pasti pada akhirnya ia tidak akan punya kawan).


Kata rahmah lebih mencerminkan sikap saling memahami kekurangan masing-masing lalu berusaha untuk saling melengkapi. Sikap rahmah menekankan adanya sikap saling tolong menolong dalam bersinergi, sehingga kekurangan berubah menjadi kesempurnaan.


Sikap rahmah seringkali berperanan ketika semangat cinta mulai menurun. Biasanya itu terjadi setelah usia suami isteri sama-sama mencapai tahap tua. Cucu sudah mulai banyak. Badan banyak sakit-sakitan. Pada saat itu kebertahanan rumah tangga sangat dibantu oleh kekuatan rahmah (kasih sayang).


Kerana itu mawaddah dan rahmah ibarat dua sayap bagi burung. Bila kedua sayap itu berfungsi dengan baik, maka rumah tangga akan berjalan penuh kebahagiaan. Ibarat burung terbang di angkasa, ia menikmati keindahan alam semesta dan penuh dengan kelapangan dada. Tanpa sedikit pun ada beban di hatinya. Terbang ke mana saja ia mau, tidak ada hambatan dan kesulitan...


Wallahualam....

Leer completo...

Mari meraih Istiqamah

Assalamualaikum

Kaum muslimin… semoga senantiasa dirahmati Allah

Istiqamah, sebuah perbendaharaan paling berharga bagi setiap insan… Tidak ada seorang pun di duniaini melainkan mememerlukannya. Agar kelak di akhirat, dirinya dapat merasa bahagia tatkala berjumpa dengan-Nya…

Kesucian dan ketakwaan yang ada dalam jiwa mestilah sentiasa dipertahankan oleh setiap muslim. Ini disebabkan kesucian dan ketakwaan ini boleh mengalami pelarutan atau bahkan hilang sama sekali. Namun, ada beberapa cara yang membuatkan seorang muslim boleh mempertahankan nilai ketakwaan dalam jiwanya, bahkan mampu meningkatkan kualitinya.


Cara-cara meraih Istiqamah adalah sebagai berikut;

1. Kesedaran dan kefahaman yang benar (Al-Wa’yu Wa al-Fahmu Ash-Shahih)


Untuk m
encapai darjat istiqamah yang maksima dan berguna, pemahama
n terhadap ajaran Islam secara sempurna sangat-sangat diperlukan. Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia. Ia akan tetap istiqamah menghadapi badai godaan walau sedahsyat mana sekalipun.


2. Memahami dan mengamalkan dua kalimah syahadah dengan baik dan benar

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.” (QS Ibrahim : 27)

Qatadah As Sadusi mengatakan :
“Yang dimaksudkan dengan Allah meneguhkan orang beriman di dunia adalah dengan meneguhkan mereka dalam kebaikan dan amalan soleh. Sedangkan di akhirat, mereka akan diteguhkan di kubur (ketika menjawab pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir).”

Perkataan seperti Qatadah diriwayatkan dari ramai ulama’ salaf lainnya.

Mengapa Allah teguhkan orang yang beriman di dunia dengan terus beramal soleh dan di akhirat (alam kubur) dengan dimudahkan menjawab pertanyaan malaikat “Siapa Rabbmu, siapa Nabimu dan apa agamamu”?

Jawabannya adalah kerana pemahaman dan pengamalannya yang baik dan benar terhadap dua kalimah syahadah.

Dia tentu memahami makna dua kalimah syahadah dengan benar. Memenuhi rukun dan syaratnya serta dia pula tidak melanggar larangan Allah berupa menyekutukanNya dengan selainNya, iaitu dengan lain perkataan ia tidak melakukan syirik.

3. Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasanNya (At-Taqarrub Wa al-Muraqabah)

Dua perkara ini sangat penting. Ketika seorang Muslim telah merasa dekat dengan Allah, ke mana pun ia pergi, di mana pun ia berada dan bagaimana pun situasi dan keadaannya, dengan keyakinan penuh ia akan sentiasa merasa diawasi dan dilihat oleh Allah. Dengan begitu, ia tidak lagi berani menyimpang dari jalanNya.

Allah swt berfirman:
"Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepadaNya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (QS Al-Baqarah : 235)

4. Mujahadah meraih istiqamah

Mujahadah adalah bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melaksanakan seluruh nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

"Maka istiqamahlah, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". (QS Hud : 112)

Menurut Ibnu Abbas ra :
Tidak ada suatu ayat pun dalam Al-Qur’an yang diturunkan kepada Rasulullah saw yang lebih berat baginya dari ayat ini.

Berkaitan dengan perihal istiqamah inilah juga yang menjadikan Rasulullah saw keluar uban putih dari kepalanya yang mulia. Baginda sendiri mengaku bahwa :

"Ada satu surah (iaitu surah Hud) yang di dalamnya disebutkan perintah untuk istiqamah."

Dan diriwayatkan dari Al Hasan :
Ketika ayat ini turun, Rasululah saw menjadi sangat serius dan tidak pernah ternampak beliau tertawa.

5. Bergaul bersama orang-orang yang istiqamah

Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah swt. Teman-teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita dari kekeliruan.

Bahkan dalam Al-Qur’an disebutkan bahwa perkara yang sangat membantu meneguhkan keimanan para sahabat adalah keberadaan Rasulullah saw.

Allah swt berfirman :
“Bagaimana mungkin (tidak mungkin) kamu menjadi kafir, sedangkan ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan RasulNya pun berada di tengah-tengah kamu? Dan barang siapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (QS Ali ‘Imran : 101)

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." (QS Al-Kahfi : 28)

Salah satu pesanan dari Salman Al-Farisi ra :

"Perumpamaan dua orang mukmin yang bersahabat adalah seperti dua tangan yang saling membasuh satu sama lain. Tidak sekalipun mereka berdua bertemu, kecuali Allah akan menetapkan bahwa salah satu di antaranya akan memberikan kebaikan bagi kawannya.".

6. Mu’aqabah
Mu’aqabah adalah pemberian hukuman (denda) oleh seseorang muslim terhadap dirinya sendiri atas kecuaian yang dilakukannya.

Firman Allah swt :
“Dan dalam ‘qishash’ itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” (QS Al-Baqarah : 179)

Generasi salaf yang soleh telah memberikan teladan yang baik kepada kita dalam masalah ketakwaan, muhasabah, mu’aqabah terhadap diri sendiri jika bersalah serta contoh dalam bertekad untuk lebih taat jika mendapati dirinya lalai atas kewajiban.

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Umar bin Al Khaththab ra pergi ke kebunnya. Ketika ia pulang, maka didapatinya orang-orang sudah selesai melaksanakan Solat Asar.

Maka beliau berkata :
“Aku pergi hanya untuk sebuah kebun, aku pulang orang-orang sudah solat Asar! Kini, aku menjadikan kebunku sedekah untuk orang-orang miskin.”

7. Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah

Membaca sirah Rasulullah saw, para sahabat dan para ulama’ terdahulu untuk mengambil teladan dari mereka.

Dengan membaca kisah-kisah mereka, bagaimana perjuangan mereka dalam menegakkan Deenul Islam, maka kita dapat mengambil pelajaran dari kisah tersebut sebagaimana firman Allah swt :

“Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surah ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (QS Huud : 120)

8. Berdoa kepada Allah swt agar Dia sentiasa memberikan kepada kita istiqamah hingga akhir hayat

Jalan yang juga paling penting dalam mewujudkan sikap istiqamah adalah memohon pertolongan Allah dalam segala urusan dan keadaan kerana hanya kepada Allahlah semua urusan kelak akan dikembalikan. Doa adalah senjata umat Islam.

Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha mengatakan bahwa doa yang paling sering dibaca oleh Rasulullah saw adalah doa berikut :

“Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik ”

ertinya “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati-hati teguhkanlah hatiku di atas agamaMu.” (HR Tirmidzi, Ahmad, Hakim, disahihkan oleh Az Zahabi di dalam Shahihul Jami’).



Leer completo...

MEMPERINDAH HATI ~ BERSIH DAN TELUS



Setiap manusia tentulah sangat menyukai dan merindukan keindahan. Banyak orang yang menganggap keindahan adalah pangkal dari segala puji dan harga. Tidak usah heran kalau banyak orang memburunya. Ada orang yang berani pergi beratus bahkan beribu kilometer semata-mata untuk mencari suasana pemandangan yang indah. Banyak orang rela membuang waktu untuk berlatih mengolah jasmani setiap saat kerana sangat ingin memiliki tubuh yang indah. Tak sedikit juga orang berani membelanjakan uangnya berjuta bahkan bermilyar kerana sangat rindu memiliki rumah atau kendaraan mewah.

            Akan tetapi, apa yang terjadi? Tak jarang kita menyaksikan betapa terhadap orang-orang yang memiliki pakaian dan penampilan yang mahal dan indah, yang datang ternyata bukan penghargaan, melainkan penghinaaan. Ada juga orang yang memiliki rumah megah dan mewah, tetapi bukannya mendapatkan pujian, melainkan malah cibiran dan cacian. Mengapa keindahan yang tadinya disangka akan mengangkat derajat kemuliaan malah sebaliknya, padahal kunci keindahan yang sesungguhnya adalah jika sesorang merawat serta memperhatikan kecantikan dan keindahan hati. Inilah pangkal kemuliaan sebenarnya...

            Rasulullah SAW pakaiannya tidak bertabur bintang penghargaan, tanda jasa, dan pangkat. Akan tetapi, demi Allah sampai saat ini tidak pernah berkurang kemuliaannya. Rasulullah SAW tidak menggunakan singgasana dari emas yang gemerlap, ataupun memiliki rumah yang megah dan indah. Akan tetapi, sampai detik ini sama sekali tidak pernah luntur pujian dan penghargaan terhadapnya, bahkan hingga kelak datang akhir zaman. Apakah rahasianya? Ternyata semua itu disebabkan Rasulullah SAW adalah orang yang sangat menjaga mutu keindahan dan kesucian hatinya.

            Rasulullah SAW bersabda, “Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, niscaya akan rusak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama qolbu!” (HR. Bukhari dan Muslim).

            Boleh saja kita memakai segala apapun yang indah-indah. Namun, kalau tidak memiliki hati yang indah,demi Allah tidak akan pernah ada keindahan yang sebenarnya. Kerananya jangan terpedaya oleh keindahan dunia. Lihatlah, begitu banyak wanita malang yang tidak mengenal moral dan harga diri. Mereka pun tidak kalah indah dan molek wajah, tubuh, ataupun penampilannya. Kendatipun demikian, mereka tetap diberi oleh Allah dunia yang indah dan melimpah.

            Ternyata dunia dan kemewahan bukanlah tanda kemuliaan yang sesungguhnya kerana orang-orang yang rosak dan durjana sekalipun diberi aneka kemewahan yang melimpah ruah oleh Allah. Kunci bagi orang-orang yang ingin sukses, yang ingin benar-benar merasakan lezat dan mulianya hidup, adalah orang-orang yang sangat memelihara serta merawat keindahan dan kesucian qalbunya.

            Imam Al Ghazali menggolongkan hati ke dalam tiga golongan, yakni yang sehat (qolbun shahih), hati yang sakit (qolbun maridh), dan hati yang mati (qolbun mayyit).
Seseorang yang memiliki hati sehat tak ubahnya memiliki tubuh yang sehat. Ia akan berfungsi optimal. Ia akan mampu memilih dan memilah setiap rencana atas suatu tindakan, sehingga setiap yang akan diperbuatnya benar-benar sudah melewati perhitungan yang jitu berdasarkan hati nurani yang bersih.

            Orang yang paling beruntung memiliki hati yang sehat adalah orang yang dapat mengenal Allah Azza wa Jalla dengan baik. Semakin cemerlang hatinya, maka akan semakin mengenal dia. Penguasa jagat raya alam semesta ini. Ia akan memiliki mutu pribadi yang begitu hebat dan mempesona. Tidak akan pernah menjadi ujub dan takabur ketika mendapatkan sesuatu, namun sebaliknya akan menjadi orang yang tersungkur bersujud. Semakin tinggi pangkatnya, akan membuatnya semakin rendah hati. Kian melimpah hartanya, ia akan kian dermawan. Semua itu dikeranakan ia menyadari, bahawa semua yang ada adalah titipan Allah semata. Tidak dinafkahkan di jalan Allah, pasti Allah akan mengambilnya jika Dia kehendaki.

            Semakin bersih hati, hidupnya akan selalu diselimuti rasa syukur. Dikaruniai apa saja, kendati sedikit, ia tidak akan habis-habisnya meyakini bahawa semua ini adalah titipan Allah semata, sehingga amat jauh dari sikap ujub dan takabur. Persis seperti ucapan yang terlontar dari lisan Nabi Sulaiman AS, tatkala dirinya dianugerahi Allah berbagai kelebihan, “Haadzaa min fadhli Rabbii, liyabluwani a-asykuru am afkuru.” (QS. An Naml [27] : 40). Ini termasuk karunia Tuhanku, untuk mengujiku apakah aku mampu bersyukur atau malah kufur atas nikmat-Nya.

            Suatu saat bagi Allah akan menimpakkan ujian dan bala. Bagi orang yang hatinya bersih, semua itu tidak kalah terasa nikmatnya. Ujian dan persoalan yang menimpa justru benar-benar akan membuatnya kian merasakan indahnya hidup ini. Kerana, orang yang mengenal Allah dengan baik berkat hati yang bersih, akan merasa yakin bahawa ujian adalah salah satu perangkat kasih sayang Allah, yang membuat seseorang semakin bermutu.

            Dengan persoalan akan menjadikannya semakin bertambah ilmu. Dengan persoalan akan bertambahlah ganjaran. Dengan persoalan pula derajat kemuliaan seorang hamba Allah akan bertambah baik, sehingga ia tidak pernah resah, kecewa, dan berkeluh kesah kerana menyadari bahawa persoalan merupakan bagian yang harus dinikmati dalam hidup ini.

            Oleh sebabnya, tidak usah heran orang yang hatinya bersih, ditimpa apapun dalam hidup ini, sungguh bagaikan air di relung lautan yang dalam. Tidak pernah akan berguncang walaupun ombak badai saling menerjang. Ibarat karang yang tegak tegar, dihantam ombak sedahsyat apapun tidak akan pernah roboh. Tidak ada putus asa, tidak ada keluh kesah berkepanjangan. Yang ada hanya kejernihan dan keindahan hati. Ia amat yakin dengan janji Allah, “Laa yukalifullahu nafasan illa wus’ahaa.” (QS. Al Baqarah [2] : 286). Allah tidak akan membebani seseorang, kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Pasti semua yang menimpa sudah diukur oleh-Nya. Mahasuci Allah dari perbuatan zhalim kepada hamba-hamba-Nya.

            Ia sangat yakin bahawa hujan pasti berhenti. Badai pasti berlalu. Malam pasti berganti menjadi siang. Tidak ada satu pun ujian yang menimpa, kecuali pasti akan ada titik akhirnya. Ia tidak berubah bagai intan yang akan tetap kemilau walaupun dihantam dengan apapun jua.

            Memang luar biasa orang yang memiliki hati yang bersih. Nikmat datang tak pernah membuatnya lalai bersyukur, sementara sekalipun musibah yang menerjang, sama sekali tidak akan pernah mengurangi keyakinan akan curahan kasih sayang-Nya. Semua itu disebabkan ia boleh menyelami sesuatu secara lebih dalam atas musibah yang menimpa dirinya, sehingga tergapailah sang mutiara hikmah. Subhanallaah, sungguh teramat beruntung siapapun yang senantiasa berikhtiar dengan sekuat-kuatnya untuk memperindah qolbunya...

Wallahualam...
Leer completo...

ISTIQAMAH DALAM MUJAHADAH

MySpace Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya. Mengapa?

Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh dua musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu.

Bagaimana kita hendak mengalahkan dua musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri? Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada 
musuh batin.

Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?
Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya ‘mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya’
Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan. Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas
.
Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.
Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya. Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’. Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hingga malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.

Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala. Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi.

Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.

Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.

Firman Allah : ” Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.” (As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka. 
Leer completo...

Tanda-tanda & sifat Wanita Baik / Solehah

Assalamualaikum ...

Antara sifat-sifat wanita yg baik atau wanita solehah yang menjadi sumber kebahagiaan di dunia ialah seperti berikut.


1. Sentiasa taat kepada ALLAH dan Rasul. Tandanya ialah ia sentiasa melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH. 
Firman ALLAH, surah An Nisa' ayat 34 yg bermaksud " ....Wanita Solehah ialah yg taat kepada ALLAH dan yg (memelihara maruah) dirinya ketika suaminya tidak ada di rumah...." ..
Orang yang dapat melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan, tanda ia telah bertakwa. Orang yang bertakwa iala sebaik-baik manusia di sisi ALLAH  dan di sisi makhluk.

2. Sentiasa mengutamakan amalan-amalan yang boleh membantu menegakkan agama ALLAH. Surah At-taubat ayat 24, ALLAH menjelaskan sifat orang mukmin yang benar-benar menyintai agama ALLAH ia sanggup mengorbankan segala kepentingannya terharap harta, keluarga dan lain-lain kerana cinta kepada perjuangan ALLAH.

3. Sentiasa membantu perjuangan kaum lelaki dalam menegakkan agama Allah, membela kebenaran dan takwa. Bukan menjadikan lelaki sebagai kuda untuk mencapai dan memenuhi tuntutan nafsu, merosakkan agama dan menyuburkan kemungkaran. 

4. Berbuat baik kepada ibu bapa.

5. Sentiasa berderma dan berinfak ke jalan Allah dan jalan kebajikan. Contah peribadi wanita demikian ialah Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW dan lain-lain serikandi Islam.

6. Sentiasa berbaik-baik dan menyenangkan hati jiran.

7. Tidak pernah berdua-duaan (berkhalwat) bersama lelaki ajnabi (bukan muhrim)

8.Tidak berhias (bersolek) menyerupai wanita jahiliah seperti mewarna dan mengerinting rambut, mengecat kuku, membuat tahi lalat palsu (secara tatu), memakai gelang kaki dan sebagainya.

9. MENUTUP AURAT. Tidak mendedah aurat dan tidak memikirkan kecantikan untuk totonan lelaki ajnabi (bukan mahram) Ketika keluar rumah.

10. Tidak keluar rumah bersendirian tanpa ditemani oleh suami atau muhram atau ditemani oleh dua wanita yang baik.

11. Menjaga akhlak di rumah dan di luar rumah.

12. Sifat tingkah laku menyenangkan hati suami.

13. Sentiasa melayani suami dengan kemesraan atau menyambut suami dengan layanan yang menyenangkan hati suami.

14. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. Jika keluar rumah cuma dengan izin suami dan ada keperluan yang diluluskan oleh syariat serta dalam keadaan menutup aurat dan dalam keadaan tidak menimbulkan fitnah.

15. Taat dan sentiasa berbakti kepada suami.

16. Tidak mengeluarkan kata-kata  kesat yang boleh menyakiti hati suami.

17. Sentiasa diredhoi oleh suami kerana akhlaknya yang baik setelah melakukan kesalahan segera memohon maaf dan memohon keredheaan suami.

18. Melakukan empat perkara secara istiqamah dan dengan penuh keimanan ; iaitu sembahyang lia maktu, puasa ramadhan, jaga maruah dan taat pada suami.

19. Bersigat penyayang kepada anak-anak. Berketurunan banyak anak (subur rahimnya).

20. Berhati-hati mengguna harta suami dan mengguna dengan penuh amanah.

21. Tidak pernah menolak hajat suami (untuk berjimak) tanpa mengira masa dan tempat, walaupun ketika berasa di atas belakang unta.

22. Tidak bercakap dengan nada manja dan menawan orang lain selain suami. Bercakap perkara mustahak sahaja, ketika berurusan dengan lelaki ajnabi.

23. Takut untuk melanggar perintah ALLAH dan perintah suami.

24. Sanggup melakukan apa sahaja kerana memuliakan suami.

25. Sabar dengan kerenah dan kezaliman suami demi mencari keredhaan ALLAH. Seperti Siti Asiah sabar dengan kezaliam Fir'aun.

26. Ketika dimurkai suami, segera meminta maaf dan sehingga suami redho.

27. Redho dengan kandungan hasil daru suami yang sah dan mengambil berat menjaga anak-anak yang dilahirkan.

28. Sentiasa menjaga rahsia rumahtangga dan rahsia sulit suami.

29. Tidak pernah menuntuk yang tidak mampu disediakan oleh suami dan berpuas hati dengan apa sahaja pemberian suami.

30. Tidak pernag membantah atau menyanggah cakap suami.

31. Tidak pernah menuntut cerai dari suami, walaupun kehidupannya tidak bahagia atau suami melakukan kezaliman, tapi tetap sabar melayani suami di samping mengharapkan keredhian Allah.

32. Tidak memakai bau-bauan ketika keluar rumah menunaikan keperluan asasi yang diluluskan syariat.

33. Tidak memutuskan perhubungan keluarga suami dan sentiasa menghormati keluarga suami. Keluarga suami ialah meliputi ibu bapak suami, isteri-isteri suami (madu-madu), anak-anak suami (anak tiri) dan lain-lain yang ada hubungan keluarga dan nasab dengan suami.

34. Tidak memboikot keluarga dan juga sesama mukmin melebihi tiga hari.

35. Mengutamakan sembahyang di rumah daripada sembahyang di masjid atau surau.

36. Sentiasa memelihara pandangan mata daripada melihat lelaki ajnabi (bukan mahram) dan perkara yang haram.

37. Janda yang tetap mejaga maruah dalah memelihara anak-anak yang kematian suami.

38. Wanita yang baik ialah yang rendah maskahwinnya. 

Demikianlah diantara sifat-sifar dan tanda-tanda wanita yang baik menurut penilaian Islam. Wahai para wanita, marilah kita berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang baik. Tirulah watak-watak srikandi Islam, bukan wanita barat yang rosak moral atau wanita-wanita yang seumpama mereka tidak punya harga diri, wanita Islam sekadar nama... 

semoga apa yang telah dikongsikan dapat membantu untuk sama-sama muhasabah diri kita ~ insya'allah... 
~ MPS 









Leer completo...

dari Mata turun ke Hati..

Assalamualaikum...


Semua orang sukakan keindahan, namun akal yang bijak saja yang tahu menilai erti keindahan sebenar, mata tidak memilih untuk melihat, namun akal yang bijak yang menafsir apa yang dilihat itu baik atau sebaliknya.
Dengan akal dan fikiran, kita dapat membedakan antara yang baik atau tidak, dosa atau pahala. Maka kita, sebagai makhluk-Nya yang berhati nurani dan berakal patut untuk memahami tentang  bahaya pandangan dan kesan-kesannya. 


Tika melalui hari-hari, menjalani rutin kehidupan,  ana sering melihat gelagat lelaki ketika melihat wanita, apatah lagi kehidupan seorang pelajar, darah mudah yang mengalir mengolak sebuah perasaan yang sering lahir ketika melihat hawa yang lalu di luar kelas, di tempat kerja dan dimana sekalipun... ujian ada dimana-mana buat kita.  Tidak terkecuali pula wanita tika melihat kaum adam yang ada kalanya menarik perhatian hati yang lemah.


Mata adalah salah satu pancaindera yang dapat menjangkau sesuatu daripada jarak jauh dan bebas bergerak kesana kemari, kita bebas melihat apa-apa yang kita mahu, tapi semua ada akibatnya.Mata mempunyai kuasa penyambung gelombang hati dan perasaan seseorang dengan seseorang yg lain, begitulah apa yg dinyatakan dalam ilmu saikologi.


Mata juga adalah "panahan beracun" daripada syaitan yang menyebabkan zina pandangan. "Dari mata turun ke hati"...itulah ayat yang seringkali kita dengar tika melihat sesuatu yang indah. Mata mempunyai peranan menyampaikan sesuatu kepada hati dan apa yang dilihat dan dipandang itu memberi kesan kepada hati. Jika ia memandang sesuatu yang baik maka ia memberi kesan yang baik dan demikianlah sebaliknya, kalau yang buruk, maka menjadi buruklah hati.


Mata juga mendorong seseorang kepada perbuatan zina, melalui pandangan beracun, telah disalutkan racun yang amat berbisa pengaruhnya kepada hati seseorang sehingga hati yang telah pun diracuni mendorong hati dan akal yang lemah imannya, membuatkan anggota lain selangkah demi selangkah menuju zina hakiki iaitu kemaluan. Jelaslah mata adalah jalan-jalan atau wasilah yang mendorong seseorang kepada zina hakiki seperti dalam Al-Quran menyatakan, " Janganlah kamu menghampiri zina"-surah Isra': 32.


Walaupun pandangan itu tidak membawa kepada zina yang hakiki, tetapi pandangan seperti itu dapat memberi kesan pada iman kita, sehingga boleh merosakkan amal dan menghilangkan rasa nikmat dan ibadah.  
Nabi SAW ada mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud ; "Apabila seorang lelaki itu telah memandang kepada mana-mana bahagian daripada tubuh badan wanita yang menarik perhatian dan menawan hatinya, maka ia dianggap panahan beracun daripada panahan iblis, yang segeraa memberi kesan dan membinasakan seseorang itu. Oleh itu siapa yang meninggalkannya, maka Allah akan memberikan rasa kenikmatan dan kesedapan dalam ibadahnya"-Riwayat Al Hakim


Sesungguhnya daripada pandangan akan menggangu fikiran kita, apatah lagi apabila sesuatu yanga dipandang itu menimbulkan rasa berahi dalam hati, pastilah sang hati yang lemah sentiasa terkenang dan terbayang-bayang. Begitu juga ketika melihat sesuatu yang indah, membiarkan nafsu menguasai akal, hinga terbayang-bayang menguasai fikiran. berbahayalah pula jika apa yang difikirkan terbawa-bawa dalam sembahnyang. Ingatlah, syaitan sentiasa mengambil peluang untuk merosakkab lagi ibadah kita yang telah sedia rosak itu. Sepatutnye fikiran ini Allah berikan pada kita untuk berfikir sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat, dan mata ini untuk melihat sesuatu keindahan yang diciptakan Allah yang membuatkan kita merindui-Nya..  


Lalai tentang akibat pandangan dengan jiwa yang lemah, boleh menyebabkan seseorang hilang kreativiti, lemah daya ingatan, tumpul akal, dan berpandangan singkat / tidak berwawasan. Kelalaian yang disebabkan tekanan rindu dan asyik yang menjadikan tubuh lesu dan tak bermaya dan menjadikan seseorang yang menghidapnya menjadi pemenung dan pengelamun yang jelaslah suka membuang masa. Sedangkan membazir masa adalah dilarang dalam islam. Janganlah kita menganggu solat yang merupakan tiang agama kita dengan apa yang telah menguasai pemikiran kita melalui apa yang telah kita pandang melalui sang mata yang tidak berdosa. Ia sungguh boleh merosakkan amalan sebahyang bahkan sembahyang kita tidak memberi kesan apa-apa kepada peribadi kita. Dengan menjaga pandangan insya'allah kenikmatan ketika sembahyang dapat kita peroleh.bukan sahaja kita dapat merasakan nikmat dalam beribadah, bahkan Allah SWT menjamin seseorang itu dapat menyucikan hati...Faedah dari menundukkan pandangan ini juga, sebagaimana difirmankan Allah dalam surat An Nur ayat 30 (yang artinya) “yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka” yaitu dengan menundukkan pandangan akan lebih membersihkan hati dan lebih menjaga agama orang-orang yang beriman. 


Jadikanlah apa yang kita pandang itu tidak membawa keburukan pada kita, keburukan dunia dan akhirat. Namun tidak dapat dinafikan kita tidak dapat mengelak dari terpandang sesuatu yang tidak dapat kita elak, apatah lagi hidup dalam arus kemodenan di  usia tua dunia. Islam agama yang indah dan sempurna, kita diajar untuk menundukkan pandangan dan ucapkanlah keampunan. 



Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman :“Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31)

Dari Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim no. 5770)

Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk menundukkan pandangan sehingga hati dan agama kita selalu terjaga kesuciannya. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang kita lihat dan apa yang kita fikirkan dan apa kita rasa mahupun orang lain tidak mengetahuinya. 
"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati". (QS. 40:19)

Menjaga dan mengawal pandangan adalah tanda-tanda akhlak yang baik, dan salah satu sifat wanita solehah  ialah tidak melihat kepada sebarangan lelaki, kecuali suaminya atau lelaki yang mahram dengannya. Dengan itu insya'allah kita terjaga daripada tipuan dan godaan syaitan...

Wallahualam..

~MPS






Leer completo...

LIMA SIFAT MANUSIA MENGHADAPI KESUSAHAN DAN KESENANGAN

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

1. Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datangnya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi, banjir, hama, kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam, alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah S.W.T.. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7.).

2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah S.W.T.: "Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12.). Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49.). "Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat berputus asa, lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9.).

3.Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka, kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.).

4. Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah, tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51.). Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya.

5. Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.


Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi ujian dari Allah. Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam ujian dari Allah. Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah, berlindung denganNya. Bahkan mereka menyingsing lengan, mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.
Leer completo...

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

Assalamualaikum, 


Penipuan atau Ghurur adalah peringatan kepada manusia dan membuat manusia lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Ia diebabkan oleh tiga perkara iaitu Syaitan, orang-orang kafir dan disebabkan dunia dan segala isinya (perhiasannya).
Wanita dianugerahkan kelembutan, namun ia bukan satu kelemahan dan bukan untuk diperbodohkan atau ditipu.. kelembutan bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya letaknya kasih sayang Allah s.w.t pada kaum wanita. 


Dunia itu tiada lain hanyalah mata benda yang menipudaya” (Ali-Imran:185).



Disini ana masukkan jenis wanita yg mudah ditipu lelaki agar kita wanita tidak terpedaya, bukan berniat  menyalahkan lelaki, tetapi muhasabah diri agar tidak mudah ditipu dengan syaitan, org2 kafir, dunia dan segala perhiasannya termasuk lelaki.. nauzubillah...


6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki


1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

2. Wanita yang "terdesak" untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

3. Wanita "sosial".

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada "night life", disko, berparti, "clubbing", pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah "life is short, so have fun!", atau "masa muda ni la nak rasa macam-macam..".

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

5. Wanita yang memandang "faktor fizikal" sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki "cute", "macho", dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin "handsome", "cute", "sexy" seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan "sistem pertahanan" diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK "handsome" dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang "handsome"?

6. Wanita yang "sabar" tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu "makan hati berulam jantung", atau mungkin juga dah sampai tahap "makan tangan berulam kaki". Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.



**********


Iyyaka na'budu wa iyya kanasta'iin....
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk serta hidayahNya kepada kita semua.. amin... 

~mps  
Leer completo...

Teman seperjuangan..