Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...
FIRMAN Allah dalam sebuah hadis Qudsi yg ertinya :
"Wahai anak Adam! Pindahkanlah simpananmu kepada-Ku dan janganlah habis kerana terbakar, banjir dan bukan pula di curi. Aku akan memberinya kembali secara tunai kepadamu, bila engkau sangat memerlukannya."
(Hr. Baihaqi)
Ya Sahabat, daripada hadis berikut, Melalui Rasulnya Allah memberitahukan kpd kita, sesungguhnya bersedekah dan membelanjakan harta atau mendermakan pada jalan Allah itu, adalah suatu kebaikan apabila dilaksanakan dengan niat yang ikhlas, tidak sedikitpun dicampuri perasaan riya'.
Diberitahukan pula, bahawa membelanjakan harta dengan jalan demikian, adalah merupakan simpanan dan tabungan yang lansung di simpan disisi Allah. Harta tersebut akan senantiasa terpelihara dan di jaga dengan baik sehingga tidak akan terbakar, hilang kerana banjir atau dicuri orang. Apabila org yg punya memerlukannya kembali, maka segera akan diberikan Allah secara tunai dalam bentuk kemurahan rezeki.
Selain itu, dijelaskan juga bahawa yg dimaksudkan dengan simpanan di sisi Allah itu ialah: semua amal perbuatan dan ibadah kita, apapun bentuknya, baik yang dilakukan oleh lidah, hati, harta dan tenaga mahupun bentuk lain yang dilakukan dengan niat yg ikhlas.
Oleh kerana itu wahai kaum wanita, apabila dirimu telah mengetahui harta simpanan di sisi Allah SWT itu, maka hendaklah selalu berkorban dgn cara menyantuni anak yatim dan fakir miskin, atau orang-orang yang memerlukannya.
Dengan demikian, semoga Allah menjadikan diri kita (wanita) sebagai org yg suka membelanjakan harta di jalan Allah...
Allahualam... =)
0 comments:
Post a Comment