PRA-ANGGAPAN DALAM MENCARI PASANGAN HIDUP

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Dalam usaha mencari pasangan hidup, ada beberapa yang perlu ditekankan dan beberapa perkara lain yang perlu diabaikan...

Kita semua sedikit sebanyak dibentuk oleh suasana sekeliling kita. Terutama para maualaf, mereka memeluk islam sambil membawa pelbagai pra-anggapan dan pendekatan yang mempengaruhi penilaian terhadap semua perkara. Walaupun sangat digalakkan dalam budaya Barat berkahwin semata-mata kerana cinta selalunya tidak membawa kepada hubungan yang berkekalan . Ia sering menjanjikan perhugungan abadi, namun sudah banyak contoh yang boleh kita lihat membuktikn sebaliknya.


Cinta berasaskan nafsu boleh terhapus begitu mudah sepertimana nafsu-nafsu lain, yang mudah terpadam sebagaimana mudah ia menyala. Cinta Romantis ini merbahaya kerana ia sering membentuk pergantungan yang berlebihan terhadap orang yang kita cintai. Natijahnya, seseorang itu akan ditimpa keresahan yang teruk bilamana orang yang dicintai itu tiada ataupun meninggalkannya, menyebabkan kasihnya terhadap Allah SWT dan Rasulullah menjadi lemah atau mungkin juga hilang sama sekali.

Kalau anda merupakan salah seorang tawanan cinta romantis seperti ini, maka renung-renungkanlah kata-kata Sheikh Niffari, "Nafsu itu adalah api yang akan memakan kehormatan diri yang mana hanya di dalamnya terletak maruah seseorang "


Allahualam...

0 comments:

Teman seperjuangan..