Rumah tangga yang dibina untuk menguruskan hal-hal dunia seperti, menguruskan anak, masak, mencuci, dan sebagainya sepatutnya menjadi platfom untuk melakukan ibadat sebanyak yang mungkin. Urusan kerja rumah tangga yang dilakukan seharian semuanya boleh ditukarkan menjadi ibadat dan seterusnya mendapat pahala, jika dilakukan dengan niat yang baik sesuai dengan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, berniat melakukan kerja rumah tangga semata-mata kerana Allah dan buat dengan seikhlas hati.
1) Rutin harian isteri seperti masak untuk suami dan keluarga serta melayan tuntutan kehendak suami merupakan ibadah dan mendapat pahala daripada Allah.
2) Ibadah lain yang turut mendapat pahala ialah mencuci pakaian keluarganya, menyapu dan membersihkan rumah.
3) Seterusnya membersihkan tempat tidur, mengemas rumah dan perabot, menyusun barang agar sedap mata memandang juga satu ibadah.
4) Kita sememangnya tahu bahawa senyum merupakan sedekah yang sudah tentu mendapat pahala dari Allah. Jika senyuman semasa menyambut dan memuliakan tetamu yang datang ke rumah juga dianggap ibadah dan layak mendapat pahala.
5) Berbuat baik terhadap jiran dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan merupakan ibadah yang baik sekali.
6) Ibadah lain ialah, memandikan anak, memotong kuku, memberi susu kepada bayi(anak), menyikat rambut.
7) Jika terjaga pada tengah malam dan terus melakukan sembahyang tahjud, kusyuk, 11 rakaat merupakan ibadah yang tinggi nilainya.
8) Manakala rajin membaca Al-Quran dan dijadikan wirid yang tetap merupakan ibadah yang mulia.
9) Bermuafakat, tolak ansur, mengelak dari pertengkaran, aman makmur dan damai merupakan ibadah yang besar.
Bertuahlah kamu sebagai isteri jika melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan rumah tangga dengan niat yang baik, ikhlas, dan tekun yang sudah dijanjikan pahala. Namun antara ibadah yang paling basar ialah jika dapat membimbing anak ke jalan yang diredahi oleh Allah dan menjadi insan yang berguna.
0 comments:
Post a Comment