MEMPERINDAH HATI ~ BERSIH DAN TELUS



Setiap manusia tentulah sangat menyukai dan merindukan keindahan. Banyak orang yang menganggap keindahan adalah pangkal dari segala puji dan harga. Tidak usah heran kalau banyak orang memburunya. Ada orang yang berani pergi beratus bahkan beribu kilometer semata-mata untuk mencari suasana pemandangan yang indah. Banyak orang rela membuang waktu untuk berlatih mengolah jasmani setiap saat kerana sangat ingin memiliki tubuh yang indah. Tak sedikit juga orang berani membelanjakan uangnya berjuta bahkan bermilyar kerana sangat rindu memiliki rumah atau kendaraan mewah.

            Akan tetapi, apa yang terjadi? Tak jarang kita menyaksikan betapa terhadap orang-orang yang memiliki pakaian dan penampilan yang mahal dan indah, yang datang ternyata bukan penghargaan, melainkan penghinaaan. Ada juga orang yang memiliki rumah megah dan mewah, tetapi bukannya mendapatkan pujian, melainkan malah cibiran dan cacian. Mengapa keindahan yang tadinya disangka akan mengangkat derajat kemuliaan malah sebaliknya, padahal kunci keindahan yang sesungguhnya adalah jika sesorang merawat serta memperhatikan kecantikan dan keindahan hati. Inilah pangkal kemuliaan sebenarnya...

            Rasulullah SAW pakaiannya tidak bertabur bintang penghargaan, tanda jasa, dan pangkat. Akan tetapi, demi Allah sampai saat ini tidak pernah berkurang kemuliaannya. Rasulullah SAW tidak menggunakan singgasana dari emas yang gemerlap, ataupun memiliki rumah yang megah dan indah. Akan tetapi, sampai detik ini sama sekali tidak pernah luntur pujian dan penghargaan terhadapnya, bahkan hingga kelak datang akhir zaman. Apakah rahasianya? Ternyata semua itu disebabkan Rasulullah SAW adalah orang yang sangat menjaga mutu keindahan dan kesucian hatinya.

            Rasulullah SAW bersabda, “Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, niscaya akan rusak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama qolbu!” (HR. Bukhari dan Muslim).

            Boleh saja kita memakai segala apapun yang indah-indah. Namun, kalau tidak memiliki hati yang indah,demi Allah tidak akan pernah ada keindahan yang sebenarnya. Kerananya jangan terpedaya oleh keindahan dunia. Lihatlah, begitu banyak wanita malang yang tidak mengenal moral dan harga diri. Mereka pun tidak kalah indah dan molek wajah, tubuh, ataupun penampilannya. Kendatipun demikian, mereka tetap diberi oleh Allah dunia yang indah dan melimpah.

            Ternyata dunia dan kemewahan bukanlah tanda kemuliaan yang sesungguhnya kerana orang-orang yang rosak dan durjana sekalipun diberi aneka kemewahan yang melimpah ruah oleh Allah. Kunci bagi orang-orang yang ingin sukses, yang ingin benar-benar merasakan lezat dan mulianya hidup, adalah orang-orang yang sangat memelihara serta merawat keindahan dan kesucian qalbunya.

            Imam Al Ghazali menggolongkan hati ke dalam tiga golongan, yakni yang sehat (qolbun shahih), hati yang sakit (qolbun maridh), dan hati yang mati (qolbun mayyit).
Seseorang yang memiliki hati sehat tak ubahnya memiliki tubuh yang sehat. Ia akan berfungsi optimal. Ia akan mampu memilih dan memilah setiap rencana atas suatu tindakan, sehingga setiap yang akan diperbuatnya benar-benar sudah melewati perhitungan yang jitu berdasarkan hati nurani yang bersih.

            Orang yang paling beruntung memiliki hati yang sehat adalah orang yang dapat mengenal Allah Azza wa Jalla dengan baik. Semakin cemerlang hatinya, maka akan semakin mengenal dia. Penguasa jagat raya alam semesta ini. Ia akan memiliki mutu pribadi yang begitu hebat dan mempesona. Tidak akan pernah menjadi ujub dan takabur ketika mendapatkan sesuatu, namun sebaliknya akan menjadi orang yang tersungkur bersujud. Semakin tinggi pangkatnya, akan membuatnya semakin rendah hati. Kian melimpah hartanya, ia akan kian dermawan. Semua itu dikeranakan ia menyadari, bahawa semua yang ada adalah titipan Allah semata. Tidak dinafkahkan di jalan Allah, pasti Allah akan mengambilnya jika Dia kehendaki.

            Semakin bersih hati, hidupnya akan selalu diselimuti rasa syukur. Dikaruniai apa saja, kendati sedikit, ia tidak akan habis-habisnya meyakini bahawa semua ini adalah titipan Allah semata, sehingga amat jauh dari sikap ujub dan takabur. Persis seperti ucapan yang terlontar dari lisan Nabi Sulaiman AS, tatkala dirinya dianugerahi Allah berbagai kelebihan, “Haadzaa min fadhli Rabbii, liyabluwani a-asykuru am afkuru.” (QS. An Naml [27] : 40). Ini termasuk karunia Tuhanku, untuk mengujiku apakah aku mampu bersyukur atau malah kufur atas nikmat-Nya.

            Suatu saat bagi Allah akan menimpakkan ujian dan bala. Bagi orang yang hatinya bersih, semua itu tidak kalah terasa nikmatnya. Ujian dan persoalan yang menimpa justru benar-benar akan membuatnya kian merasakan indahnya hidup ini. Kerana, orang yang mengenal Allah dengan baik berkat hati yang bersih, akan merasa yakin bahawa ujian adalah salah satu perangkat kasih sayang Allah, yang membuat seseorang semakin bermutu.

            Dengan persoalan akan menjadikannya semakin bertambah ilmu. Dengan persoalan akan bertambahlah ganjaran. Dengan persoalan pula derajat kemuliaan seorang hamba Allah akan bertambah baik, sehingga ia tidak pernah resah, kecewa, dan berkeluh kesah kerana menyadari bahawa persoalan merupakan bagian yang harus dinikmati dalam hidup ini.

            Oleh sebabnya, tidak usah heran orang yang hatinya bersih, ditimpa apapun dalam hidup ini, sungguh bagaikan air di relung lautan yang dalam. Tidak pernah akan berguncang walaupun ombak badai saling menerjang. Ibarat karang yang tegak tegar, dihantam ombak sedahsyat apapun tidak akan pernah roboh. Tidak ada putus asa, tidak ada keluh kesah berkepanjangan. Yang ada hanya kejernihan dan keindahan hati. Ia amat yakin dengan janji Allah, “Laa yukalifullahu nafasan illa wus’ahaa.” (QS. Al Baqarah [2] : 286). Allah tidak akan membebani seseorang, kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Pasti semua yang menimpa sudah diukur oleh-Nya. Mahasuci Allah dari perbuatan zhalim kepada hamba-hamba-Nya.

            Ia sangat yakin bahawa hujan pasti berhenti. Badai pasti berlalu. Malam pasti berganti menjadi siang. Tidak ada satu pun ujian yang menimpa, kecuali pasti akan ada titik akhirnya. Ia tidak berubah bagai intan yang akan tetap kemilau walaupun dihantam dengan apapun jua.

            Memang luar biasa orang yang memiliki hati yang bersih. Nikmat datang tak pernah membuatnya lalai bersyukur, sementara sekalipun musibah yang menerjang, sama sekali tidak akan pernah mengurangi keyakinan akan curahan kasih sayang-Nya. Semua itu disebabkan ia boleh menyelami sesuatu secara lebih dalam atas musibah yang menimpa dirinya, sehingga tergapailah sang mutiara hikmah. Subhanallaah, sungguh teramat beruntung siapapun yang senantiasa berikhtiar dengan sekuat-kuatnya untuk memperindah qolbunya...

Wallahualam...
Leer completo...

ISTIQAMAH DALAM MUJAHADAH

MySpace Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya. Mengapa?

Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh dua musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu.

Bagaimana kita hendak mengalahkan dua musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri? Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada 
musuh batin.

Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?
Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya ‘mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya’
Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan. Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas
.
Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.
Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya. Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’. Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hingga malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.

Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala. Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi.

Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.

Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.

Firman Allah : ” Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.” (As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka. 
Leer completo...

Mujahadah menempuh Ujian



Assalamualaikum…
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah,tidak dapat dinafikan, semua wanita menginginkan gelaran ini, sebagai ketua bidadari syurga.  Merenung diri sendiri sebelum meneruskan artikel ini. Dalam melalui kehidupan yang kini semakin dimamah arus kemodenan, gelaran isteri solehah menjadi impian para wanita, jika gelaran dan impian sahaja siapapun boleh menyebutnya. Kesolehahan seorang isteri tidak datang begitu sahaja, ia mengikut kesungguhan wanita itu sendiri. Dengan kesungguhan barulah terbina jiwa taqwa. Dengan taqwa pula terbentuk nilai-nilai kesolehan wanita solehah.

000Untuk mencapai kesolehan dengan taqwa, biasakanlah pula dengan ujian dan kesusahan di dunia yang kadang menderakan tangkai hati. Dengan ujian  dapatlah kita mengikis sifat-sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati, barulah pula ia dapat menilai dirinya samada sifat-sifat itu dimilikinya seperti pemarah, pendendam, gelojoh, rakus dengan dunia dan sebagainya.

Ingatlah bahawa sesungguhnya tabiat kehidupan dunia ini penuh dengan ujian dan penderitaan,sebelum Allah memberi nikmat dan kebahagiaan sejati,  sepertimana firman ALLAH dalam ‘surah Alam Nasyruh :6’ yang bermaksud “ Sesungguhnya di sebalik (selepas) kesusahan dan kesulitan itu ada menanti kejayaan dan kebahagiaan”.

Anggaplah setiap ujian yang kita lalui adalah sekadar latihan di dunia yang akan menjadikan kita matang dan tahan lasak. Sifat matang dan tahan lasak ini amat perlu untuk menjadi pentadbir dan pemimpin yang cekap dan Berjaya dari semua segi, terutamanya dalam rumah tangga.
Menjadi seorang isteri yang taat pada suami , berkhidmat sepenuhnya untuk suami dan rumahtangga atau menjadi seorang isteri yang bekerjaya. Ia mungkin berbeza, namun itulah ujian dan kesusahan yang mencabar wanita dalam mencapai tahap kesolehan yang sebenar.

Ana terpaku seketika mengingatkan soalan dari salah seorang teman tentang bagaimana jika isteri lebih berjawatan tinggi dari suami. Ingatlah bahawa sebenarnya kedudukan suami lebih tinggi dan istimewa dan mulia daripada isteri disisi Allah. Hadapilah hakikat kehidupan sebenar bahawa lelaki adalah ketua keluarga, elakkanlah sifat ego dan merasa lebih istimewa. Meskipun berjawatan tinggi tetapi apabila berhadapan dengan suami, hendaklah merasakan lebih hina dan rendah tarafnya dari suami.  Jagalah hati suami supaya ia tidak merasa diarah, diperkecilkan dan diperbudakkan. Ingatlah sesungguhnya syurga seorang isteri di telapak kaki suami. 

Ujian buat kaum wanita pula apabila ditakdirkan apabila dia lebih pandai daripada suami. Bermujahadalah untuk mentaati dan melayan suami dengan penuh kasih sayang. Ingatlah suami adalah pemimpin, walaupun dirinya kurang daripada isteri, suami tetap menjadi pelindung yang patut ditaati dan dilayani. Gunakanlah kepandaian untuk memberi idea dan pandangan dengan cara berlemah lembut serta merendah diri, jagalah hati suami. Isteri yang solehah dan cerdik sentiasa menanamkan sifat tawadhuk dalam dirinya mahupun bahasanya. Mungkin berat untuk isteri, namun datangkan rasa bahawa Allah-lah yang menghendaki suami berkeadaan begitu agar kita diuji, apakah kita cukup sabar dan redha dengan ketentuan-Nya.

Isteri yang beriman tidak pula bangga dengan kekayaan yang dimiliki mahupun ia melebihi suaminya, bahkan ia bersyukur kerana bukan sahaja ia dapat berkhidmat kepada suaminya dengan dirinya, bahkan sekaligus dengan memanfaatkan hartanya kepada suami.Berbanggalah krana dapat mencontohi sepertimana yang dilakukan oleh Siti Khadijah yang menyerahkan kesemua hartanya kepada Rasulullah SAW untuk digunakan bagi memperjuangkan Islam.

Bagi isteri yang sering ditinggalkan suami pula, lebih-lebih lagi sekiranya mendapat peneman hidup yang bekerjaya, Ingatlah bagaimana Siti Hajar, ketika ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim A.S sendirian di paadang pasir yang tandus. Hatinya tetap tabah dalam menghadapi semua masalah dan banyak bergantung kepada ALLAH. Begitulah sikap isteri yang solehah… Jadikanlah masa perpisahan seketika itu bagi menambahkan rasa rindu dan ketika suami pulang dirasakan bagaimana “pengantin baru” dan pasti disambut kepulangan suami dengan persediaan yang istimewa.  J

Lelaki yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitu pula sebaliknya. Namun apabila berlaku sebaliknya, Suami soleh tetapi isteri sebaliknya dan Isteri solehah tetapi suami toleh, tentu ada hikmah dan rahsia tersembunyi yang ALLAH sengaja jadikan bertujuan untuk mendidik hamba-Nya agar sabar dab bertambah kuat keyakinanya bahawa segala sesuatu semuanya datang dari ALLAH.  Percayalah bahawa Allah hendak mendidik kita suapa kuat Tauhid dan jiwanya serta tabah dalam menghadapi karenah suami. Semoga dengan itu ia akan segera pulang kembali kepada Allah, mengadu-ngadu dan meletakkan pergantungan kepada-Nya. Bermujahadalah bersungguh-sungguh untuk tetap menghormati dan tetap mentaati suami. Baik buruk suami adalah sifatnya, layanilah seadanya. Ingatlah bagaimana Allah mengurniakan kemuliaan kepada Siti Asiah yang bersuamikan Firaun . Seorang isteri yang sabar dengan sifat suaminya , ia pasti mendapat kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH bagi kedudukan Siti Asiah. Sabda Rasulullah SAW ; “Barang siapa sabar akan budi pekerti suaminya yang jelek, maka ALLAH akan memberikan pahala sama seperti pahala Siti Asiah isteri Firaun.

Cabaran seorang isteri tidak berhenti setakat itu sahaja, adakalanya seorang isteri berhadapan dengan karenah anak-anak yang memeningkan kepala dengan pelbagai ragam dan karenah.  Membesar dengan persekitaraan yang sangat tegas menjadikan ana lebih faham dan berhati-hati, dengan suasana kehidupan yang telah kita lalui menjadikan kita lebih faham dan belajar nilai-nilai yang baik untuk diamalkan dalam kehidupan rumahtangga. Didiklah anak-anak dengan penuh hikmah dan bijaksana. Berilah perhatian dan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak, hukumlah dengan pendidikan yang sesuai dengan fitrah dan emosi mereka.Anak-anak selalu dirotan, dimarah dan dimaki hamun biasanya mempunyai jiwa yang kasar, tidak tenang dan mudah memberontak.  Anggaplah anak-anak adalah ujian dari ALLAH ke atas kita dalam mendidik mereka, kerana merekalah penentu nasib kita samada akan mendapat syurga atau neraka.Janganlah jadikan didikan yang lantaran menghumban kita ke dalam api neraka di akhirat kelak.

“Sesungguhnya kami (ALLAH) akan mendatangkan ujian ke atas  kamu yang berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kehilangan jiwa, kekurangan buah-buahan. Berita gembira bagi orang yang sabar menghadapinya….” ~ Surah Al- Baqarah ayat 155.
Sesungguhnya ujian mu wahai wanita tidak akan melemahkanmu… ujian-ujian ini hanya sedikit sahaja di dunia, sebagai muqadimmah ujian di akhirat,jika kita menghadapinya dengan penyesalan dan tidak sabar.  Ingatlah ia adalah penamat ujian dan di akhirat kelak Allah akan gantinya dengan nikmat dan keseronokan di dalam Syurga jika kita hadapinya dengan sabar dan redha.
Namun, untuk berhadapan dengan semua itu kita perlukan iman sebagai syarat untuk menang dalam mujahadah. Jika iman telah bertapak didalam hati, seseorang bukan sahaja sanggup berkorban jiwa raga, harta hatta nyawa pun rela dikorbankan. Kerana  yakin itulah kecintaan ALLAH dan itulah caranya untuk mendapatkan Syurga.Sebagaimana Rabiatul Adawiyah yang amat berdukacita  kalau ALLAH tidak susahkannya dengan ujian.

Ujian bererti kasih sayang ALLAH, sebagai kabar gembira. Orang yang beriman akan menerima setiap ujian dan kesusahan dengan sabar. Seringkali lah tersenyum jika Allah berikan kita ujian, aggaplah ia sangat kecil berbanding ujian orang lain, walaupun kadang tersusur duka, tapi bersabarlah, sengguh kesakitan itu akan dibalas dengan nikmat dan kesenangan yang kekal abadi dalam Syurga.Insya’allah…

Wallahualam ..

~MPS
Leer completo...

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..


Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja , 
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami 
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin. 

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya. 
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. 
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi. 
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu. 
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya. 
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, 
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya, 
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

~Persongsian menarik dari kasihkekasih.blogspot...
Leer completo...

Meningkatkan Ketahanan Mental

Di antara kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kekuatan mental ialah :

1). Banya membaca serta merenung isi Al-Quran

2). Banyak mengingati dan memahami hadis Rasulullah

3). Membaca, memahami dan mengkaji sejarah salafussoleh untuk mengambil iktibar bagaimana mereka menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah yang timbul.

4). Membaca buku-buku yang berkaitan dengan pengetahuan am.

5). Memikirkan dan meninjau alam sekeliling agar dapat mempelajari sesuatu perkara yang baru.

6). Mengikuti, memahami serta dapat menghujahkan isu semasa mengikut pandangan islam.


Leer completo...

Menjadi Wanita yg Pintar dan Cerdik

~ Wanita yang cerdik pandai melayan suami, oleh itu setiap wanita sepatutnya berusaha menjadikan dirinya pintar dan cerdik dalam pelbagai urusan.  

Di bawah ini dibentangkan empat cara untuk memiliki kepintaran: 

1. TAMBAH ILMU
: Hendaklah menambah ilmu pengetahuan meliputi supaya dapat memiliki fikiran yang universal. Ilmu agama hendaklah dipelajari dan difahami terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan ilmu membina semangat, ekonomi, perubatan, pertanian, psikologi dan apa saja ilmu yg diperbolehkan untuk menuntutnya. 

2. HAPUS MAZMUMAH
:Hendaklah berusaha menghapuskan sifat-sifat mazmumah kerana sifat mazmumah adalah penyakit yg mengakibatkan hati jadi kotor dan fikiran menjadi lemah daripada memikirkan perkara-perkara yang hak. Sifat mazmunah, khususnya ego, jika tidak dibuati menjadikan seseorang itu berfikiran tertutup, tidak mahu menerima pembaharuan, tidak sedar diri lemah dan sentiasa merasa dirinya lengkap dan sempurna. Bahkan orang yang ego hanya memikirkan untuk kepentingan diri sahaja, memikir untuk melepaskan kepuasan diri tanpa memikirkan untuk memberi kepuasan kepada orang lain.

Seterusnya bila hati kotor dengan mazmumah, ia menyekat ilham-ilham Tuhan dan ilmu-ilmu laduni dan akan melantunk keluar apabila kena pada hatinya, lalu fikiran pun lemah kerana tidak dapat diisi dengan ilmu yang baru. 

Orang yang kuat sifat mazmumahnya sentiasa mementingkan diri dan tidak mengutamakan orang lain. Oleh itu, wanita dungu atau bodoh sentiasa mencari kepuasan diri , tanpa memikirkan untuk memberi layanan kepuasan orang lain (suami). sedangkan lelaki yang pintar ia memerlkan dua kepuasan; kepuasan layanan seks dan kepuasan untuk berfikir. 

3. BERANI HADAPI CABARAN
: Untuk membina diri menjadi wanita pintar, hendaklah sentiasa berani berhadapan dengan cabaran hidup. Akal akan bertambah pintar apabila selalu berhadapan dengan cabaran hidup, selalu faham dan cekap mencari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah yang pernah ia alami, jiwanya menjadi kuat dan tabah serta matang.

Wanita yang tidak pernah hadapi cabaran dalam hidup atau mudah kalah, ia menjadi manusia yang mudah gelabah(panic). Sentiasa megarah dan mengajak suami membantu kerja-kerjanya atau sentiasa mengadu masalah peribadinya yang kecil-kecil. Lalu jadilah suaminya sebagai pelayan, setiap masa melayan karenahnya yang remeh-remeh, sehingga suami menjadi lemas dan tidak selesa hidup dalam rumah. Lalu keluar mencari hiburan dan kepuasan di luar rumah.

4. BANYAK BERGAUL
: Perbanyakkan bergaul dengan sahabat-sahabat yg pintar kerana mereka akan membantu dan membawa fikiran kita menjelajah ke seluruh alam. Sahabat-sahabat yang dungu akan mengecilkan fikiran kita kepada memikirkan alam sekelilingnya sahaja. Ibarat seseorang yang bersahabat dengan penjual minyak wangi akan terlekat wanginya dan seorang yang bersahabat dengan penjual ikan akan terlekat pula bau hanyir ikan padanya. Ertinya pengaruh seseorang sahabat sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada seseorang ke arah pembentukan peribadi, fikiran dan jiwanya.

5. TAMBAH IMAN DAN TAQWA
: Harus diingat, pintar saja tidak cukup. Ia kena dibantu dengan iman dan taqwa. Kepintaran tanpa iman dan taqwa amat berbahaya, kerana ia akan menjerumuskan seseorang wanita ke lembah maksiat. Kerana waniat pintar pandai bergaul dan berhadapan dengan pelbagai golongan. Jika tanpa benteng pertahanan iman dan taqwa, ia mudah terjerumus kelembah maksiat. Apabila tiada iman, maka hawa nafsu  dan syaitanlah yang akan menunggang kepintarannya. Maka berlakulah skandal-skandal seks yang mengakibatkan porak perandanya dunia sepertimana yang berlaku di barat.

Kepintaran yang dipandu dengan iman pula dapat melahirkan peribadi-peribadi wanita hebat seperti wanita-wanita zaman salafus soleh. Wanita-wanita zaman salafussoleh bukan saja mampu melayani suami dengan baik, tetapi juga dapat membantu memperkuat perjuangan suami bagai singa di medan jihad.

Wanita beriman dan taqwa amat disenangi suami, kerana ia sentiasa berusaha dan mecari jalan untuk mencari pahal, keredhaan suami dan keredhaan ALLAH SWT. Oleh itu, bila berhadapan dengan suaminya ia sentiasa mencari kesempatan dan peluang untuk menambah pahala, samada ia sendiri yang melakukannya atau menunai kehendak suami serta melayan setiap bentuk mood dan kehendak suami. 

Wanita golongan inilah yang menjadi idaman setiap lelaki kerana ia menguntungkan peribadi dan perjuangan. 

Wallahu a'lam bishshawab.. 
Leer completo...

Mengenal Kekuatan Dan Kelemahan Akal, Jiwa Dan Perasaan


Assalamualaikum...

Dalam melalui nikmat kehidupan yang indah ini, mencari-cari kekuatan sebuah perasaan dan kelemahan, setiap insan menginginkan kejayaan dalam hidupnya, lebih-lebih lagi kehidupan akhirat. Sebelum itu, haruslah kita mengenal diri sendiri, supaya tidak sesat dan terumbang ambing dalam membina sebuah impian kehidupan. Orang yang mengenal dirinya sendiri sahaja yang dapat memperbaiki dan meningkatkan dirinya disisi ALLAH. Memperbaiki apa yang lembah menjadi kuat dan kekurangan itu menjadi baik. Disini ana kongsikan cebisan artikel yang bertajuk Mengenal Kekuatan dan Kelemahan akal, jiwa dan perasaan yang dititipkan dalam sebuah buku bertajuk Ciri-ciri wanita yang membawa kesyurga.  

Mengenal kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri adalah pening, supaya kita dapat melatih dan meletakkan diri sesuai pada tempat dan peranannya. Setiap manusia mempunyai tiga akekuatan dan kelemahan dalam diri yang perlu kenali satu persatu.

Di antara Kekuatan Dan Kelemahan Itu Ialah Akal, Jiwa Dan Perasaan. Marilah kita menilai dan kenalinya.

1.Kekuatan dan Kelemahan Akal. 

a). Kelebihan Kekuatan Akal.
                Orang yang mempunyai kekuatan akal, ia amempunyai sifat-sifat khusus. Di antaranya ialah:

1.       Mampu berfikir tajam. Hasil fikirannya melahirkan pelbagai teori yang tidak terfikir oleh orang biasa. Dia boleh pula memahamkan orang lain teori penciptaanya itu samaada melalui menulis buku, memberi penerangan atau lain-lain.
2.       Berilmu. Kerana kekuatan akalnya lebih, dia senang mengingat ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Bahkan dia mampu mencungkil ilmu-ilmu tersirat.
3.       Berhati-hati. Kerana kerajaman fikirannya, dia cukup berhati-hati supaya kerjanya tidak salah atau tidak menemui jalan buntu.

b).Kelemahan Kekuatan Akal
                Antara kekurangan atau kelemahan orang yang mempunyai kekuatan akal pula ialah:

1.       Mudah lupa kepada kebesaran ALLAH SWT. Sebabnya ialah kerana ia merasa dirinya hebat da tidak memerlukan pihak lain, hatta kepada ALLAH pun ia terasa kurang penting untuk bergantung. Oleh sebab itu bukan sahaja ia tidak mahu berdoa memohon pertolongan dan bantuan ALLAH, bahkan sembahyang pun ia lupa untuk lakukan, demikian juga dengan puasa dan lain-lain perintah ALLAH, kerana dianggap kurang perlu.

2.       Lupa tugas dan peranannya kepada orang lain. Lupa untuk memikirkan kepentingan dan kerja-kerja masyarakat, malah lupa untuk memikirkan keluarga sendiri kerana asyik dengan keistimewaan akalnya, daam melakukan kerja-kerja membuat analisis, kajian dan sebagainya.

3.       Lupa diri. Orang yg mempunyai kekuatan akal adakalanya lupa pada diri sendiri, sehingga dirinya tidak terurus kerana sibuk dengan teori dan kajiannya. Sehingga janggut dan misainya panjang melebihi had yang disunnahkan. Demikian juga dengan pakaiannya dan biliknya tidak tersusun, berselerak dengan buku dan nota kajiannya.

4.       Jiwanya dipenuhi oleh mazmumah. Jiwa orang yang kuat akal dipenuhi ujub, sombong, berbangga dengan kelebihan yang ada. Kerana kehidupan hariannya hanya memikir menambahkan ilmu yang diperlukan oleh akalnya, tanpa ditambah ilmu yang diperlukan dalam jiwanya, seperti ilmu tentang kelebihan bersigat mahmudah (baik).

Cara mendidik orang Kuat Akal

                Bagi mendidik orang yang kuat aka ini supaya kekuatan akalnya dimanfaatkan untuk islam dan perjuangan,ialag dengan cara diberi kesedaran. Dalam Al-Quran, ALLAH mendidik mereka dengan ayat-ayat yang mengajak berfikir, dengan cara itu merea dapat membuat perbandingan dan tidak lagia sombong dengan keistimewaan yang ALLAH berikan.

                Orang yg kuat akal juga patut diajak berfikir perkara tersirat disebalik kejadian alam ini, khususnya merasakan kebesaran Pencipta ala mini. Selain itu ajak ia berfikir tentanh hidup setelah mati, fikir mengenai syurga dan neraka di akhirat.

                HAsilnya nanti lahirlah pemikir-pemikir Islam yang dapat menyelesaikan masalah diri dan keluarganya. Bahkan sekaligus dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

2. Kekuatan Jiwa

a). Kelebihan Orang Kuat Jiwa.
                Orang yg jiwanya kuat ialah orang yang tahan lasak. Lebih-lebih kagi jika beriman dan terpimpin, menghasilkan sifat berani, yakin pada diri sendiri, pemurah, tabah, tahan uji, tidak berputus asa dan lain-lain.

b). Kelemahan Orang kuat jiwa.
                Sebaliknya orang yang  jiwanya kuat, tapi lemah iman dan tanpa pimpinan, akan melahirkan sifat burul, seperti gopoh, boros(membazir), zalim (suka menindas), pemarah, sombong, pendendam, ujub, ego dan lain-lain.

Cara mendidik orang Kuat Jiwa
                Bagi mendidik orang yg kuat jiwa supaya insaf dan terpimpin, ingatkan kepadanya tentang nikmat-nikmat ALLAH. Ceritakan kepadanya tentang sejarah orang soleh (baik) dano rang toleh (jahat), kerana hatinya mudah sensitive (tersentuh) dan mudah mendorongnya mencontohi kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
                Orang yang kuat jiwa juga bila mengenal dan memegang kebenaran, ia akan yakin dan pertahan bersungguh-sungguh serta dapat pula menyampai dan mendidik orang lain.

3.  Kekuatan Perasaan

a). Kelebihan Orang Kuat Perasaan.

Orang yang kuat perasaan mudah sensitive (perasa). Sifat ini ada kebaikannya, kera menimbulkan sifat-sifat positif seperti berikut;

1.      -  Sentiasa berhati-hati (tidak gopoh dan gapah)
2.      -  Bertimbang rasa.
3.      -  Lemah lembut
4.     -   Penyayang.

b). Kelemahan Orang Kuat Perasaan.

Namun orang yang kuat perasaan ada pula kelemahannya, jika tidak dikawak ia akan menimbulkan sifata negatif, seperti;

1.       - Mudah merajuk.
2.      -  Mudah kecewa.
3.      -  Suka menyendiri.
4.       -  Mudah buruk sangka.
5.       -  Tidak yakin pada diri
6.       -  Rendah Diri (inferiority complex).
7.       -  Tidak tahan diuji
8.       -  Penakut
9.       -  Pemalu

Cara Mendidik Orang kuat perasaan

                Seorang yang memiliki kekuatan perasaan hendaklah didik dan dipandu dengan iman dan syariat Islam. Sifat-sifat yang positif yang baik hendaklah disuburkan manakala sifat-sifat yang negative yang tidak baik hendaklah dikikis perlahan-lahan secara kesedaran.

                Untuk mendidik orang yang kuat perasaan supaya perasaanya peka kepada kebaikan hendaklah menceritakan kepadanya khabar gembira tentang hal-hal kebaikan, jika dilakukan dan menceritakan juga khabar yang menakutkan tentang hal-hal kejahatan, jika dilakukan.

                Hati orang yang kuat perasaan akan mudah sensitif dan mudah insaf dengan teladan kisah-kisah tersebut. Jika diceritakan kepadanya tentang azab neraka, ia mudah takut, gerund an cemas. Jika diceritakan tentang nikmat syurga, mudah mendorongnya untuk mengambil iktibar dan cinta kepada syurga.

Menilai Kekauatan Yang ada pada diri.
                Setelah kita fahami secara ilmu tentang kekuatan-kekuatan tersebut. Maka bolehlah kita menilai diri sendiri, apakah kekuatan yanag ada pada diri kita. Mungkin ada kukuatan akal sahaja, atau kekuatan jiwa sahaja, atau kekauatan perasaan sahaja, atau kekuatan perasaan dan jiwa, atau kekuatan jiwa dan akal, atau ada ketiga-tiganya sekali.Sukar untuk memiliki ketiga-tiga kekuatan itu sekaligus, kerana ia adalah anugerah ALLAH kepada kita. Orang yang diberi ketiga-tiga kekuatan biasanya boleh memimpin orang lain dan ia menjadi orang istimewa.

                Setelah kita menilai kekuatan yang ada pada diri kita, maka barulah kita dapat mendidik diri kita sesuai dengan kebolehan yang ada pada kita. Kalau kita telah mengenal  kebolehan diri sendiri, kita akan mudah redha menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dan kita dapat sumbangkan kelebihan yang ada pada kita untuk orang lain dengan sebaik-baiknya. Insya’allah….

Alhamdulillah, Apa yang ana kongsikan pada kali ini, sangat berguna dan berkesan untuk ana dalam mendidik diri, Kerana sebelum mendidik diri kita harus mengenal diri. Sungguh Allah lebih mengetahui segalanya. Semoga Allah senantiasa memberikan kita hidayah serta petunjuk agar kekuatan yang kita peroleh bermanfaat buat kita dan kehidupan yang kekal kelak.. amin ya rabbal alamin.

~MPS

Leer completo...

Lidah dan Mengumpat?

Assalamualaikum...


Hukama ada berkata "Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa". Begitulah kata hukama yang agak popular dan sering kita dengar dan lihat dimana-mana. "Kerana mulut badan binasa" membawa maksud 'Disebabkan mulut, hidup kita mungkin dalam kesusahan'.. Maksud yang ringkas tetapi membawa pengertian yang luas bagi yang memahaminya. Kata-kata yang dilemparkan oleh mulut boleh menyebabkan banyak situasi, antara kebaikan dan kejahatan.Mulut membawa kepada kejatuhan wanita melalui kata-kata dari sang lelaki penoda, yang menggoda sang wanita dengan rayu dan janji-janji manis mereka, begitu juga sebaliknya. Mulut boleh menyebabkan kebencian, perbalahan/pergaduhan, mahupun UMPATAN. Mulut  juga melahirkan kasih sayang dan ketenangan dan segala macam perasaan. begitulah besarnya peranan lidah dan mulut dalam hidup kita.
Lidah, yang mahupun kecil saiznya dan lembut, kedudukannya tersembunyi di dalam mulut, tetapi jika tidak dijaga bukan sahaja merbahaya pada diri sendiri, bahkan menjerumuskan orang lain dalam kebinasaan yang salah satunya disebabkan fitnah, cacian dan umpatan. Islam jelas memandang lidah merupakan perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan kerosakan kepada masyarakat. Lidah adalah senjata, yang dimiliki oleh setiap insan bagi menghancurkan malah membunuh orang lain. Senjata biasa apabila terkena hanya mencederakan fizikal manusia, tetapi lihat sahaja kebolehan senjata lidah, ia boleh melukakan serta membunuh jiwa. 
Imam Al-Ghazali RA mengingatkan kita tentang bahaya lidah dalam Ehya'Ulumuddin ; "Sesungguhnya lidah terlalu amat merbahaya. Tidak seorang pun boleh selamat kecuali ia bercakap dengan perkaaan baik atau ia diam." 

Di antara jenis bahaya lidah yang disenaraikan oleh beliau di dalam Ehya Ulumuddin, yang paling panjang dibahaskannya ialah bahaya yang berpunca daripada mengumpat, iaitu menceritakan tentang keburukan dan aib orang lain di belakang. Lima tahun ana belajar dalam bidang kejuruteraan yang majoritinya hanya 1% pelajar perempuan, tidak dapat ana nafikan, kaum wanita amat mudah melakukan umpatan berbanding lelaki.  Apabila bersama sekumpulan wanita keadaanya sangat berbeza serta topik penceritaan begitu berbeza berbanding lelaki. Jelaslah kerana lelaki memiliki lebih akal berbanding wanita. Bagi kaum wanita, mengumpat adalah lumrah, mengumpat ibarat hiburan yang bererti ia seronok apabila melakukannya. Perasaan yang tidak dapat dinafikan kerana ana sendiri seorang wanita. Ana pilih untuk kurang bergaul dan berdiam diri untuk mendidik diri membenci sifat ini, bagi mengatasi masalah ini, marilah merasakan mengumpat itu sesuatu perbuatan yang jelik dan balasan terhadap dosanya terlalu buruk dan berat di akhirat kelak. 


Berbalik pada topik lidah dan mengumpat. Mengumpat ialah apabila kita menyebut-nyebut aib atau sesuatu kekurangan seseorang yang lain yang memang kekurangan itu ada padanya dan kalau ia mendengar ia tidak suka. Tetapi sekiranya kita menyebut sesuatu kekurangan atau kita mengada-ngadakan seuatu yang tidak ada atau tidak dilakukan oleh seseorang muslim yang lain, maka ia dianggap fitnah. Fitnah lebih berat kesalahan dan dosanya daripada mengumpat. 


Maksud dan takrif mengumpat telah dijelaskan oleh Nabi SAW sendiri. Sabda beliau, maksudnya ; "Tahukan kamu apa itu yang dikatakan mengumpat." Jawab sahabat; "Allah dan Rasul sahaja yang mengetahuinya". Sabda Nabi SAW; "Mengumpat itu ialah apabila kamu membicarakan sesuatu perkara tentang sahabat kamu yang kalau ia dengar ia tidak suka". Para sahabat bertanya lagi; "Bagaimana kalau perkara itu memang ada padanya?" Jawab Nabi SAW; "Sekiranya perkara itu benar ada, itulah dinamakan mengumpat. Sekiranya tidak ada, ia dihukum sebagai fitnah terhadapnya" ~ Hadis riwayat Imam Muslim)


Allah mengancam akan memasukkan orang yang mengumpat ke dalam Neraka Wail seperti firman-Nya yang bermaksud; " Akan dimasukkan ke dalam Neraka Wail akan orang-orang suka mengumpat dan mencerca orang lain" ~ Surah Al Humaizah 1.


Sementara Nabi SAW pula bersabda; Maksudny; "Sesungguhnya, orang yang mengumpat dan mengadu-dumba, ia telah memusnahkan imannya seperti petani menebang pohon (tanamannya)" ~ Riwayat As Fahami
Sabda baginda lagi; "Sejahat-jahat manusia ialah penghasut, pengadu domba diantara orang yang mempunyai hubungan persahabatan yang baik dan pengumpat (orang yg mencari dan mendedah keburukan orang lain)" ~ Riwayat Ahmad.
At Tarmizi pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya; " Sesungguhnya ALLAH amat benci kepada orang yang jahat lidahnya (suka mengumpat, mencaci dan memfitnah dan menyakiti orang lain)".


Menjelaskan lagi kepada kita bahawa mengumpat ini sebuah kejelikan,   Mengumpat juga menyebabkan padala ibadah terhapus, segala pahala kebajikan terhapus dan ALLAH pindahkan kepada orang yang diumpatinya. Sepertimana kata Abu Umamah Al Bahili RA; Di akhirat nanti ada hamba ALLAH yg diberi suratan amalannya dan dilihat banyak sekali tercatit pahala kebajikan yang ia tidak pernah lakukan, Lalu hamba ALLAH tersebut bertanya kepada ALLAH; Ya Tuhan ku dari mana semua pahala kebajikan ini. Jawab Allah; itulah hasil daripada umpatan orang lain ke atas kamu di belakang kamu sedangkan kamu tidak tahu. 
Hatim Az Zahid berkata ; Tiga perkara sekiranya ia terdapat di dalam suatu majlis, Allah tidak akan turut rahmat Nya; ~ membicarakan hal dunia sahaja, ~banyak ketawa, ~ Ada perbuatan Umpatan.


Abu Lais As Samarqandi di dalam kitabnya Tambihul Ghafilin berkata; " Ada empat macam boleh berlaku ke atas seseorang yang mengumpat ;
1.Boleh menyebabkan Kafir : Ia boleh  berlaku  apabila seseorang yang sedang melakukan umpatan, ketika diperingatkn kepadanya agar berhenti dan jangan mengumpat, lalu ia menjawa; "ini bukan mengumpat, kerana apa yang aku katakan ini adalah sebenarnya." Perkataannya meyebabkan kafir atau murtad, kerana menghalalkan perbuatan yang diharamkan oleh ALLAH. 


2.Boleh menyebabkan nifaq : Seseorang itu boleh manjadi munafiq apabila ia mengumpat (menceritakan keburukan) seseorang dengan cara tidak menyebut nama orang tersebut. Tetapi orang yang diumpat tiu dibayangkan sifatnya. Orang yang mendengar pula dapat membayangkan orang dimaksudkan tersebut.
Sebab ia munafiq ialah kerana ia berpura-pura baik, iaitu tidak mahu menjatuhkan aib orang lain, sedangkan ia telah melakukannya dengan cara pura-pura tida mengumpat.
Sebagai contoh, seperti ia berkata, " Tak elok disebut nama orang itu, nanti dikatakan kita mengumpat pula." Sedangkan ia telag mengumpat orang itu , walaupun tidak disebut nama, tapi dibayangkan sifat-sifat orang yersebut sehingga orang dapat  mengagaknya. 


3. Boleh terjadi maksiat: Iaitu apabila seseorang itu memang tahu hukum bahawa mengumpat itu haram dan berdosa, tetapi ia melakukannya juga. Maka hukum ke atas orang tersebut adalah berdosa dan ia telah melakukan kemungkaran dan maksiat.


4. Boleh terjadi harus: Apabila seseorang itu menceritakan kejahatan seorang ahli maksiat atas tujuan agar orang lain tidak terpengaruh dengan kejahatannya. Bahkan menurut Abu Lais As Samarqandi lagi, "ada kala perbuatan demikian mendapat pahala pula, sekiranya dengan cara demikian dapat mencegah maksiah dan kemungkaran itu daripada terbabit kepada orang lain."


Wallahualam.. 
Daripada ayat-ayat diatas, sudah cukup membuat kita takut dan memahami mengumpat itu sesuatu perbuatan yang buruk yang harus dijauhi dan balasan terhadap dosanya terlalu berat di akhirat kelak...


~MPS
Leer completo...

Petua Mencari Lelaki Yang Baik


1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Begitu juga isteri yang baik.
Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.
Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.
4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

**Petua ini ana ambil dari internet.. sedikit sebanyak dapat membantu wanita mahupun lelaki yang belum berumah tangga, dan yang sudah berumah tangga, muhasabah diri... 
Leer completo...

Teman seperjuangan..