Perasaan Buruk Sangka (Su'u zan) Dengan Allah.


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
 "Sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang jahiliah."
(Surah Ali-Imran ayat 154)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : 
"Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (kecurigaan), kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa."
(Surah al-Hujurat ayat 12)

Apa itu buruk sangka? Dalam bahasa yang mudah di fahami, buruk sangka membawa erti 'negative thinking'.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
 " Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran."
(Surah Yunus ayat 36)

Biasanya sangka buruk lahir daripada bukti yang tidak kukuh. Belum lagi disiasat dan mengetahui lebih lanjut, pelbagai spekulasi telah terbit.

Punca Buruk Sangka Kepada Allah :
1. Tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.

2. Tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji.

3. Ragu-ragu sama ada ibadahnya akan diterima Allah atau tidak.

Leburkan Buruk Sangka :
1. Berusaha menambah ilmu.

2. Jangan sekali-kali berprasangka buruk tanpa asas.

3. Pandang sisi baik dan lupakan sisi jahat.

4. Sekiranya tiada sisi baik pada seseorang, maka jangan tergesa-gesa membuat sebarang andaian negatif.

5. Mintalah perlindungan Allah daripada bisikan syaitan.

6. Sembunyi keburukan Muslim.

7. Mohon kepada Allah diberikan sangkaan yang baik. 

Do'a Sa'id bin Jabir, "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dan sebaik-baik sangkaan dengan-Mu."


(Majalah Solusi  isu no. 17)

0 comments:

Teman seperjuangan..