NALURI GEMAR MENARIK PERHATIAN.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Naluri gemar  menarik perhatian ini mendorong empunya utk gemar menarik perhatian org lain. Jika perkara itu dilakukan utk kepentingan meneberkan keutamaan, kemuliaan dan keluhuran budi pekerti (akhlak), maka dlm perkara ini merupakan suatu perintah yg disyariatkan.  

Di dalam Al-Quran Al-Azhim ditulis doa yg dipanjatkan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s :

“Ya Rabb anugerahkanlah kepada kami isteri dan keturunan kami sbg penyenang hati kami dan jadikanlah keturunan kami Insan bagi org2 yg bertaqwa.” ( Al-Furqan:74)

Yang  disesalkan adalah, bahawa naluri ini menyimpang di kalangan majority kaum wanita. Mereka cuba menarik perhatian lawan jenis dengan cara-cara tercela seperti ; bersolek, memakai wangian dan membuka aurat utk mempengaruhi lelaki.

Wanita spt ini hendaklah takut kepada Allah SWT dan memelihara pakaian malunya serta menjauhi gerak dan gaya yg dapat meransang lelaki utk menjaga kehormatan mereka, juga kehormatan kaum lelaki.
Kecuali hanya pada suami.Juga para wanita hendaklah menyalurkan kegemaran mereka menarik perhatian tersebut melalui pendidikan anak cucu yg baik serta mempersiapkan para pemuda dan calon ibu yg luhur, sebagaimana doa yg diucapkan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s

Allah berfirman di dalam Al-Quran ;
“Dan janganlah mereka memukulkan kaki agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan.Bertaubatlah kamu kpd Allah, wahai orang2 yg beriman, supaya kamu beruntung.” ( An-Nur:31)


Imam Ibnu Katsir Berkata : “Para wanita di Zaman Jahiliyah jika berjalan di tempat awam, maka mereka menghentakkan kaki yg terdapat gelangnya, agar lelaki yg ada di sekitarnya dapat mendengarkan gemerincingnya.Sebab itulah Allah melarang wanita muslimah melakukan perkara seperti itu. Begitu pula jika ada bahagian perhiasannya yang tertutup, maka mereka (wanita2 zaman Jahiliyah) melakukan gerakan utk memperlihatkan sesuatu yg tersembunyi tersebut. Perkara ini juga termasuk ke dalam larangan Allah SWT, seperti pada larangan sebelumnya.

Bahawasanya wanita muslimah dilarang memakai wewangian yg dapat meransang nafsu lelaki ketika keluar rumah.

Ibnu Katsir berkata tentang penghujung ayat tersebut yg berbunyi, “ Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, hai org2 yg mengaku dirinya beriman, agar kamu beruntung. “Ertunya, laksanakanlah oleh kamu apa-apa yg telah diperintahkan Allah dari sifat2 yg baik dan akhlak yg mulia serta tinggalkan segala apa yg dilarang oleh Allah dari apa yg pernah di kerjakan oleh org2 pada zaman Jahiliyah, iaitu akhlak dan sifat2 tercela.
Adapun tetapi, wanita pada dasarnya secara lahiriah memang suka menghasilkan keindahan serta menyempurnakannya untuk kemudian mempersembahkan keindahan itu kepada lelaki (suaminya.)
Islam sendiri tidak menentang kegemaran yg ada sejak lahir ini, akan tetapi Islam turut mengatur dan mengendalikannya. Lalu menjadikannya berhenti pada tujuan wanita tersebut, yakni kepada seorang lelaki pendamping hidup yg akan muncul di kemudian hari.

Rasulullah SAW bersabda ;
“Wanita mana pun jika memakai wangian, kemudia ia keluar melalui satu kaum dengan maksud agar mereka mencium wangi dirinya, maka ia dikatakan sbg org yg berzina dan tiap mata yg memandang juga dikatakan sbg berzina .”
(HR Ahmad di dalam musnahnya dan An Nasa’I dgn sanad hasan)

Al Ustaadz Al Maududi mengatakan did lm kitabnya, pd halaman 319, pada Bab ‘Fitnah memakai wangian’ : “Bahawa Wangian itu ibarat utusan dari jiwa yg buruk kpd jiwa buruk yg lainnya. Ertinya, jika wangian tersebut berasal dari wanita di jalanan, maka ia merupakan media komunikasi paling berkesan untuk membuat zina. Ini merupakan satu perkara yg dianggap remeh oleh sestem moral secara umum (selain Islam). Akan tetapi, etika Islam dgn segenap sensiviti yg ada tdk akan membiarkan wangian sbg salah satu faktor yg menyesatkan."


Berkaitan dgn kesan negative keluarnya wanita dengan menggunakan wangian, kisah ini ana kutip dari kitab Al-Hilal, tentang wanita-wanita agresif. Halaman 96-97: “Tahukah anda rahsia tersembunyi di balik berkumpulnya anjing-anjing jantan di sekeliling anjing betina dalam keadaan berahi ?”

Pertanyaan ini sejak bertahun-tahun lamnya menarik perhatian salah seorang ilmuan. Tanggapan semula adalah, bahawa anjing betina (pada musim kawin) melepaskan ‘aroma betinanya’ yg mampu menarik perhatian anjing jantan dari jarak jauh. Seekor anjing mustahil berfikir tentang lawan jenisnya kalau bukan desebabkan oleh pesona aroma tersebut.

Pada waktu itulah ghairahnya timbul dan ia pun mencari anjing betina yg mengeluarkan aroa khasnya itu.
Ilmuan ini kemudian mengkaji persoalan tersebut secara lebih mendalam dan berkesimpulan, bahawa perkara inilah (aroma betina) yg membangkitkan ghairah bagi anjing lelaki.

Aroma betina ini dicium oleh hidung, diserap ileh organ-organ penciuman yg berada di otak. Kemudian membangkitkan kelenjar-kelenjar seksualnya.Demikianlah perkara yg mengakibatkan seekor anjing jantan terpikat kepada lawan jenisnya.

Imam Al-Muwani di dlm kitabnya yg berjudul Faidhul Qadir berkata: “Sepertinya wanita tersebut berzina kerana dosa yg dihasilkan dari memakai wangian, sekalipun darjatnya berbeza sgn melakukan penzinaan secara fizikal. Kerana pelaku sebab sama dgn pelaku musabab(yg menyebabkan).

Sedangkan Ath Thibli mengatakan: “keluarnya wanita dari rumah dengan memakai wangian yg mengghairahkan syahwat lelaki disamakan dgn pembawa zina.”


Adapun yg dimaksudkan dgn setiap ‘setiap mata berzina’ adalah: “ Setiap mata yg memandang kpd perempuan yg bukan mahramnya telah mendapat bahagian dosa zina.Kerana, Zina mata adalah memandang kpd sesuatu yg bukan mahramnya.

Sebahagian ulama madzhab Maliki menjadikah hadith ini sbg dalil mengharamkannya menikmati bau wangian wanita yg bukan mahramnya. Sebab ketika Allah SWT mengaharamkan sesuatu,Dia juga melarang semua yg menyerupainya. Hinga sebahagian daru ulama salaf, termasuk di antaranya Ibnu Umat r.a melarang duduk di tempat yg bekas diduduki oleh wanita, hingga bau wangian yg dikenakan oleh wanita tersebut telah hilang.
Hadith di atas menitik beratkan larangan bai wanita utk keluar pd waktu malam, kerana kemungkinan terjadinya fitnah lebih besar akibat gelapnya malam. Akan tetapi tidak bererti keluarnya seorang wanita dengan memakai wangian di luar wak-waktu tersebut dibolehkan.

Oleh itu, sama2 lah kita memahami akan konsep sebenar maksud-maksud kenyataan tersebut.Semoga tergolong dalam golongan org2 yg beriman dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Laila Al-Qarni…..

0 comments:

Teman seperjuangan..