:MPS: Berjuang dalam mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah, adalah Jihad sebagai wanita. Darah yang mengucur terwujud dalam air mata tangis. Luka-luka dihati yang harus diubati sendiri adalah Jihad suci. Ketabahan yang mengiringi Insya ALLAH membuahkan pahala syurgawi. Salam Mujahadah duhai muslimah... Mari kita sama-sama saling menemani dan menguatkan... Allahuakbar!

Monday, May 23, 2011

JADILAH SEORANG IBU YANG HEBAT

Posted by Ruuhul Hubbi On 8:47 PM 1 comment


SETIAP Wanita mempunyai impian yang sama untuk menjadi seorang ibu yang hebat kepada anak-anaknya. Untuk menjadi seorang ibu yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.

Baru-baru ini saya menghadiri majlis Anugerah Ibu Mithali di Kuala Lumpur. Kata-kata seorang yang bergelar Ibu Mithali itu menyentuh dan menyeggarkan minda dan perasaan saya sebagai seorang ibu:-

Saya begitu tertarik dengan ketabahanya. Beliau benar-benar menjadi ibu yang hebat melihat dari perwatakannya ternyata beliau mempamerkan sifat yang tegas dan penyayang. Sikap menyayangi makhluk – binatang peliharaan katanya boleh memupuk kasih sayang di dalam diri anak-anak. Tanamkanlah sikap ini sedari kecil...

Untuk melayakan kita bergelar ibu yang hebat katanya “ kita haruslah menjadi seorang ibu yang baik yang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukan setiap amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ibu agar boleh menjadi contoh kepada anak-anak...”

Hati saya tersentuh mendengar cerita bagaimana beliau membesarkan sebelas orang anaknya tanpa pembantu. Alhamdulillah!...semua anak-anaknya berjaya ke menara gading. Ada yang menjadi doktor perubatan, jurutera, ahli perniagaan dan pegawai kerajaan.

“Seorang ibu yang hebat mestilah rajin dan berani berkorban masa untuk menarik kesukaan anak-anak seperti memasak. Air tangan ibu cukup istimewa dan cara ini mudah bagi kita memenangi hati mereka dengan masakan yang istimewa...” tambahnya.

Rata-rata anak-anak kita meniru setiap perbuatan yang kita lakukan tak kira baik atau pun sebaliknya. Mereka menjadikan kita sebagai idola dari itu amalkan sikap yang baik agar boleh dicontohi dan diterapkan dalam diri mereka. Ini satu cara yang baik - memudahkan kita mendidik mereka jadi anak yang berguna...Insya Allah.

Jangan biarkan anak-anak duduk bersendirian, selalulah duduk dan bercerita bersama anak-anak tentang apa saja topik seperti kisah mereka kecil-kecil dulu ketika mereka mula berjalan atau hari pertama ke sekolah dan sebagainya, pastinya saat-saat itu sangat menarik dan menyeronokan.

Sedaya upaya jangan menabur janji kosong terhadap anak-anak. Jangan sekali-kali hampakan harapan mereka, penuhi segala janji dan kemahuan mereka..asalkan ia akan memberikan manfaat tak ada masalah tapi jika kita tidak mampu memenuhinya terangkan lah secara baik agar mereka boleh memahaminya.

Ibu yang hebat adalah ibu yang penyabar dan penuh kasih sayang –  Apa bila anak-anak menyayangi ibu mereka sudah pasti berusaha untuk mengembirakan hati kedua orang tua di suatu hari nanti. Hari ini kita menyayangi mereka hari esok lusa anak-anak pasti akan lebih menyayangi kita...Insya Allah!

Selalulah membawa anak-anak berjalan-jalan, luangkan waktu sekali-sekala.. sekurang-kurangnya kita boleh mengeratkan hubungan dan menghabiskan masa sambil memantau apa yang mereka lakukan.

Berikanlah pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh anak yang sulung biarlah dia berjaya agar dia menjadi  contoh dan ikutan kepada adik beradik yang lain. Sekiranya kita mampu apa salahnya kita berkorban untuk membiyayai perbelanjaan pendidikan yang terbaik untuk mereka. 

Jadilah ibu yang bermotivasi tinggi dalam mendidik, menolong dan memotivasikan anak-anak. Senantiasalah berminat, bersemangat, tekun dan sabar dalam menghadapi karenah anak-anak. Hala tuju mereka senantiasalah diawasi, gerak langkah mereka hendaklah diperhati.

Sebagai ibu semestinya memberi kebebasan kepada anak-anak memilih bidang atau pun kerjaya yang mereka minati. Jadilah kawan berbincang dengan anak-anak kita dan berilah mereka pendapat yang bernas yang menjuruskan anak-anak kepada pemilihan yang tepat yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

Jadilah kawan yang boleh di bawa berbincang bersama anak-anak dan berilah suatu pendapat yang bernas yang menjuruskan anak-anak kepada pemilihan yang tepat tentang bidang yang sesuai untuk mereka pilih.

Ibu dan anak-anak harus bersama-sama membina satu pasukan untuk membina kemantapan institusi keluarga bermula dan keperluan hidup, makan –minum dan pakaian tersedia mengikut kadar kemampuan. Amalkan sikap kasih sayang, hormat menghormati, bantu membantu dan tidak mementingkan diri sendiri.

Jadilah ibu yang berfikiran terbuka untuk membina jalan ke arah masa depan anak-anak. Ajar mereka untuk membuat perancangan dengan disiplin yang ada. Amalkanlah situasi aman dalam membuat sebarangan keputusan tentang  pengagihan tugas dalam keluarga. Suburkan semangat tekun dan sabar dalam menghadapi segala ketermungkinan  yang akan mereka hadapi kelak.

Jangan biasakan anak-anak makan terlalu banyak. Tebiat ini tidak baik untuk perkembangan otak mereka. Berikan khidmat yang terbaik kepada anak-anak kita membesar dengan badan yang cerga dan otak yang cerdas jiwa yang mulia bersemangat waja untuk hidup.

Allah senantiasa melimpahkan rahmat terhadap kita. Ingatlah apa pun yang kita taburkan hari ini akan membuahkan hasil yang baik di suatu hari nanti. Percayalah takdir menentukan telah segala-galanya...”Kun Fayakun...”Apa yang dikehendaki  maka terjadilah – Yaasin – 82 itu janji Allah.

Sekian dulu semoga segala impian kita ingin menjadi ibu yang hebat akan membawa anak-anak kita senantiasa bertakwa kepada Allah, berdaya maju dan bersemangat demi menempuh hidup yang penuh cabaran. Amalkan sikap kasih antara satu dengan yang lain agar dapat memahatkan kekuatan institusi kekeluargaan yang mantap!

1 comments:

Info yang bagus. Dapat jadi panduan untuk mendidik anak. Daridapa melahirkan hinggalah melihat perkembangan anak setiap bulan, adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Tidak sanggup rasanya untuk menunjukkan contoh yang tidak baik di hadapan anak walaupun dia tidak mengerti apa yang kita lakukan. InsyaAllah akan mendidik Ukasyah dengan sebaik-baiknya.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Teman seperjuangan..