Indahnya Jihad....

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Jihad merupakan suatu amalan ibadah yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan tersendiri. Ia adalah kemuncak amalan terpuji yg dituntut di dalam Islam, jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain selain daripada solat wajib.

Majoriti ulama ; Islam berpendapat jihad adalah lebih utama daripada solat dan puasa sunnat, seperti mana yang digambarkan melaui hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w.

 Ia merupakan satu prinsip yang agung di dalam Islam kerana ia merupakan salah satu cara memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam. (Wahbah al-Zuhayli,1996,jil. 6:
448) Oleh kerana itulah jihad menjadi fardhu (tuntutan yang wajib) dan perintah yang berkekalan hingga ke hari Kiamat.

Allah taala berfirman di dalam surah al-Haj ayat ke 78 yang bermaksud:
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah s.w.t. dengan jihad yang sebenar-benarnya.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya:
Apakah perbuatan yang paling baik? Jawab Rasulullah s.a.w. : Beriman kepada Allah Taala.
Kemudian perbuatan apa pula? Jawab Rasulullah s.a.w. : Jihad pada jalan Allah. Kemudian apa pula?
Jawab Rasulullah s.a.w. : Haji yang mabrur.

Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. untuk mereka yang berjihad samada dengan nyawa atau harta benda termasuklah pahala yang besar, maghfirah (keampunan) dari segala dosa daripada Allah Taala, kemuliaan di sisi Allah di dunia dan di Akhirat, selamat dari azab kubur dan seksa Neraka serta jaminan tempat yang eksklusif di Akhirat dan di Syurga. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak dan istimewa kepada para mujahidin, terutamanya yang mati syahid di medan perang kerana mereka adalah tentera Allah di muka bumi. Perlu dijelaskan di sini, meskipun jihad boleh
diterjemahkan dan dilakukan melalui beberapa wadah dan cara, namun berjihad dengan jiwa raga adalah yang paling utama dan paling dituntut oleh Islam. Pengorbanan seseorang berjihad semata-mata kerana Allah tidak dapat ditandingi dengan mana-mana amalan yang lain.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan kelebihan berjihad :
Dari Anas bin Malik r.a.berkata. Rasulullah s.a.w. bersabda: jihad fi sabilillah pagi dan petang lebih baik daripada
dunia dan seluruh isinya.

Di antara ganjaran dan kelebihan yang akan dinikmati oleh orang-orang yang berjihad,
terutamanya yang syahid (mati kerana berjihad) ialah: (Sheikh Abdullah,1995: 27)
i) Roh para mujahid yang syahid berada di dalam burung-burung hijau yang berterbangan bebas di Syurga.
ii) Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan mereka.
iii) Peluang meminta syafa’at daripada Allah agar pahalanya dapat digunakan untuk mengampuni sehingga 70
orang ahli keluarganya.
iv) Pada hari Pembalasan, orang yang syahid ketika berjihad akan datang dengan rasa yakin dan selamat daripada
ketakutan terhadap balasan dan seksaan.
v) Mujahid yang syahid tidak akan merasa sakit dan terseksa semasa saat kematian. Mereka hanya akan berasa seperti
dicubit sahaja.

Sumber: Khairaummah.com

4 comments:

Ibnu Ibrahim said...

mungkinkah lagi....

- said...

mungkin kah lagi ape itu ya Shbt?

Ibnu Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Ibrahim said...

takder...hanya imbasan fikiran

Teman seperjuangan..