JANGAN BERCAMPUR DENGAN KAUM LELAKI

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


" Dari Jabir r.a dia berkata, " Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah jangan sekali-kali seorang lelaki  bersama seorang wanita yang kahwin(janda) kecuali jika doa hendak menikahinya atau dia itu muhrimnya"

(HR. Muslim)


 Wahai kaum wanita! Wasiat Nabi ini sangatlah agung nilainya dan tinggi kedudukannya. Wasiat ini dengan jelas menyatakan tidak boleh ada lelaki tinggal di rumah seseorang wanita kecuali suami atau muhrimnya. 

Wahai saudaraku kaum muslimah! Masyarakat Islam adalah suatu masyarakat yg mempunyai perbedaan dlm segala perkara dai masyarakat lainnya, baik dlm segi aqidah, prinsip, tingkah laku individu-individunya, mahupun tugasnya di dunia. Wanita muslimah menghadap kpd Allah dgn segala amalnya, mencari redhaNya dan berpedoman kitabNya. Keadaan ini berbeda dgn wanita lain yg berjalan dimuka bumi hanya untuk melebihi nafsunya. 





Masalah pergaulan  bebas antara kaum lelaki dan kaum wanita dianggap sebagai akhlak yang buruk dan bukanlah termasuk akhlak wanita muslimah. Maka ada baiknya wanita Muslimah berakal untuk mengetahui prinsip2 pergaulan ini, tujuan dan akibat buruknya.


Akibat Pergaulan bebas..
Pada dasarnya, masalah pergaulan bebas ini melanda umat Islam pada saat ini kerana pengaruh budaya Eropah.Ia dianggap sebagai cermin dari peradaban dan kemajuan.Astagfirullah...


Kemudian yg kita lihat pada saat sekarang dari kaum Muslimin sendiri, telah membuka seluas-luasnya pintu rumah mereka, sebagai tempat berbagai pertemuan dan kegiatan, yg disitu pemuda dan pemudi, lelaki dan wanita dpt berkumpul secara bebas dan melepaskan kilatan pandangan syaitan, sehingga lahirlah pelbagai macam bala'. Malah pelbagai contoh kes yang hangat pada masa kini spt pembuangan bayi dan sebagainya sudah cukup menggambarkan unsur yg buruk dan kejatuhan moral dari akibat pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita.


Wahai saudaraku muslimah... Akibat paling besar yang akan engkau sesalkan kerana pergaulan ini adalah hilangnya rasa malu, kesucian dan kehormatan diri. Seorang wanita inggeris bernama Lady Cook pernah menulis... " Pergaulan antara lelaki dan wanita hanya menguntungkan kaum lelaki. Disamping itu kaum wanita selalu dikejar oleh kerakusan yang bertentangan dengan nalurinya. Selagi pergaulan ini semakin bebas, maka anak-anak hasil zina juga akan semakin banyak. Ini merupakan bencana besar bagi wanita."


Masyarakat Islam tidaklah spt gambaran yang menimpa para pemeluk Islam zaman sekarang, yg menggambarkan pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita. Masayarakat Islam yg sesuai dengan ajaran Islam adalah suatu masyarakat yg sempurna dan kukuh.


Oleh sebab itu ya muslimah, haruslah menyemak dengan baik wasiat Nabi ini, memberikan penilaian terhadap diri, memperhatikan tingkah laku dan perbuatan. Serta harus benar-benar yakin apa sahaja yg dilakukan itu adalah  sesuatu yg diredhai Allah, berpegang  teguh kepada ketaqwaan, berpegang kepada ketaatan, agar  mendapat redha-Nya. Insya'Allah... =)


wassalam

0 comments:

Teman seperjuangan..