Ucapan laknat ini mungkin perkara biasa bagi lingkungan kita seolah-olah saling melaknat merupakan perkara yang biasa bagi sesetengah org,malah sering dijadikan gurauan, padahal melaknat seorang Mukmin termasuk dosa besar.
Thabit bin Adl Dlahhak radhiallahu 'anhu berkata:
"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda:' Siapa yang melaknat seorang Mukmin maka ia seperti membunuhnya. ' "(HR. Bukhari dalam Shahihnya 10/464)
Ucapan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : ((“Fahuwa Kaqatlihi”/Maka ia seperti membunuhnya)) dijelaskan oleh Al Hafidh Ibnu Hajar Al Asqalani rahimahullah dalam kitabnya Fathul Bari : “Kerana jika ia melaknat seseorang maka seakan-akan ia mendoakan kejelekan bagi orang tersebut dengan kebinasaan.”
Pada masa kini, Sebahagian kita begitu mudah melaknat (memaki/mencaci) orang yg ia benci bahkan orang yg sedang berpekara dengannya, sama saja apakah itu anaknya, suaminya, haiwan atau selainnya.
Lebih menghairankan, mencaci maki menjadi satu gurauan zaman anak muda masa kini. Malahan menjadi trend sebahagian mereka, tidak lainnya wanita yang mengaku muslimah sejati mahupun lelaki seumpamanya.
Ana sendiri berhadapan dengan situasi sedemikian, dikelilingi oleh insan-insan yang begitu gemar mencaci orang lain. Jauh sekali ana berkata ana sempurna tetapi ana usaha menjauhinya. Budaya Mengumpat dan mencaci orang lain sememangnya membingitkan telinga kita bagi yang membencinya.
Tidak terkecuali muslimah yang mengaku dirinya sejati berniqab, bertudung labuh, menutup aurat dan sebaliknya, semua tidak lari dari sifat ini. Justeru, apabila kita mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.
Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.
Begitu mudah seseorang yang mengaku dirinya Mukmin namun lisannya terlalu mudah untuk melaknat (mencaci maki)
Sebenarnya perangai 'jelek' ini bukanlah milik seorang Mukmin, sebagaimana Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda:
"Bukanlah seorang Mukmin itu seorang yang suka mencela, tidak pula seorang yang suka melaknat, bukan seorang yang keji dan kotor ucapannya."
(Hadis riwayat R. Bukhari dalam Kitabnya Al Adabul Mufrad)