ISTIQAMAH DALAM MUJAHADAH

MySpace Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya. Mengapa?

Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh dua musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu.

Bagaimana kita hendak mengalahkan dua musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri? Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada 
musuh batin.

Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?
Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya ‘mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya’
Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan. Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas
.
Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.
Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya. Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’. Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hingga malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.

Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala. Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi.

Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.

Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.

Firman Allah : ” Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.” (As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka. 
Leer completo...

WANITA DALAM PERJUANGAN ISLAM: BERSEMANGAT DAN BERISTIQAMAH

Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan.

Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa. Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya)” 

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mula-mula syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w adalah seorang wanita, Sumaiyah dari keluarga Yasir.

Leer completo...

Sertai Amal dengan Jihab

Dengan Nama Allah, maha pemurah lagi maha penyayang...
Assaalamualaikum ...


Beribadat sahaja tanpa keluar berjihad, kita bukanlah Ahli Sunnah Wal Jamaah; kita bukanlah orang yang mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Kalaulah boleh dengan sembahyang saja, dengan wirid saja, dengan doa saja, masuk syurga, maka Rasulullah tidak berhijrah ke madinah. Lebih baik baginda duduk di Masjidil Haram.


Rasulillah setelah puas beribadat, beliau keluar berjihad fi sabilillah. Beliau berjuang  hingga patah giginya.
Kita ingat, kitalah orang Rasulullah, ahli ibadah tanpa peduli hal masyarakat. "Asal aku bersih, orang lain lantak masuk neraka."


Apatah lagi kalau kita hanya berjihad tanpa menggerjakan solat, lagi jauhlah dari Sunnah Rasulullah. Kita mesti ada ibadah dan jihad. Itulah baru dikatakan Ahli Sunnah, orang yang mengikut sunnah Rasulillah SAW. Itulah perjuangan Rasulullah SAW.


Dengan Haiwan sekalipun kita harus berbuat baik. Ada seorang perempuan masuk neraka bukan tidak solat, tapi wanita itu mengurung seekor kucing sampai mati. Dan ada pula orang masuk syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Tapi solatlah.Jangan hendak mengharap bagi makan seekor anjing saja dapat masuk syurga.


Kata Kubur : Hai Manusia, akulah tempat binatang berbisa, kalau kamu sudah tahu, hendaklah kamu sediakan ubatnya dari sekarang, selain solat, hendaklah kamu memulakan pekerjaan dengan Bismillah iaitu mengucapkan.Dan bertaubatlah di tengah malam yang gelap gelita dengan linangan air mata yang ikhlas kerana menyesali dosamu...


Kata Rasulullah SAW, sedikit saja airmata orang yang bertaubat, setitik saja airmata orang yang takutkan azab Allah di akhirat . Janganlah kamu ketawa di dunia, nanti kamu menangis di neraka. Menangislah didunia supaya kamu tersenyum di syurga.


Kata Kubur : Hai manusia, akulah tempat engkau yang bangkit, bila kamu mati esok, dan interview, ada soal jawab di kubur.
Boleh jawabkah kita? Ada sesetengah orang kata. dia boleh jawab. Pasal apa? Dia sudah hafal, dia sudah Hafiz.
Dia ingat boleh hafal soal jawab itu dari sekarang.Soal jawab di kubur tak perlu belajar, kerana semua pertanyaan itu kelak dijawab oleh amal kita.


Amalkanlah :




Bila kita mati, dapatlah kita mengucapkannya.Jadi kita mati dalam iman. Iman kitalah yang akan dapat menjawab segala soal jawab itu.
Leer completo...

BERKORBAN PADA JALAN ALLAH ~ Wanita =)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

FIRMAN Allah dalam sebuah hadis Qudsi yg ertinya :

"Wahai anak Adam!  Pindahkanlah simpananmu kepada-Ku dan janganlah habis kerana terbakar, banjir dan bukan pula di curi. Aku akan memberinya kembali secara tunai kepadamu, bila engkau sangat memerlukannya."

(Hr. Baihaqi)

Ya Sahabat, daripada hadis berikut, Melalui Rasulnya Allah memberitahukan kpd kita, sesungguhnya bersedekah dan membelanjakan harta atau mendermakan pada jalan Allah itu, adalah suatu kebaikan apabila dilaksanakan dengan niat yang ikhlas, tidak sedikitpun dicampuri perasaan riya'.

Diberitahukan pula, bahawa membelanjakan harta dengan jalan demikian, adalah merupakan simpanan dan tabungan yang lansung di simpan disisi Allah. Harta tersebut akan senantiasa terpelihara dan di jaga dengan baik sehingga tidak akan terbakar, hilang kerana banjir atau dicuri orang. Apabila org yg punya memerlukannya kembali, maka segera akan diberikan Allah secara tunai dalam bentuk kemurahan rezeki.

Selain itu, dijelaskan juga bahawa yg dimaksudkan dengan simpanan di sisi Allah itu ialah: semua amal perbuatan dan ibadah kita, apapun bentuknya, baik yang dilakukan oleh lidah, hati, harta dan tenaga mahupun bentuk lain yang dilakukan dengan niat yg ikhlas.
Leer completo...

Jihad Perjuangan Paling Utama!!


Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”.

 Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



Huraian
 
1. Sebenar benar jihad ialah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah S.W.T. serta membelanjakan hartanya kejalan yang diredhai.

2. Islam menuntut umatnya menyeru kearah kebaikan dan menentang kemungkaran. Usaha ini hendaklah dilakukan secara berperingkat seperti yang dilakukan oleh syarak.

3. Jihad dalam erti kata yang luas ialah kita dikehendaki sama-sama memperjuang dan memperlengkapkan diri bagi mencapai hasrat untuk kemajuan agama bangsa dan negara serta mempertahankannya dari sebarang ancaman musuh baik dari dalam mahupun dari luar.



Leer completo...

Wajah-wajah Syuhadak Gaza



Nyawa kurniaan Allah hanya satu, bukan dua atau lebih. Kematian yang paling baik ialah Syahid di Jalan Allah. Kerja yang paling baik ialah bekerja dan berjihad di Jalan Dakwah. Kepuasan dan kejayaan hakiki seseorang ialah apabila dia berjaya bekerja dan mati sebaiknya. Sesiapa yang menyangka bahawa perjuangan menegakkan dan memantapkan Daulah bagi Islam melalui jalan selain yang ditunjukkan Rasulullah saw dalam Seerah dan Hadisnya, selain cara yang disebut Allah dalam KitabNya maka samada dia tidak akan berjaya mencapainya atau dia berjaya menduduki singgahsana bukan di atas erti Daulah yang dimaksudkan. Dalam kedua-dua hal, dia tersasar.
Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).
senyum6
Tidakkah cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra dihayat Baginda saw menggambarkan perihal kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan Agama yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?
Leer completo...

Indahnya Jihad....

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Jihad merupakan suatu amalan ibadah yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan tersendiri. Ia adalah kemuncak amalan terpuji yg dituntut di dalam Islam, jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain selain daripada solat wajib.

Majoriti ulama ; Islam berpendapat jihad adalah lebih utama daripada solat dan puasa sunnat, seperti mana yang digambarkan melaui hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Leer completo...

Teman seperjuangan..