MENYINGKAP HIJAB PADA HATI

Assalamualaikum… 

Pada entri sebelumnya, ada mengenai HIJAB PADA MATA HATI yang disisipkan dari sebuah buku bertajuk Rahasia Sufi. Dan pada entri ini ana sertakan pula cara untuk menyingkap hijab atau tabir kegelapan pada hati.

Untuk mengelakkan diri kita dari kecelaan dan kehinaan gelapnya hati, marilah kita membersih dan mengilap cermin hati kita. Proses pembersihan ini adalah dengan menuntut ilmu serta mengamalkannya, dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh memerangi ego serta hawa nafsu serakahnya, membuang fahaman syirik, mencapai tauhid, dan mencapai rasa kehampiran yang akrab dengan Allah s.w.t.

 Perjuangan ini hendaklah dibuat secara berterusan sehinggahati itu hidup kembali dengan cahaya (nur) Tauhid. Dengan cahaya Tauhid ini mata hati yang bersih itu akan melihat kenyatan-kenyataan atau reality sifat Allah di dalam dan di luar diri.

Hal ini memang pada mulanya kelam, tidak ternyata dalam pemikiran kita disebabkan kabut kejahilan yang telah menutup muka hati kita. Akan tetapi ia boleh dihapuskan dengan adanya kesedaran diri, bahawa kita ini adalah jahil. Dan penyakit kejahilan itu mestilah dikikis dengan belajar dan mengenal apa yang wajib dikenali secara pasti.

Dengan demikian kita akan ingat te,pat asal dan tempat tinggal kita yang hakiki, iaitu tempat dari mana kia datang dan ke mana kita akan kembali. Hendaklah sedar bahawa kita sebenarnya datang dari tempat yang paling mulia dan paling tinggi, iaitu dari sisi Allah s.w.t. Mata dengan itu barulah kita akan merasai rindu dendam hendak  kembali ke tempat asal kita itu. Apabila sampai kita akan kembali dan ‘berpadu’ dengan-Nya.

Apabila hijab atau tabir kegelapan itu telah tersingkap, cahaya akan mengambil alih tempatnya, lalu dapatlah dapatlah seseorang itu melihat rahsia-rahsia ketuhanan dengan mata hatinya iaitu Bashirah. Seseorang itu akan mengenal apa yg dilihatnya dengan nur nama-nama bagi sifat Allah. Kemudian barulah diri sendiri dilimpahi cahaya dan menjadi cahaya dan menjadi cahaya itu sendiri. Cahaya ini pun masih juga dianggap hijab yang menutup cahaya Zat Allah.Tetapi apabila sampai saat dan ketikanya cahay itu pun akan hilang dan kini tersinar cerah Zat Allah. Hanya yang akan tinggal Zai itu sendiri saja. Demikian pendapat Syekh Abdul Qadir Al-Jailani hasil dari pengalaman suluk (perjalanan menuju Allah dalam pengalaman rohaniah)

0 comments:

Teman seperjuangan..