Pandangan Laksana Anak Panah Iblis

Alangkah besar perhatian Islam yang tidak membiarkan seorang muslim menentukan arah dirinya sendiri dengan hanya mengikut hawa nafsu, hingga terjerumus ke dalam kemaksiatan jiwa yang akan membinasakan dirinya dan orang lain serta mendapatkan seksa dunia dan juga akhirat. Kerananya, islam datang untuk menutup segera pintu-pintu kejahatan.



Seperti terhadap bahaya pandangan, untuk kecantikan, sikap menyerupai orang-orang kafir dan bertempat tinggal dekat dengan mereka serta bagi mereka yang tidak mahu memerhatikan larangan-larangan agama. Yang mana semuanya itu merupakan bentuk-bentuk kejahatan.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:
"Katakanlah kpd orang lelaki yg beriman, kehendaklah mereka menahan pandangannya dan memeihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suvi bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat. Juga katakanlah kepada wanita yg beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak daripadaku dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedada mereka." (An -Nur :30-31)

Disebutkan di dalam sebuah syair :

"Pandangan, kemudian senyuman
Kemudian memberi salam
Kemudian mengadakan pembicaraan
Kemudian membuat perjanjian Dan kemudian mengadakan pertemuan"


Ibnu 'Abbas berkata "Perangkap Syaitan pasa lelaki ada tiga cara; iaitu pada pandangannya, hatinya dan kemaluannya. Sedangkan wanita terdapat tiga cara ; iaitu pandangannya, hatinya dan kelemahannya."

Pandangan memberikan pengaruh pada hati, seperti anak panah yg terlepas dari busurnya, jika tidak membunuh, maka setidaknya akat dapat melukai objeknya.

Pandangan bagai percikan api yang dilempar ke dalam rumput yang kering, jika tidak membakar semuanya, maka ia pasti akan membakar sebahagian darinya.

Setiap kejadian bersumber dari pandangan. Besarnya api berawal dari percikan yg kecil. Berapa banyak pandangan berpengaruh dalam hati yang memandang, seperti serangan anak panah tanpa busur dan tali.

Sedangkan menahan pandangan dari segala sesuatu yg diharamkan akan memberikan kebahagiaan pada hati dan kesenangan yg lebih besar dari kenikmatan yg sedikit.
Lebih baik jika ia menahan kenikmatan memandang dan syawatnya kerana Allah, nescaya Dia akan menggantikan kebahagiaan dgn kenikmatan yg lebih sempurna dari kebahagian syahwat yg mengajak kpd kejahatan.



Demikian juga bila wanita selalu untuk mempamerkan kecantikannya dgn memakai pakaian yg serba nipis, hingga leher dan dadanya terlihat secara jelas. Tanpa disedari, semua itu merupakan tindak kebodohan atas menginjak-injak darjat kaum wanita sendiri. Sebab perbuatannya itu menghilangkan ghairah lelaki utk menempuh jinjang perkahwinan. krn wanita tersebut telah membunuhnya dgn penampilan badan yg setengan telanjang!




Pandangan kadang membawa kpd rasa gelisah bagi jiwa.

"Apabila engkau selalu mengutus pandangan sbg mata-mata bagi hatimu, maka suati hari nanti pandangan-pandangan tersebut akan membuatmu sengsara."

Seorang pahlawan bukanlah orang yang menjaga buruannya pada hari peperangan, sedangkan apinya(peperangan) sedang menyala. Akan tetapi, seorang pahlawan adalah orang yg menundukkan pandangannya atau memalingkan lidahnya dari perbuatan yg diharamkan, itulah pahlawan yg sebenarnya..

Renung-Renungkanlah.....

0 comments:

Teman seperjuangan..