30. JUN . 2010...
“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.
Hanya ini sahajalah ungkaopan yang mampu ana ungkapkan setelah ana menyedari cincin milik ana ini hilang ... Habis meja belajar ana sepahkan, bilik yang mulanya tidak terkemas lagi, ana kemaskan kerana nak cari mana cincin ne jatuh...
Sejam berlalu...... Cincin itu tiada kutemui, mencari disegenap sudut bilik... Tangisan air mata ini mengalir sebaik sahaja menceritakan pada insan tersayang... Teringat kembali beberapa jam yang lalu, yakin ana letakkan di atas printer tempat biase ana letak.. dan yakinlah ana siapa yang mengambilnya.. Allahualam..ana tidak bolehlah tuduh sesiapa..untuk kepastian ana bertemu pada Rakan yang ana maksudkan... tidak berani pun bertentang mata dengan ana, bercakap "tidak tau apa-apa" tapi menundukkan pdgn... ana tidak berkata apa lalu berlalu keluar... Redha dan sabar sajalah...
"Dah rezeki dia.... Biar Allah sajalah yang membalasnya..."
hanya itu ana ungkapkan pada rakan sebilik....
Beberapa hari berlalu, ana tersangat merindui cincin itu, terasa kekok jari ini tanpanya... sehinggakan rakan sekuliah ada bertanya mana perginya.
Terasa hendak mengalir air mata mengenang segala apa yang terjadi sejak mula mendaftar masuk ke politeknik ne...
1, hp ana jatuh dah pecah skrin..
2, jam kenangan semasa praktikal jatuh dan pecah agk teruk..
3, kaca mata patah
4, cincin hilang
semua terjadi dalam masa 2 minggu... Pasrah...redha dan bersabar... segalanya ujian bg ana...
Pengajaran buat semua... jgn cuai dan jangan percaya sangat pada rakan sendiri.. ^_^'
0 comments:
Post a Comment