Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Peribahasa ada mengatakan,"Diam adalah emas, berbicara adalah perak".
Maksudnya; ucapan atau perkataan seseorang yang tidak berfaedah, dinilai laksana perak. Oleh itu, daripada berbicara perkara-perkara yang tidak menentu, maka lebih baik diam sahaja... Demikian harga diamnya itu laksana emas.
Ramai yang tidak sedar mahupun tidak akan apa-apa yang diperkatakan, kadang kita sendiri tidak sedar melukai pendengar mahupun orang disekeliling kita, apatah lagi di FB (facebook) ria.. setiap apa yang dituliskan, sedar tak sedar mungkin melukai pembaca... Ketahuilah sahabatku, Kemanisan Buah Iman itu salah satunya dapat dinikmati dengan berkata baik... Subhanallah.....
Perkataan itu sangat penting dalam hubungan sesama manusia, maka Islam adalah satu-satunya agama yang memperhatikan keselamatan bersama, memerintahkan kita umat islam memelihara setiap ucapan dan perkataan mahupun penulisan. Sebagaimana firman Allah s.w.t ;
"Ucapkanlah kata-kata yang baik terhadap manusia". ( surah Al-Baqarah ayat 83)
"Berbicaralah terhadap mereka dengan perkataa yang baik." (Surah An-Nisa' ayat 5)
Ketahuilah sahabatku, sesungguhnya perkataan yang baik-baik itu tidaklah terbatas buat teman dan sahabat sahaja, tetapi juga terhadap lawan dan orang-orang yang membankang sekalipun, haruslah melakukan dengan ucapan yang baik.Bersabarlah dalam menghadapi insan-insan yang mungkin tidak dapat menerima kata-kita kita, dan doakanlah buat mereka agar dibukakan pintu hidayah dan dilembutkan hati mereka, bukan melawan!
Dalam pada itu, fungsi lidah seseorang itu dalam hubungannya dengan kemurnian iman dapatlah kita lihat dari sabda Rasulullah SAW ;
"Tidak akan tegak lurus iman seseorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan hati itu tidak dapat lurus sebelum lidahnya jujur (terpelihara)." -Hadis riwayat Ahmad-
Sahabatku, Islam itu agama yang suci menjaga keharmonian manusia, sebab itulah Ulama-ulama' serta pemimpin-pemimpin Islam dari zaman ke zaman sentiasa memperlihatkan contoh supaya kita pelihara setiap ucapan dalam kehidupan seharian kita.Ali bin Abi Talib menyatakan ;
"Lidah Orang yg berakal terletak dibelakang hati-nya, hati orang yang bodoh terletak dibelakang lidahnya"
"Kalau berjalan peliharalah kaki, kalau berkata-kata peliharalah lidah..."
Kalau kita lihat sepantas lalu apa;ah ertinya lidah, ia cuma sekadar daging kecil yg ada dalam mulut manusia yg sempurna, kalau tanpa lidah, seorang manusia itu akan kekurangan, dan manusia yg tanpa lidah adalah bisu atau tidak boleh berbicara!
Lidahlah yg menciptakan segala bahasa. Lidahlah yang memberi keindahan terhadap nyanyian dan irama. Lidahlah yang membuat hati yang rindu menjadi mesra. Dan lidahlah yang memberikan nasihat sehingga bergelora menjadi tenang.
Malah...Lidahlah juga yang dapat memutar balikkan kata-kata, dari lidah pula keluarnya kata-kata syair yg menyatakan " Masih ada harapan sembuh kalau pedang menusuk tubuh, kemana ubat hendak dicari, kalau lidah menusuk hati."
Oleh sebab itu, Berhati-hatilah dengan lidah, sebab dgn lidah dapat menumbulkan bencana dan fitnah, lidah juga dapat membuatkan orang yg bersaudara menjadi porak peranda dan lidahlah yg dapat membuat orang yg bersatu menjadi pecah.
Dengan akhir kata dar ana, Renungilah peribahasa ini;
"Mulutmu adalah harimaumu, yang akan menerkam kepalamu sendiri...!"
BUAH IMAN DENGAN BERKATA BAIK
Labels:
AKIDAH Akhlak,
IBADAH Akidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment