Masa berjimak untuk mendapatkan zuriat yang sempurna
Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini
sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”
Jangan
berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis
Jangan
berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang suka menumpahkan darah.
Jangan berjimak jika isteri
sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan
anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
Jangan berjimak pada
pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda
pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
Jangan berjimak pada akhir
bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka
meminta-minta.
Jangan berjimak semasa
syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia
akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya
membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
Jangan berjimak dengan
isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi
seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
Jangan berjimak dengan isterimu
pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
Jangan berjimak dengan
isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang
zalim.
Jangan berjimak
dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak
ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada
akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
- Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
- Pada malam selasa. Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
- Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
- Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
- Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
- Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
- Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
- Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Wallahu ak’lam