Ramai di kalangan orang Islam hari tidak merasaikenikmatan berada dalam Islam yang sebenarnya sepertimana yang dirasai oleh sahabat-sahabat di Zaman Rasulullah S.A.W.. Dalam rangka inilah kita perlu mendekati sumber-sumber yang boleh memberi gambaran Islam (fikrah Islamiyyah) yang betul dan tepat dengan berpandukan al-Quran al-Karim dan as-Sunnah an-Nabawiyyah. Kita juga perlu mengenali jahiliyyah hari ini.
Mengetahui jahiliyyah bererti kita mengetahui musuh ketat pada Islam dan Iman itu sendiri yang mana penyerapan unsur-unsur atau anasir-anasirjahiliyyah inilah yang sebenarnya telah menghalang kita dari dapat menikmati kemanisan hidup dalam Islam.
Firman Allah SWT:
Terjemahannya:-
"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin (beriman)." (Surah al-Maidah: ayat 50)
Bagi orang-orang yang beriman tiada hukum yang lebih baik melainkan hukumyang telah diturunkan oleh Allah SWT. Ini adalah tegasan dari al-Quran. Tetapi mengapa ramai orang Islam hari ini menolak hukum Allah SWT dalampraktiknya? Bagaimanakah untuk menilai keadaan ini?
Islam yang kita kehendaki ialah Islam yang Kamil lagi Syamil (lengkap lagi menyeluruh). Al-Quran memberi gambaran yang betul dan tepat mengenai Jahiliyyah yang sebenarnya. Menurut Muhammad Qutb, jahiliyyah yang ditentukan oleh al-Quran adalah:
1. Satu keadaan jiwa yang menolak hidayah Allah SWT
2. Satu penyusunan masyarakat yang menolak hukum-hukum Allah SWT.
3. Jahiliyyah itu adalah lawan bagi ma'rifat (kenal) kepada Allah SWT.
Walaupun ia mempunyai ilmu tentang sifat dan kekuasaan Allah SWT di mana jika ditanya kepada mereka: Siapakah yang menjadikan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab: Allah. Jahiliyyah adalah lawan petunjuk Allah SWT dan menghukum dengan tidak hukum Allah SWT.
4. Jahiliyyah itu sebenarnya melawan Islam dan Iman.
Jahiliyyah bukan bermakna melawan sains dan kemajuan harta benda atau penghasilan yang banyak. Inilah yang perlu difahami kerana masyarakat hari ini tidak diberi gambaran atau hakikat yang sebenarnya. Selagi Iman tidak melahirkan amalan-amalan Islam dalam hidup kita maka ini bermakna jahiliyyah sedang mengawal dan menguasai semua aktiviti hidup kita. Ini adalah merupakan satu hakikat yang wajar disedari oleh setiap dari kita.
Kita tidak boleh mengatakan bahawa seseorang yang tidak berilmu (yangbodoh) sebagai jahiliyyah. Konsep kefahaman terhadap jahiliyyah adalah sebenarnya diukur dari penerimaan dan penolakan terhadap Islam itu sendiri di mana perbezaan antara dua hakikat ini adalah terletak pada Islam itu sendiri.
Apabila Islam yang ditolak maka hiduplah ia di dalam jahiliyyah seperti contoh yang berlaku pada mula-mula Islam yang dida'wahkan oleh Rasulullah S.A.W. di Makkah oleh Rasulullah S.A.W. kepada orang-orang Quraisy. Walaupunorang-orang Quraisy Makkah terkenal dengan kemajuan dan kepintaran namun mereka tetap dipanggil jahiliyyah kerana mereka menolak Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang perlu diikuti. tetapi dunia kini menganggap umat Islam adalah jahiliyyah kerana tida kemajuan. Ini adalah fahaman yang telah menyimpang jauh dari hakikat sebenarnya. Jahiliyyah 'Arabiyyah dan jahiliyyah zaman ini sebenarnya mempunyai hakikat yang sama, cuma keadaan jahiliyyah hari ini ialah jahiliyyah yang lebihSophisticated. jahaliyyah dahulu senag diketahui dan dikesan, tetapijahiliyyah kini sukar untuk diketahui kerana mereka bersembunyi dalam kemajuan.
Jahiliyyah sekarang ini malah jahiliyyah setiap zaman tetap akan menolakhukum Allah SWT dan mereka boleh dicap atau dikenali sebagai jahiliyyah di mana-mana sahaja di dunia ini di segenap lapisan masyarakat dan segenap keadaan. Sesungguhnya kita dewasa ini telah dikongkongi oleh jahiliyyah yangamat teruk sehingga apa yang kita anggap Islam telah pun diasaskan atas jahiliyyah.
Jahiliyyah dan hawa nafsu mempunyai nilai dan hakikat yang sama. Apabila seseorang itu mengikuti hawa nafsu, maka bermakna ia telah mengikut jahiliyyah. Mereka yang mengikut hawa nafsu enggan mengikut perintah AllahSWT, maka kedapatanlah jahiliyyah. hawa nafsu tidak boleh membawa kepada Iman dan Islam. Fiman Allah SWT:
Terjemahannya:-
“Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi sebahagian dari al Kitab (Taurat)?. Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan (yang benar). “
( Surah an Nisaa’ : 44 )
Dewasa ini kita tidak nampak jahiliyyah kerana kita tidak sedar dan tidakboleh bertindak ke arah penghapusan nilai jahiliyyah. Kita telah tidak disedarkan dengan perancangan rapi oleh musuh Islam. satu perancangan yang teratur dan rapi telah dibuat oleh musuh-musuh Islam untukmenghapuskan Islam yang sebenarnya. tetapi kita masih tidak sedar akan keadaan ini kerana semuanya telah dimanglikan (dibiuskan) oleh musuh-musuh dengan sebarang cara yang mereka dapat lakukan.
Jadi sudah jelas pada kita bahawa masalah penyakit jahiliyyah ini ialahmengingkari dan menolak petunjuk Allah SWT dan suka kepada yang tidak baik dan jujur. Orang-orang jahiliyyah ingin kepada kegelapan dan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang berada dalam kegelapan (tidak tenang,kucar-kacir, penyesatan, penyelewengan dan sebagainya). Setelah merekakeluar dari jahiliyyah, barulah mereka sedar bahawa mereka sedar bahawa mereka selama ini telah berada dalam kegelapan jahiliyyah.
Saidina Umar r.a. biasa menangis dan ketawa apabila memikirkan tentangkeadaan beliau ketika jahiliyyah. Beliau menangis kerana beliau terkenangkan perbuatan kejamnya menanam anak perempuannya hidup-hidup ketika jahiliyyah dan beliau ketawa pernah ketika beliau dalam keadaan beliaubermusafir, telah memakan tuhannya yang dibuat dari buah tamar keranakehabisan bekalan sehingga habis berhala sembahan beliau itu sendiri.
Penyelewengan, kucar-kacir dan sebagainya dalam kehidupan hari ini berlakukerana ada kehidupan jahiliyyah. Manusia sekarang sedang bermusuhan di antara miskin dan kaya tetapi mengikut jahiliyyah sebab kelahiran kekucar-kaciran masyarakat adalah berpunca dari modal atau pergaduhan yang berlakudi kalangan manusia yang berkasta atau tekanan ekonomi. Tiada yang berpendapat bahawa yang berlaku demikian adalah kerana tidak ada hubungan dengan sistem Allah SWT. Untuk menyelesaikan sesuatu masalahhari ini mereka gunakan aqal sendiri dan bukan dengan sistem Allah SWT.
Masyarakat (negara) boleh menentukan samada masyarakat negara itu berada dalam keadaan jahiliyyah atau tidak. Seseorang yang benar-benarberiman kepada Allah SWT akan terus memutuskan hubungan dengan jahiliyyah pada saat mula Islamnya. Akibat dari keengganan menolak jahiliyyah ini adalah amat besar sekali. Sesiapa sahaja yang bertindak dengan tidak mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT maka ia adalahKafirun, Zalimun dan Fasiqun. Firman Allah SWT yang bermaksud:
1. Terjemahannya:
“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang terang), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah , oleh orang-orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. “
( Surah al Maa-idah : 44)
2. Terjemahannya:
“ Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya ( At Taurat ) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka-luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. “
( Surah al Maa-idah : 45 )
3. Terjemahannya:-
“ Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. “
( Surah al Maa-idah : 47 )
Jahiliyyah terdapat ciri-cirinya dan boleh dilihat dari sifat-sifat berikut:
1. Tidak beriman sebenarnya dengan Allah SWT. nampak jahiliyyah itu dalam macam-macam keadaan, tindakan dan aktiviti. Mereka tidak menyerahkan semua urusan mereka kepada Allah SWT dan tidak beriman sepenuhnya kepada Allah SWT. Iman yang sebenarnya ialah dengan menjadikan Allah SWTsahaja sebagai Ilah. Perintah, undang-undang Allah SWT sahaja yang diterima dan patuh. Jika tidak demikian maka Uluhiyyah kepada Allah SWT kita masih tidak sempurna.
2. Mengikut hawa nafsu. jahiliyyah dan hawa nafsu adalah seiringan. Firman Allah SWT:
Terjemahannya:
“ dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibahkepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. “
( Surah al Maa-idah : 49 )
Hendaklah kamu berjaga-jaga kerana mereka memutar belitkan kamu dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT, janganbiarkan mereka mngelirukan kita. Sebahagian dari hukum Allah SWT telah dikelirukan oleh jahiliyyah. Sekiranyahawa nafsu menghukum walaupun mengikut syara' maka masih dikira sebagaijahiliyyah. Sekiranya Iman dan Islam menghukum maka hukuman adalah sebenarnya menurut apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. hakikat hawa nafsu sebenarnya berbeza mengikut keadaan dan masa.
3. Taghut. Firman Allah SWT
Terjemahannya: -
"Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkanmereka dari kegelapan (jahliyyah) kepada cahaya (keimanan). dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya adalah taghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. mereka itu adalah penghuni neraka, kekal mereka di dalamnya."
(Surah al-Baqarah: ayat 257.)
Orang-orang beriman dan berjuang (berperang) kepada Allah SWTtetapi orang-orang jahiliyyah berjuang bermati-matian mengikut perintah taghut.
0 comments:
Post a Comment