BUAH IMAN DENGAN BERKATA BAIK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Peribahasa ada mengatakan,"Diam adalah emas, berbicara adalah perak".
Maksudnya; ucapan atau perkataan seseorang yang tidak berfaedah, dinilai laksana perak. Oleh itu, daripada berbicara perkara-perkara yang tidak menentu, maka lebih baik diam sahaja... Demikian harga diamnya itu laksana emas.


Ramai yang tidak sedar mahupun tidak akan apa-apa yang diperkatakan, kadang kita sendiri tidak sedar melukai pendengar mahupun orang disekeliling kita, apatah lagi di FB (facebook) ria.. setiap apa yang dituliskan, sedar tak sedar mungkin melukai pembaca... Ketahuilah sahabatku, Kemanisan Buah Iman itu salah satunya dapat dinikmati dengan berkata baik... Subhanallah.....


Perkataan itu sangat penting dalam hubungan sesama manusia, maka Islam adalah satu-satunya agama yang memperhatikan keselamatan bersama, memerintahkan kita umat islam memelihara setiap ucapan dan perkataan mahupun penulisan. Sebagaimana firman Allah s.w.t  ;

"Ucapkanlah kata-kata yang baik terhadap manusia". ( surah Al-Baqarah ayat 83)


"Berbicaralah terhadap mereka dengan perkataa yang baik." (Surah An-Nisa' ayat 5)
Leer completo...

WANITA SOLEHAH ~ Bidadari Mencemburui Kesolehannya..


Tazkirah Perhiasan yang menjadi dambaan..

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Leer completo...

PRA-ANGGAPAN DALAM MENCARI PASANGAN HIDUP

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Dalam usaha mencari pasangan hidup, ada beberapa yang perlu ditekankan dan beberapa perkara lain yang perlu diabaikan...

Kita semua sedikit sebanyak dibentuk oleh suasana sekeliling kita. Terutama para maualaf, mereka memeluk islam sambil membawa pelbagai pra-anggapan dan pendekatan yang mempengaruhi penilaian terhadap semua perkara. Walaupun sangat digalakkan dalam budaya Barat berkahwin semata-mata kerana cinta selalunya tidak membawa kepada hubungan yang berkekalan . Ia sering menjanjikan perhugungan abadi, namun sudah banyak contoh yang boleh kita lihat membuktikn sebaliknya.


Cinta berasaskan nafsu boleh terhapus begitu mudah sepertimana nafsu-nafsu lain, yang mudah terpadam sebagaimana mudah ia menyala. Cinta Romantis ini merbahaya kerana ia sering membentuk pergantungan yang berlebihan terhadap orang yang kita cintai. Natijahnya, seseorang itu akan ditimpa keresahan yang teruk bilamana orang yang dicintai itu tiada ataupun meninggalkannya, menyebabkan kasihnya terhadap Allah SWT dan Rasulullah menjadi lemah atau mungkin juga hilang sama sekali.

Kalau anda merupakan salah seorang tawanan cinta romantis seperti ini, maka renung-renungkanlah kata-kata Sheikh Niffari, "Nafsu itu adalah api yang akan memakan kehormatan diri yang mana hanya di dalamnya terletak maruah seseorang "


Allahualam...
Leer completo...

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap solatku.....?

=)

Satu ketika kau bertanya..

sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab...
Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI..
Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu
Sudikah kamu?
Aku percaya..kau masih sudi..
Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..




KHAS UNTUKKMU : ILYAS ISMAIL 








(PUISI NE, ANA COPY DARI SALAH SATU BLOG SAHABAT ANA.....   SGT INDAH PENULISANNYA MESUK KALBU.... SYUKRAN... =) 
Leer completo...

Indahnya Lagu ini..

Leer completo...

CINTA TAK KENAL SIAPA - KISAH BENAR


CINTA TAK KENAL SIAPA - KISAH BENAR

KUTEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan.Ketika dia masih tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade,aku lantas menghulurkan bantuan.Barangkali dia tersilap informasi sehingga tersasar haluan di pekan Aberystwyth itu.

Mahu ke mana?" sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang minggu dalam musim bunga.
"University of Wales!" jawabnya sambil menyebak rambut perang yang melitupi wajah pucat. Bebola matanya biru nipis galak memandang kami yang sawo matang.Kehairanan mungkin.

"Baru tiba?!"

"Emm...!!"

"Dari mana?"

"Tel Aviv!"

Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan. Namun,kami cepat-cepat berlakon selamba.Seperti tidak ada apa-apa.Walaupun sebenarnya di antara aku, HaiQal dan Ridwan dengan gadis itu seperti langit dengan bumi.Perbezaan kami bukan dari warna kulit,akan tetapi lebih jauh daripada itu.Dia Yahudi totok barangkali.Bagaimana harus aku melunasi kerak kebencian terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.
Leer completo...

Keistimewaan wanita yang Allah kurniakan rahim

Wanita hiasan dunia... =)

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari  sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia  mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.  Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ekstra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Leer completo...

CINTA ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.


Cinta sememangnya sangat subjektif. Manusia di dalam dirinya dianugerahi rasa cinta. Cinta inilah yang memberikan manusia daya hidup dan perjuangan. Dengan cinta manusia membangun keharmonian hidup bersama manusia lainnya. Dengan cinta manusia membina hubungan rumah tangga. sebuah rumah tangga yang bahagia adalah yang di bina di atas dasar mawaddah @ kasih dan rahmah, sayang di antara pasangan manakala perasaan rahmah mula berputik apabila hubungan semakin meningkat.

Untuk mentakrifkan kalimah cinta adalah suatuyang sukar dan adalah suatu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Bertentangan sekali dengan suara-suara yang berani menyatakan bahawa cinta antara lelaki dan wanita adalah satu dosa dan boleh menjejaskan hubungan antara hamba dan khaliqnya.
Leer completo...

JANGAN BERCAMPUR DENGAN KAUM LELAKI

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


" Dari Jabir r.a dia berkata, " Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah jangan sekali-kali seorang lelaki  bersama seorang wanita yang kahwin(janda) kecuali jika doa hendak menikahinya atau dia itu muhrimnya"

(HR. Muslim)


 Wahai kaum wanita! Wasiat Nabi ini sangatlah agung nilainya dan tinggi kedudukannya. Wasiat ini dengan jelas menyatakan tidak boleh ada lelaki tinggal di rumah seseorang wanita kecuali suami atau muhrimnya. 

Wahai saudaraku kaum muslimah! Masyarakat Islam adalah suatu masyarakat yg mempunyai perbedaan dlm segala perkara dai masyarakat lainnya, baik dlm segi aqidah, prinsip, tingkah laku individu-individunya, mahupun tugasnya di dunia. Wanita muslimah menghadap kpd Allah dgn segala amalnya, mencari redhaNya dan berpedoman kitabNya. Keadaan ini berbeda dgn wanita lain yg berjalan dimuka bumi hanya untuk melebihi nafsunya. 



Leer completo...

BERKORBAN PADA JALAN ALLAH ~ Wanita =)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

FIRMAN Allah dalam sebuah hadis Qudsi yg ertinya :

"Wahai anak Adam!  Pindahkanlah simpananmu kepada-Ku dan janganlah habis kerana terbakar, banjir dan bukan pula di curi. Aku akan memberinya kembali secara tunai kepadamu, bila engkau sangat memerlukannya."

(Hr. Baihaqi)

Ya Sahabat, daripada hadis berikut, Melalui Rasulnya Allah memberitahukan kpd kita, sesungguhnya bersedekah dan membelanjakan harta atau mendermakan pada jalan Allah itu, adalah suatu kebaikan apabila dilaksanakan dengan niat yang ikhlas, tidak sedikitpun dicampuri perasaan riya'.

Diberitahukan pula, bahawa membelanjakan harta dengan jalan demikian, adalah merupakan simpanan dan tabungan yang lansung di simpan disisi Allah. Harta tersebut akan senantiasa terpelihara dan di jaga dengan baik sehingga tidak akan terbakar, hilang kerana banjir atau dicuri orang. Apabila org yg punya memerlukannya kembali, maka segera akan diberikan Allah secara tunai dalam bentuk kemurahan rezeki.

Selain itu, dijelaskan juga bahawa yg dimaksudkan dengan simpanan di sisi Allah itu ialah: semua amal perbuatan dan ibadah kita, apapun bentuknya, baik yang dilakukan oleh lidah, hati, harta dan tenaga mahupun bentuk lain yang dilakukan dengan niat yg ikhlas.
Leer completo...

Teman seperjuangan..