Ganjaran Allah SWT terhadap pengorbanan wanita
ciri - ciri Wanita Solehah
Wanita solehah adalah idaman Lelaki
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk
Bagaimana mendidik anak solehah/soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.
(al-Anfal: 24)
10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
a) Selalu membaca al-Quran di rumah
b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.
Adakah Kita Terlalu Taksub !
Kita terlalu taksub. taksub memberi makna fanatik,tegar, terhadap sesuatu perkara.Setiap orang berbeza taksubnya.Samaada taksub kepada peimpin , taksub kepada sesuatu barang , taksub kepada artis , taksub kepada makanan , taksub kepada hiburan , taksub kepada politik , taksub kepada seks , taksub kepada internet , taksub kepada blog , taksub kepada komputer dan banyak lagi jenis taksub . Taksub boleh memberi impak kepada seseorang samada ke arah kebaikan atau ke arah keburukan.
Padangan Dari Segi Kebaikan
Dari segi kebaikan ,ia memberi kekuatan kepada seseorang untuk melakukan sebarang tindakan .Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan mencapai matlamat.Memandangkan negara kita kecoh dengan isu-isu politik , saya mengambil ia sebagai contoh.Walau apa pun yang berlaku dalam pertubuhan parti tersebut , sedikit pun tidak mengugak kesetiannya.Mereka tidak akan berganjak dari menyokong parti tersebut.Inilah di namakan kesetian. Kebiasaanya orang golongan ini tidak mengharapkan balasan.Mereka melakukan dengan rela hati.
Pandangan Dari Segi Keburukan
Dari segi keburukan , boleh meyebabkan pemikiran seseorang tertutup , cetek , terkonkong , keras kepala dan tidak berfikiran jauh.Kebiasaanya golongan ini tidak akan mendengar pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut memang benar.Mereka akan tetap dengan kepercayaannya walaupun apa yang dipercayainya adalah salah.Dalam bangsa Melayu di panggil “bodoh sombong”.Kalau dahulu ada isu suami isteri bertengkar di sebabkan fahaman politik yang berbeza.Ini adalah salah satu tindakan yang boleh dinamakan kurang bijak.
Pandangan penulis , kita tidak sepatutnya terlalu taksub.Tuhan menjadikan kita akal fikiran untuk berfikir.Fikir lah berlandaskan akal firkiran bukan berlandaskan nafsu.Salah tetap salah , benar tetap benar.Jika kita buntu dalam sesuatu masalah , pohonlah hidayat dari Nya.Hanya satu fanatik yang boleh di terima adalah fanatik kepada agama islam.Cukuplah setakat ini coretan dari penulis , apa yang ditulis hanya pandangan peribadi penulis.
“GANJARAN SEORANG ISTERI” ~ Hargailah isteri
Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, S he was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.
" Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini... Rasulullah saw. bersabda mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
JADILAH SEORANG IBU YANG HEBAT
Baru-baru ini saya menghadiri majlis Anugerah Ibu Mithali di Kuala Lumpur. Kata-kata seorang yang bergelar Ibu Mithali itu menyentuh dan menyeggarkan minda dan perasaan saya sebagai seorang ibu:-
Saya begitu tertarik dengan ketabahanya. Beliau benar-benar menjadi ibu yang hebat melihat dari perwatakannya ternyata beliau mempamerkan sifat yang tegas dan penyayang. Sikap menyayangi makhluk – binatang peliharaan katanya boleh memupuk kasih sayang di dalam diri anak-anak. Tanamkanlah sikap ini sedari kecil...
Untuk melayakan kita bergelar ibu yang hebat katanya “ kita haruslah menjadi seorang ibu yang baik yang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukan setiap amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ibu agar boleh menjadi contoh kepada anak-anak...”
Hati saya tersentuh mendengar cerita bagaimana beliau membesarkan sebelas orang anaknya tanpa pembantu. Alhamdulillah!...semua anak-anaknya berjaya ke menara gading. Ada yang menjadi doktor perubatan, jurutera, ahli perniagaan dan pegawai kerajaan.
“Seorang ibu yang hebat mestilah rajin dan berani berkorban masa untuk menarik kesukaan anak-anak seperti memasak. Air tangan ibu cukup istimewa dan cara ini mudah bagi kita memenangi hati mereka dengan masakan yang istimewa...” tambahnya.
Rata-rata anak-anak kita meniru setiap perbuatan yang kita lakukan tak kira baik atau pun sebaliknya. Mereka menjadikan kita sebagai idola dari itu amalkan sikap yang baik agar boleh dicontohi dan diterapkan dalam diri mereka. Ini satu cara yang baik - memudahkan kita mendidik mereka jadi anak yang berguna...Insya Allah.
Jangan biarkan anak-anak duduk bersendirian, selalulah duduk dan bercerita bersama anak-anak tentang apa saja topik seperti kisah mereka kecil-kecil dulu ketika mereka mula berjalan atau hari pertama ke sekolah dan sebagainya, pastinya saat-saat itu sangat menarik dan menyeronokan.
Sedaya upaya jangan menabur janji kosong terhadap anak-anak. Jangan sekali-kali hampakan harapan mereka, penuhi segala janji dan kemahuan mereka..asalkan ia akan memberikan manfaat tak ada masalah tapi jika kita tidak mampu memenuhinya terangkan lah secara baik agar mereka boleh memahaminya.
Ibu yang hebat adalah ibu yang penyabar dan penuh kasih sayang – Apa bila anak-anak menyayangi ibu mereka sudah pasti berusaha untuk mengembirakan hati kedua orang tua di suatu hari nanti. Hari ini kita menyayangi mereka hari esok lusa anak-anak pasti akan lebih menyayangi kita...Insya Allah!
Selalulah membawa anak-anak berjalan-jalan, luangkan waktu sekali-sekala.. sekurang-kurangnya kita boleh mengeratkan hubungan dan menghabiskan masa sambil memantau apa yang mereka lakukan.
Berikanlah pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh anak yang sulung biarlah dia berjaya agar dia menjadi contoh dan ikutan kepada adik beradik yang lain. Sekiranya kita mampu apa salahnya kita berkorban untuk membiyayai perbelanjaan pendidikan yang terbaik untuk mereka.
Jadilah ibu yang bermotivasi tinggi dalam mendidik, menolong dan memotivasikan anak-anak. Senantiasalah berminat, bersemangat, tekun dan sabar dalam menghadapi karenah anak-anak. Hala tuju mereka senantiasalah diawasi, gerak langkah mereka hendaklah diperhati.
Sebagai ibu semestinya memberi kebebasan kepada anak-anak memilih bidang atau pun kerjaya yang mereka minati. Jadilah kawan berbincang dengan anak-anak kita dan berilah mereka pendapat yang bernas yang menjuruskan anak-anak kepada pemilihan yang tepat yang bersesuaian dengan jiwa mereka.
Jadilah kawan yang boleh di bawa berbincang bersama anak-anak dan berilah suatu pendapat yang bernas yang menjuruskan anak-anak kepada pemilihan yang tepat tentang bidang yang sesuai untuk mereka pilih.
Ibu dan anak-anak harus bersama-sama membina satu pasukan untuk membina kemantapan institusi keluarga bermula dan keperluan hidup, makan –minum dan pakaian tersedia mengikut kadar kemampuan. Amalkan sikap kasih sayang, hormat menghormati, bantu membantu dan tidak mementingkan diri sendiri.
Jadilah ibu yang berfikiran terbuka untuk membina jalan ke arah masa depan anak-anak. Ajar mereka untuk membuat perancangan dengan disiplin yang ada. Amalkanlah situasi aman dalam membuat sebarangan keputusan tentang pengagihan tugas dalam keluarga. Suburkan semangat tekun dan sabar dalam menghadapi segala ketermungkinan yang akan mereka hadapi kelak.
Jangan biasakan anak-anak makan terlalu banyak. Tebiat ini tidak baik untuk perkembangan otak mereka. Berikan khidmat yang terbaik kepada anak-anak kita membesar dengan badan yang cerga dan otak yang cerdas jiwa yang mulia bersemangat waja untuk hidup.
Allah senantiasa melimpahkan rahmat terhadap kita. Ingatlah apa pun yang kita taburkan hari ini akan membuahkan hasil yang baik di suatu hari nanti. Percayalah takdir menentukan telah segala-galanya...”Kun Fayakun...”Apa yang dikehendaki maka terjadilah – Yaasin – 82 itu janji Allah.
Sekian dulu semoga segala impian kita ingin menjadi ibu yang hebat akan membawa anak-anak kita senantiasa bertakwa kepada Allah, berdaya maju dan bersemangat demi menempuh hidup yang penuh cabaran. Amalkan sikap kasih antara satu dengan yang lain agar dapat memahatkan kekuatan institusi kekeluargaan yang mantap!
Melayari Internet dengan Kebersamaan Allah
Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).
2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.
Carilah Iman Yang Separuh Lagi
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Sahabat,
Ketika salah seorang sahabat bernama Ukaf bin Wida’ah al-Hilali menemui Rasulullah saw dan mengatakan bahwa ia belum menikah, beliau bertanya, “Apakah engkau sehat dan mampu?” Ukaf menjawab, “Ya, alhamdulillah.” Rasulullah saw bersabda, “Kalau begitu, engkau termasuk teman setan. Atau engkau mungkin termasuk pendeta Nasrani dan engkau bagian dari mereka. Atau (bila) engkau termasuk bagian dari kami, maka lakukanlah seperti yang kami lakukan, dan termasuk sunnah kami adalah menikah. Orang yang paling buruk diantara kamu adalah mereka yang membujang. Orang mati yang paling hina di antara kamu adalah orang yang membujang.” Kemudian Rasulullah saw menikahkannya dengan Kultsum al-Khumairi. (HR Ibnu Atsir dan Ibnu Majah)
Anas bin Malik ra berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim)
Pernah suatu ketika tiga orang shahabat datang bertanya kepada istri-istri Nabi saw tentang peribadatan beliau. Setelah mendapat penjelasan, masing-masing ingin meningkatkan peribadatan mereka. Salah seorang berkata, “Adapun saya, akan puasa sepanjang masa tanpa putus.” Yang lain berkata, “Adapun saya akan menjauhi wanita, saya tidak akan kawin selamanya.” Ketika hal itu didengar oleh Nabi saw, beliau keluar seraya bersabda, “Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu? Demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa diantara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku shalat dan aku juga tidur dan aku juga mengawini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Mas’ud ra pernah berkata, “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah swt sebagai seorang bujangan.” (Ihya Ulumuddin hal. 20)
Dalam suatu kesempatan Imam Malik pernah berkata, “Sekiranya saya akan mati beberapa saat lagi, sedangkan istri saya sudah meninggal, saya akan segera menikah.” Demikian rasa takut pengarang kitab al-Muwatha’ ini kepada Allah kalau ia meninggal dalam keadaan membujang. (30 Pertunjuk Pernikahan dalam Islam, Drs. M. Thalib)
Lalu kenapa kita masih menahan diri untuk menikah? Pengalaman mengajarkan bahwa ternyata kita dapat menjadi semacam tempat penyalur rejeki (dari Allah) bagi orang-orang yang lemah diantara kita (istri dan anak-anak, bahkan orangtua dan mertua sekaligus). Itu dapat terjadi manakala kita telah buat keputusan untuk mengambil tanggung jawab atas mereka. Seakan-akan Allah mengatakan bahwa Dia akan membantu kita untuk mewujudkan setiap niat baik dan tangung jawab kita.
Allah swt menyukai orang-orang yang dapat ‘mewakili’-Nya dalam hal pembagian rejeki. Salah satu kesukaan-Nya adalah bahwa Dia akan berikan lebih banyak lagi rejeki kepada wakil-wakil-Nya agar hal itu dapat bermanfaat bagi hamba-hamba-Nya yang ada dibawah tanggung-jawab mereka. Dan Allah (yang menyenangi orang-orang yang berbuat baik) menyukai mereka yang mengambil tanggung-jawab atas urusan-urusan yang disukai-Nya.
Percayalah bahwa ketika kita buat keputusan untuk menikah, itu berarti bahwa kita sedang menyenangkan Allah. Pada saat yang sama, kita menjadikan setan stress dan ‘uring-uringan’. Pada gilirannya nanti, Allah akan memperlihatkan bahwa hanya kepada-Nyalah semua makhluk bergantung dan mendapatkan rejekinya. Sementara itu, setan bekerja lebih keras lagi untuk menanamkan rasa takut terhadap segala resiko (yang mungkin timbul) dari pernikahan, sekaligus dia menampakkan ‘kebaikan-kebaikan’ hidup sendiri (membujang).
Bila kita menikah, padahal saat ini kita (misalnya) seperti ‘tulang punggung’ bagi keluarga orangtua, maka Allah yang maha pengasih dan maha penyayang tidak akan menambah berat beban yang harus kita pikul, bahkan Dia akan meringankannya melalui pernikahan. Nampaknya hal ini tidak bisa masuk akal, akan tetapi demikianlah ketetapan Allah dalam memelihara ciptaan-Nya. Akal kita memang sangat terbatas, bahkan sekedar untuk memahami ciptaan-Nya saja hamper-hampir kita tidak mampu.
Bila kita menikah, sedangkan kita tidak sedikitpun punya niatan untuk meninggalkan bakti kepada orangtua dan hubungan baik dengan sanak-saudara, niscaya Allah akan memberi jalan keluar bagi masalah-masalah yang mungkin timbul terhadap mereka. Segala sesuatu datang dari Allah dan semuanya akan kembali kepada-Nya. Keadaan seberat apapun, pasti tidak akan menyusahkan-Nya sedikitpun dalam menyelesaikan masalah-masalah keseharian kita.
Bila kita menikah, maka kita akan (segera) masuk ke dalam orang-orang yang beruntung yang akan diakui sebagai ummat Rasulullah saw. Begitu besarnya perhatian Rasulullah saw akan hal nikah sehingga seseorang seperti Julabib, (maaf) yang punya wajah jelek, hitam, miskin dan tidak punya keberanian untuk nikah (karena keadaannya) pun ‘digesa’ dan didorong untuk menikah. Seakan Rasulullah marah kepada mereka yang sudah masuk dalam kategori layak nikah namun dia mengabaikannya.
Untuk itu, hendaknya tidak seorangpun merasa kecil hati dengan keadaannya saat ini. Banyak keadaan dimana orang-orang memandang bahwa keadaan kita jauh lebih baik daripada mereka. Barangkali orang-orang di luar kita tidak sepenuhnya memahami keadaan kita, akan tetapi pada kenyataannya memang selalu ada orang-orang yang posisinya jauh dibawah kita dan selalu ada orang-orang yang keadaannya lebih buruk daripada kita.
Lalu dari mana kita mulai? Orang-orang tua yang arif-bijaksana selalu mengingatkan agar kita selalu memperbaharui niat kita, menguatkannya hingga kita berazam untuk mewujudkan sesuatu yang kita hajatkan. Dengan ijin Allah, niat yang kuat (azam) akan dapat mengaktifkan fikir, menggerakkan anggota badan dan melibatkan segala sesuatu di sekitar kita untuk merealisasikan apa yang kita niatkan. Untuk perkara yang tidak baik saja Allah memberinya ijin, lalu bagaimana pula bila niat itu sesuatu yang Allah sukai?
Langkah selanjutnya adalah doa. Dengan menguatkan niat, doa kita akan terasa lebih berkesan. Ada masa-masa tertentu setiap hari ketika Allah merespon doa secara ‘cash’ (tunai). Tidak seorangpun tahu rahasia ini, sehingga orang yang bersungguh-sungguh (dengan urusan doa yang diijabah ini) tidak akan menyiakan masanya, sehingga tidak ada masa kecuali selalu dalam berhubungan dengan Sang pengijabah doa.
Langkah berikutnya, yakni seiring dengan doa yang sedang kita panjatkan, adalah ikhtiar. Kita boleh menyukai siapa saja, yang agama kita membenarkannya untuk kita menikahinya. Akan tetapi ketetapan pasangan kita adalah hak Allah. Kita boleh memilih dan memilah, tapi yakin kita adalah bahwa keputusan Allah adalah yang terbaik buat kita. Allah mengetahui sedangkan kita tidak tahu kecuali sebatas pada apa yang diberitahukan-Nya kepada kita.
Bila kita menyukai seseorang untuk menjadi pasangan (suami atau istri) kita lalu hal itu sesuai dengan keinginan dan ilmu kita, akan tetapi Allah (dengan keluasan ilmu-Nya) tidak menghendakinya terjadi, maka pernikahan itu tidak akan dapat diwujudkan meski seluruh jin dan manusia membantu kita. Bila kita menyukai seseorang dan Dia sendiri telah menetapkannya untuk kita, maka pernikahan akan terwujud meskipun seluruh jin dan manusia menghalanginya.
Bila kita tidak suka kepada seseorang sedangkan Allah suka agar kita menyenangi dan menikahinya, ini adalah suatu pertanda bahwa Allah menyimpan banyak kebaikan yang (sebagian besarnya) dirahasiakan-Nya agar menjadi ‘surprise’ bagi kita pada saat yang ditentukan-Nya sendiri kelak, baik di dunia ataupun di akhirat. Dan kesukaan Allah yang lain adalah bahwa Dia mecurahkan kebaikan yang semakin bertambah dan berlipat kepada hamba-hamba yang diridhoi-Nya.
Dari banyak pengalaman, saat menjelang pernikahan (setelah kita buat keputusan untuk itu) adalah masa-masa yang sering dipenuhi dengan kecamuk ‘perang bathin’. Seolah ini adalah perang antara kebaikan dan keburukan. Bila kita terus maju dengan segala resikonya, kita akan menang lalu sampailah kita ke gerbang pernikahan. Sebaliknya, bila kita ragu dan menjadi terhalang dengan ‘hal-hal kecil’, kita akan kalah dan kita tidak akan sampai ke gerbang itu. Maka bila kita sudah buat keputusan, kita mesti buang jauh segala bentuk keraguan dan kita mesti belajar untuk menjadi tidak peduli dengan segala rintangan.
Subhanallah....
9 Ciri - Ciri Wanita Idaman Lelaki
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri
Istidraj ~bila Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat
Assalamualaikum... Berbalik dari istidraj yang dijelaskan di artikel sebelumnya. Apabila seseorang yang tidak faham akan nikmat dan rahmat Allah SWT, bila dia memiliki kebesaran, dia akan menzalimi orang yang dibawahnya. Kekayaan yg ada padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya, tapi untuk berbuat maksiat kepada Allah SWT.
Manusia golongan ini telah terkeliru dgn fahaman mereka sendiri. Mereka tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hamba-Nya yg setia dengan manusia yang durhaka.Ustaz Yazid Ja'far pernah ditanya oleh seorang mahasiswa: "ustaz, betulkah atau tidak, saya dengar ustaz bersyarah, ulama-ulama kalau besyarah, barang siapa yang mahu mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat, hendaklah dulu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dan berpegang teguh dengan agama Islam. Betulkah ustaz?"
"Betul!"
"Minta maaflah ustaz, saya tidak berapa percaya. Sebab, apa yg saya lihat tidak begitu. Orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah inilah yg paling teruk.
Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh. Mak dan ayah saya, katanya, bukan sahaja sembahyang sehari semalam lima waktu, tapi tengah malam pun bangun sembahyang tahajjud. Rumah kami roboh juga. Puasa bukan puasa ramadan saja. Isnin mereka puasa, Khamis pun mereka puasa. Tapi kami makan, sebulan sekali, daging pun susah. Ayah saya, orang belum bang (azan) telah pergi ke masjid.
Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh pada agama. Tetapi bapa saudara saya- adik mak saya, tidak pernah sembahyang seumur hidup. Puasa pun tak pernah. Kalau kita tanya, pak cik tak ingat mati? Bukan saya seorang saja yang mati katanya. Kalau masuk neraka pun ramai orang yang masuk. Dalam hidup kaya, hidup mewah. Kita yg sembahyang ini, hidup susah.
Tapi hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yg telah dikurniakan kepada makhluk-Nya. pemberian nikmat Allah kepada hamba-Nya (yg dikasihi-Nya) ialah pemberian yang diredhai-Nya, tapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat adalah pemberian yang tidak diredhai-Nya. Inilah yg dinamakan ISTIDRAJ.
Pemberian yg redha itu, seperti pemberian ayah kpd anaknya. Ketika sang ayah hendak sembahyang, penjual aiskrim lalu, anaknya merengek meminta dibelikan. Si ayah pun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyuman mesra diberikannya aiskrim itu dgn layanan yang baik. "Makanlah baik-baik nak, Jangan bising ayah nak sembahyang".
Kemudian baru sahaja hendak sembahyang, si anak menjerit minta tambah aiskrim lagi. Ayahnya naik darah. Dengan geram dibelikannya juga aiskrim itu kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tapi pemberian kali ini adalah pemberian yg tidak redha.
Begitu jugalah Allah SWT dengan kita, kadang-kadang manusia mendapat nikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hamba-nya yg selalu membuat maksiat (durhaka) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi.)
Tapi manusia durhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yg datang mencurah dari Allah kepadanya itu, walaupun dia sentiasa berbuat maksiat, dia menyangka itu adalah satu bukti yang menunjukkan Allah kasih beserta dengan perbuatan maksiat mereka.
Wallahu a'alam bi shawab...
(secubit dari syarahan Ustaz Yazid Jaafar)
~ bersambung di artikel seterusnya.. insya'Allah.. =)
Bersyukurlah dengan nikmat-Nya....
Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). 

