Suatu Pesanan



Suatu Pesanan
Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, “Jika anda berguru kepada seseorang demi untuk sampai kepada Allah, maka ikutilah saranan ini : Hendaklah anda berwudhuk dengan sempurna, mindamu penuh khusyuk dan matamu jangan memandang selain dari tempat wudhuk saja. Sesudah itu, anda terus pergi bersolat. Anda buka pintu solat itu dengan wudhuk tadi, kemudian anda buka pintu istana Allah pula dengan solatmu. Apabila sudah selesai solat, tanyalah Allah menerusi bisikan hatimu – Siapa yang patut saya ambil sebagai pembimbingku, atau guruku? Siapa yang benar-benar dapat menyampaikan ajaran-Mu kepadaku? Siapakah orang pilihan-Mu? Siapakah Khalifah-Mu? Siapakah Wakil-Mu?
Allah Maha Pemurah, nanti pertanyaanmu yang serius itu akan dijawab-Nya. Tanpa ragu lagi, bahawa Dia akan mendatangkan ilham ke dalam hatimu. Dia akan memberikan petunjuk ke dalam dirimu, iaitu petunjuk yang paling batin sekali, yakni sirr. Allah akan memberikan tanda-tanda atau isyarat yang jelas. Pintu cahaya-Nya akan dibukakan buatmu, lalu cahaya itu akan mendorongmu ke jalan yang benar. Ingatlah, siapa yang berusaha dengan sungguh-sungguh mencari pasti akan mendapat.
Firman Allah Ta’ala :
“Dan orang-orang yang bermujahadah (pada perjalanan) menuju Kami, nanti Kami akan menunjuki mereka jalan-jalan (yang menyampaikan mereka) kepada Kami.”
[Al-Ankabut : 69]
Keputusannya terletak pada dirimu sendiri, pada hatimu yang diberikan cahaya kelak. Anda sendiri yang memutuskan nanti, bukan orang yang anda hendak berguru kepadanya. Apabila hatimu telah bulat tertumpu kepada orang itu, maka mulakanlah berguru kepadanya. Dialah yang menjadi pilihan Tuhan untukmu. Jangan ambil peduli tentang miskin atau kayanya, tentang susur galur keturunannya, tentang rupa dan perawakannya, tentang cara dan kaedahnya, tentang kata-kata dan bicaranya. Apa yang terpenting ialah batinnya, hatinya bukan zahir dan bentuknya.
Di majlisnya, jangan anda tergesa-gesa bercakap dan menarik perhatiannya kepadamu. Perhatikan khidmat yang berfaedah yang dikerjakannya terhadap Tuhan. Dia adalah pengajar dan pembimbing, bukan hanya untuk dirinya sendiri, malah juga untuk orang lain. Dia hanya penyampai bukti-bukti ketuhanan. Anda hendaklah bersedia menerima apa yang Allah hendak menyampaikan melalui orang atau pembimbing itu. Tumpukan perhatianmu kepadanya. Jangan sekali-kali melanggar perintahnya, atau melampaui batas yang ditentukannya. Hendaklah anda mendengar kata bicaranya dengan penuh khusyuk dan tekun. Jangan sampai anda merasa syak dan sangka buruk terhadap arahannya, terhadap kata-katanya, terhadap perlakuannya, kerana semua itu timbul dan muncul daripada kerohaniannya. Anggaplah ia lebih bijaksana dari orang lain, dan biarkan dia membimbingmu menuju Allah dalam keadaan tenang dan tenteram, asalkan matlamatnya mestilah Allah semata, dan bukan ghairullah.
Ikutlah saran-saran ini dengan baik, moga-moga Allah akan membimbingmu ke jalan menuju ke pintu-Nya.”
(Rahasia Sufi)
Sirrul Asrar fi ma yahtaju ilaihi-abrar
Leer completo...

WASPADA PILIH SAHABAT

(kwn mkn kwn)


JANGAN MENJADIKAN SAHABAT (TEMAN HIJRAH) AKAN ORANG YANG TIDAK MEMBANGKITKAN SEMANGAT KEPADA ALLAH S.W.T DAN PERKATAANNYA TIDAK MEMIMPIN KE JALAN ALLAH S.W.T.



KEMUNGKINAN ENGKAU KELIRU TETAPI MENGANGGAPKAN ENGKAU BENAR LANTARAN PERSAHABATAN ENGKAU DENGAN ORANG YANG LEBIH RENDAH HALNYA (KEADAAN ROHANINYA) DARI KAMU.


Orang yang melakukan perjalanan cenderung membawa sahabat bersama-samanya. Ada sahabat berfungsi sebagai khadam. Ada sahabat yang berguna untuk berbicara dan ada sahabat yang boleh menjadi penunjuk jalan. Muhajirin (orang yang berhijrah) kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya tidak memerlukan khadam. Dia mungkin memerlukan sahabat berbicara, tetapi yang sangat diperlukannya ialah sahabat yang boleh menjadi penunjuk jalan. Seseorang haruslah berhati-hati dalam memilih sahabat penunjuk jalan. Orang yang hendak dijadikan pembimbing itu hendaklah seorang yang boleh membangkitkan semangat untuk bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan perkataannya mengandungi hikmah yang menggerakkan hati agar menghadap Allah s.w.t.

Orang yang layak membimbing orang lain pada jalan kerohanian adalah orang yang telah menempuh sendiri jalan tersebut dan telah mengalami hal-hal (hakikat-hakikat) serta memperolehi makrifat. Mungkin sukar untuk kita mengetahui hal sebenar orang yang demikian namun, sekiranya diperhatikan, pengalaman dan pencapaiannya terbayang pada kelakuan dan pertuturannya. Kelakuannya membangkitkan semangat orang di sekelilingnya agar beramal bersungguh-sungguh bagi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perkataannya pula  mengandungi nasihat dan tunjuk ajar yang menggerakkan hati supaya menghadap kepada Allah s.w.t. Apabila orang yang sedang menjalani jalan kerohanian bersahabat dengan orang arif yang demikian, dia akan dapat menghilangkan kekeliruan yang mungkin dialaminya semasa pengembaraannya. Sekiranya si salik memilih sahabat dari kalangan orang yang tidak pernah mengalami zauk hakikat dan makrifat dan kedudukan kerohanian orang tadi jauh lebih rendah daripadanya, si salik itu tidak akan mendapat bimbingan yang diharapkannya. 

Kehadiran sahabat yang demikian mungkin tidak membangkitkan semangat untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t dan ucapannya tidak melahirkan keghairahan menghadap Allah s.w.t. Lebih bahaya lagi jika dia memberi petunjuk yang salah kepada si salik. Kemungkinan terjadi si salik melakukan kesalahan tetapi dia tidak menyedari akan kesalahan tersebut, dan sahabatnya juga tidak menyedarinya. Si salik itu terus berpegang pada pendapat yang salah dan sahabatnya memberi sokongan. Dia menganggap benar apa yang sebenarnya salah. Sekiranya perkara yang salah itu melibatkan soal akidah, kemungkinan salah iktikad itu membawa kepada kekufuran.

 Bertambah jauh perjalanan bertambah banyak perkara pelik yang dialami dan kekeliruan yang dihadapi menjadi bertambah sulit. Hanya sahabat yang terdiri daripada orang arif dapat menerangkan setiap pengalaman kerohanian yang dilalui dan menyingkap segala kekeliruan yang dihadapi.

 Syaitan akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang dan menyesatkan orang yang cuba berjalan di atas jalan yang lurus.


Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat  mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): ‘Marilah bersama-sama kami’.  Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian makhluk”. ( Ayat 71 : Surah al-An’aam )


Orang yang dikelirukan oleh syaitan tidak dapat mengenali sahabat yang benar-benar mengajak kepada petunjuk. Syaitan membuatnya menjadi bingung, lalu dia menyangka bahawa dia sudah berada di atas jalan yang lurus sedangkan dia telah tersalah jalan. Sahabat memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang mencari yang hak.
Leer completo...

Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah s.w.t


 JANGAN DIAJUKAN HAJATMU KEPADA SELAIN ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T YANG MENDATANGKAN HAJAT ITU KEPADA KAMU. SIAPAKAH YANG SELAIN ALLAH S.W.T DAPAT MENGANGKAT SESUATU YANG DILETAKKAN OLEH ALLAH S.W.T? BARANGSIAPA YANG TIDAK MAMPU MELAKSANAKAN HAJAT DIRINYA SENDIRI, BAGAIMANA PULA DIA SANGGUP MELAKSANAKAN HAJAT ORANG LAIN.


Dalam membentuk keperibadian tauhid, kita perlu melihat sesuatu dari asal mulanya hinggalah kepada penghabisan sampainya. Orang yang masih dalam proses membentuk keperibadian tauhid, diibaratkan jambatan tempat lalu-lintas yang datang dan yang pergi. Apa yang datang menceritakan asalnya dan yang pergi menceritakan tujuannya. Jambatan itu ialah hati dan yang datang itu bermacam-macam, antaranya adalah niat, harapan, angan-angan, cita-cita, hajat dan keinginan. Semuanya datang dari arah yang sama, semuanya bukan jenis benda yang berupa, tetapi adalah jenis tenaga atau kuasa ghaib. Walaupun ghaib, masing-masing itu mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk memberi kesan kepada hati. Kesan yang berbeza-beza menyebabkan satu keupayaan dan kekuatan dapat dibezakan dengan keupayaan dan kekuatan yang lain. Boleh dikenal keupayaan dan kekuatan marah, benci, suka, niat, harapan, hajat dan lain-lain. Sumber datangnya segala-galanya ialah makam Lahut (zat Ilahiat), turun kepada makam Jabarut (sifat). Pada makam Jabarut muncullah Iradat dan Kudrat. Iradat dan Kudrat Allah s.w.t menjadi sumber kepada semua keupayaan dan kekuatan. Pancaran Iradat dan Kudrat diterima oleh Alam Malakut sebagai perintah Allah s.w.t. Iradat dan Kudrat yang diterima oleh para malaikat dinamakan Haula dan Kuwwata Allah s.w.t, lalu malaikat-malaikat yang menyambutnya mengucapkan:


Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan (Iradat dan Kudrat) Allah s.w.t.


 Manusia dan jin yang mendiami alam dunia inilah yang dihadapkan dengan kebaikan dan kejahatan. Makhluk lain dalam dunia tidak memikul kebaikan dan kejahatan. Harimau yang memakan rusa tidak dikira melakukan kejahatan. Angin yang menerbangkan rumah orang tidak dikira sebagai melakukan kezaliman. Hanya manusia dan jin yang dipertanggungjawabkan memikul kebaikan dan kejahatan. Jin jenis jahat dinamakan syaitan. Syaitan sangat gemarkan apa sahaja yang jahat. Syaitan menanti dibawah bumbung langit dunia dan mengiringi keburukan yang turun dengan penuh sukaria hingga sampailah kepada hati manusia. Perkara yang baik diiringi oleh malaikat hingga selamat sampai kepada hati manusia. Walaupun begitu syaitan masih juga mencuba mengganggu perkara baik itu agar bertukar menjadi buruk, tetapi dihalang oleh malaikat.

 Setiap perkara yang diterima oleh hati, dibawa oleh malaikat dan syaitan, diberi berbagai-bagai nama mengikut kesannya kepada hati. Ada yang dipanggil niat, ada yang dipanggil keinginan dan ada yang dipanggil hajat serta banyak lagi nama yang digunakan untuk membezakan yang satu dengan yang lain. Setiap yang dibawa oleh malaikat adalah baik, maka lahirlah niat baik, kehendak yang baik dan hajat yang baik. Setiap yang dibawa oleh syaitan adalah buruk,maka lahirlah niat buruk, keinginan jahat dan hajat yang jahat. Biar apa pun istilah yang digunakan, yang pasti ia mempunyai keupayaan untuk menarik hati agar cenderung ke arah atau kepada sesuatu dan ada kekuatan yang memaksa hati untuk mengadakan tindakan mengarah kepada yang dicenderungi itu. Keupayaan dan kekuatannya bukan sahaja terhenti setakat hati dan anggota-anggota di bawah kawalannya sahaja, malah ia mampu bergerak melalui ruang dan zaman.

 Keupayaan dan kekuatannya mampu mempengaruhi orang lain supaya bergerak ke arah yang sama. Misalnya, seorang pemimpin yang berwawasan mampu mempengaruhi orang ramai supaya bergerak ke arah wawasannya. Ketua penjahat juga mampu menekankan rencana jahatnya kepada anak buahnya. Wawasan dan rencana itu boleh diteruskan oleh orang lain dan boleh juga melintasi zaman lain walaupun orang yang memulakannya sudah meninggal dunia. Sebab itulah sesuatu amal yang dipelopori oleh seseorang kemudian menjadi ikutan orang lain maka si pelopor itu tetap bertanggungjawab ke atas perbuatan orang yang mengikutnya, kerana pada hakikatnya keupayaan dan kekuatan yang diterimanya itulah yang disebarkannya kepada orang lain.
 Makhluk yang pertama menerima keupayaan dan kekuatan jahat ialah iblis laknatullah dan daripadanya keupayaan dan kekuatan jahat itu tersebar. Sesiapa yang melakukan kejahatan dia berbuat demikian dengan tenaga iblis laknatullah. Makhluk yang pertama menerima keupayaan dan kekuatan baik ialah Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun Nabi Adam a.s diciptakan terlebih dahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w tetapi roh Nabi Muhammad s.a.w diciptakan terlebih dahulu dan roh Nabi Muhammad s.a.w itulah bekas yang pertama menerima tenaga baik. Sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan maka dia berbuat demikian dengan menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh Roh Muhammad s.a.w. Kejahatan tidak berpisah dengan iblis laknatullah. Kebaikan tidak berpisah dengan Muhammad s.a.w.



Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman) ( Ayat 107 : Surah al-Anbiyaa’ )


Tidak ada satu pun makhluk yang memperolehi atau melakukan kebaikan melainkan ia bernaung di bawah rahmat yang Allah s.w.t telah tentukan kepada Nabi Muhammad s.a.w, walaupun kebaikan itu berlaku sebelum baginda s.a.w lahir ataupun sesudah baginda s.a.w wafat. Begitulah pandangan kita jika memandang kepada sempadan alam. Sekiranya pandangan kita tidak berubah dari asal mula sesuatu tentu Iradat dan Kudrat Allah s.w.t tidak terlindung daripada kita. Kita akan melihat bahawa Iradat dan Kudrat Allah s.w.t sahaja yang menimbulkan keupayaan dan kekuatan yang singgah kepada hati lalu dinamakan niat, kemahuan atau hajat. Iradat dan Kudrat Allah s.w.t yang sama juga memperjalankan niat, kemahuan dan hajat melalui ruang dan waktu. Semuanya adalah Iradat dan Kudrat Allah s.w.t.



Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun),  kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah. ( Ayat 29 : Surah at Takwiir )





“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as-Saaffaat )


Rasulullah s.a.w bersabda:



Sesiapa dibimbing oleh Allah s.w.t kepada jalan yang benar engkau tidak dapat menyesatkannya dan sesiapa yang dibimbing oleh Allah s.w.t kepada kesesatan engkau tidak dapat meluruskannya.
Kita sering ucapkan:



Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah s.w.t.


 Pandangan tauhid memperlihatkan kepada kita bahawa pada apa jua keadaan Iradat dan Kudrat Allah s.w.t tidak luput daripada kita walaupun dalam niat, harapan atau hajat. Apabila mata hati memandang dari asal mula hingga ke akhir tujuan tetap pada Allah s.w.t maka hati pun akan bersandar kepada Allah s.w.t sahaja, tidak lagi bergantung kepada sesama makhluk dan tidak juga kepada dirinya sendiri. Dirinya dan orang lain sama-sama dipikulkan beban. Orang yang memikul beban tidak mampu mengangkat bebannya sendiri, jauh sekali untuk mengangkat beban orang lain. Siapakah dari kalangan makhluk Allah s.w.t yang dapat mengubah apa yang Allah s.w.t telah tetapkan dengan Iradat-Nya dan laksanakan dengan Kudrat-Nya? Tidak ada yang boleh berbuat demikian melainkan Allah s.w.t.

Perintah berbentuk kebaikan yang dibawa oleh malaikat mudah kita mengerti dan terima sebagai Iradat dan Kudrat Allah s.w.t. Bagaimana pula ‘perintah’ keburukan yang dibawa oleh syaitan? Adakah kita perlu melakukan keburukan tersebut? Adakah Allah s.w.t memerintahkan kita berbuat jahat? Persoalan ini membuat kita keliru. Kita harus meneliti perkara ini dengan mendalam supaya tidak terjadi salah iktikad. Ibaratkan syaitan sebagai anjing dan Tuhan adalah Tuan yang memerintahnya. Anjing tidak akan menyalak dan menggigit jika tidak diizinkan atau diperintah oleh Tuannya. Andainya Tuan mengizinkan anjing menyalak dan menggigit kita kemungkinannya adalah kerana: 
1:  Tuan murka kepada kita.
2:  Kita mencabar hak Tuan.
3:  Pada diri kita ada sesuatu yang digemari oleh anjing.

Apabila kita berhadapan dengan situasi seperti di atas kita mempunyai dua pilihan iaitu:
1: Kita membiarkan diri kita digigit oleh anjing. Jika yang menggigit itu adalah anjing gila maka kita juga akan terkena penyakit anjing gila.
2:  Kita lari kepada Tuannya dan merayu agar menghalau anjing itu daripada kita.

 Ketika menerima kedatangan ‘perintah’ supaya berbuat jahat kita mesti menerimanya dengan bijaksana agar kita tidak salah mentafsirkannya. Allah s.w.t selalu mengingatkan kita bahawa syaitan adalah musuh kepada manusia, dan layanlah syaitan itu sebagai musuh. Kita diajarkan supaya berlindung kepada Allah s.w.t dari syaitan yang kena rejam. Jika Allah Yang Maha Mulia menyuruh utusan yang sangat keji yang menjadi musuh kita, membawa  benda busuk kepada kita apakah yang dapat kita katakan tentang nilai diri kita pada pandangan Allah s.w.t? Nilai diri kita adalah sama dengan benda busuk yang dibawa oleh musuh kita itu, iaitu kita ini adalah umpama tong sampah yang layak untuk diisikan dengan sampah sarap. Sekiranya kita menginsafi perkara tersebut, sebaik sahaja utusan yang keji itu dan benda yang busuk itu sampai kepada kita, tentu sekali kita akan jatuh pengsan kerana takut dan khuatir terhadap kehinaan diri kita dan kemurkaan Allah s.w.t kepada kita. Apabila sedar kita seharusnya menginsafi akan kejahatan dan kehinaan diri kita yang menyebabkan utusan yang jahat dan dilaknat membawa benda kotor dan busuk kepada kita. Kita seharusnya menyucikan diri kita agar kekotoran hilang. Kita sepatutnya memperbanyakkan taubat, memohon keampunan dan belas kasihan daripada Allah s.w.t. Kita sepatutnya memperbaiki diri kita, bukan membaham benda busuk yang dibawa oleh utusan yang keji itu. Oleh sebab yang datang itu dengan keizinan Allah s.w.t ia membawa kekuatan yang tidak terdaya kita menentangnya dengan kekuatan diri kita sendiri. Sebab itulah kita diajarkan supaya mengadu kepada Allah s.w.t dan meminta perlindungan-Nya. Sekiranya kita menentangnya dengan kekuatan diri kita sendiri, kita akan tewas, tetapi jika kita berlindung di bawah payung kekuatan Allah s.w.t kita akan menang. Jadi, dalam menghadapi perintah baik dan ‘perintah’ jahat kita mesti lari kepada Allah s.w.t kerana segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t dan hanya Dia yang mampu menangani segala sesuatu itu.

Penting bagi orang yang melatih kerohaniannya memerhatikan gerak hatinya kerana ia adalah utusan yang membawa perkhabaran dan pemberi petunjuk. Jika kita selalu dikunjungi oleh utusan yang membawa kejahatan itu tandanya kita berada jauh dari Allah s.w.t, Tuan Yang Maha Mulia. Perutusan yang sampai itu merupakan teguran agar kita membetulkan jalan. Jalan yang sesuai untuk kita pilih dan lari ke dalamnya ialah bertaubat, beristighfar, mengingati balasan terhadap dosa, mengingati mati dan takut dengan sebenar-benar takut kepada Allah s.w.t yang berbuat sekehendak-Nya tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun. Jika perutusan yang datang membawa kebaikan maka jalan yang patut ditempuh ialah memperbanyakkan syukur, puji-pujian terhadap-Nya, mensucikan-Nya, serta memperteguhkan tawakal dan reda dengan takdir-Nya. Gerak hati atau lintasan hati adalah Kalam Allah s.w.t yang membawa perintah, teguran, nasihat dan tanda-tanda. Semuanya menjadi ujian kepada hati itu sendiri.
Leer completo...

Terapi Jiwa dan Penyakit Hati



Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raf ayat 156 yang bermaksud: “Dan rahmatku meliputi segala sesuatu.”

Begitu juga dalam surah az-Zumar ayat 53 yang bermaksud: Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Kau yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu sekalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dia adalah Zat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Dalam kitab Riadis Solihin, Imam al-Nawawi, meletakkan dua ayat al-Quran ini dalam bab Berharap pada Allah. 

Pertamanya, untuk menghilangkan perasaan sedih dan dukacita hendaklah kembali rujuk kepada Allah SWT dengan bertaubat agar jiwa menjadi suci dan tenang. Sebaiknya, bangun waktu malam dan solat taubat. 
Kedua, banyakkan menyebut istighfar dan menyebut: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Kami sudah menzalimi diri kami (dengan melakukan banyak maksiat). Sekiranya Engkau tidak mengampuni dosa kami dan tidak merahmati kami, nescaya kami akan termasuk golongan orang yang rugi (terutamanya di akhirat). 

Ketiga, banyak melakukan muhasabah diri dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Di samping itu banyakkan doa seperti doa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ya Allah, perelokkanlah agama (pada diri kami) yang menjadi benteng segala urusan kami dan perelokkanlah dunia kami yang padanya kami mencari penghidupan dan perbaikilah akhirat kami yang padanya kami kembali (untuk menerima balasan) dan jadikanlah hidup, bertambah-tambahnya kebaikan (amal soleh) dan jadikanlah mati, kerehatan daripada segala yang buruk.” 

Selain itu, banyakkan membaca doa yang dibaca pada waktu pagi dan petang yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kegelisahan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah (jiwa) dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil serta aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.” – Riwayat Abu Daud.

Keempat, banyakkan melakukan perkara yang beroleh ketenangan seperti istiqamah dalam solat berjemaah, banyakkan melakukan solat tahajud, berzikir, menghadiri pengajian agama, berdamping dengan alim ulama, berusaha memantapkan keimanan dengan meningkatkan ilmu agama, berfikir tentang akhirat, bergaul dengan orang yang mempunyai akhlak yang baik serta menghubungkan silaturahim dengan kaum kerabat.

Di samping itu, hendaklah berusaha mencari reda Allah SWT dengan berpegang teguh dengan agama serta melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Jangan mencari reda manusia sehingga menderhakai Allah SWT kerana ia menjadikan anda sedih dan kecewa. 

Allah SWT berfirman dalam surah al-Furqan ayat 63 yang bermaksud: “Hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang (Ibadur-Rahman) itu iaitu orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.

Menurut tafsir Ibnu Kathir dalam menjelaskan ayat berkenaan iaitu antara sifat hamba Allah SWT yang beriman iaitu:

Pertama, seperti disebut Allah SWT, “orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati...” bermaksud dengan tenang dan tenteram tanpa menampakkan kesombongan serta takbur. 

Kedua, seperti disebut selepasnya, “Dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi keselamatan)” yang bermaksud, apabila orang jahil menegur mereka dengan ucapan kotor, mereka tidak membalasnya dengan teguran sama. Malah mereka memaafkan, menyambut dengan santun dan tidak mengatakan sesuatu selain ucapan yang baik. Hal sebeginilah yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW. Wallahua’lam.



8 Jenis penyakit hati
Ada lapan penyakit yang disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis tersebut . Pertama al-ham , humum , keresahan , gelisah . Yang kedua al-hazan , dukacita , sedih . Perbezaan di antara al-ham dan al-hazan ialah manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku . Menanti sesuatu , dia resah , Menunggu sesuatu dia resah .
Contohnya seorang pelajar yang sudah melalui exam / peperiksaan , dan sekarang sedang menunggu keputusan . Dia resah , dia gelisah . Tidurnya tidak nyenyak , buat apa pun tak kena , kerana hatinya bertanya-tanya - bagaimanakah hasil daripada peperiksaan tersebut ? 

Adapun dukacita ialah ke atas sesuatu yang telah berlaku . Telah keluar keputusan dan dia gagal maka dia bersedih , dia berdukacita .

Yang ketiga al-'ajz - lemah . Yang keempat al-kasl - malas . Sifat lemah , sifat malas , membelenggu manusia sehingga menjadikannya manusia yang tidak produktif , yang tidak boleh diharap , yang tidak boleh diserahkan apa juga tugasan dan tanggungjawab . Lemah , malas , tidak ada upaya untuk buat sesuatu . Mungkin kerana sakit , mungkin kerana tenaga yang kurang , ataupun sebagainya . Malas adalah sifat buruk yang perlu dijauhi .

Yang kelima al-jubn - sifat takut . Yang keenam al-bukhl - sifat kedekut . Takut dalam menyatakan kebenaran . Takut dalam menyatakan hak . Takut dalam melakukan sesuatu yang benar . Ini penyakit jiwa yang melanda manusia . Walbukhl - dan sifat kedekut . Manusia menjadi begitu terikat dengan hartanya . Enggan bersedekah , enggan memberi .

Yang ketujuh gahalabatid-dain - beban hutang . Hutang yang banyak , yang melingkari tubuhnya . Dia tidak boleh bergerak akibat lilitan hutang yang terlalu banyak . Mungkin saja itu hutang yang perlu - makan , minum , rumah , tempat tinggal dan sebagainya .

Tetapi ada juga kadangkala hutang yang tidak perlu . Hanya semata-mata ingin mengikuti corak kehidupan yang mewah . Melihat orang senang , dia ingin senang . Melihat orang mewah , dia ingin mewah . Melihat oranga ada sesuatu , dia pun nak ada sesuatau . Maka dia sanggup berhutang . Ini penyakit yang akan menjadikan manusia hamba nafsu dan hamba perasaan , membawa kepada kedudukan , kegelisahan , kesedihan dan sebagainya . 

Penenang diri



  • Kembali rujuk kepada Allah SWT dengan bertaubat agar jiwa menjadi suci dan tenang. 







  • Bangun waktu malam dan kerjakanlah solat taubat.







  • Banyakkan beristighfar, berdoa.





  • Banyak melakukan muhasabah diri dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. 






  • Lakukan banyak perkara yang beroleh ketenangan seperti istiqamah dalam solat berjemaah. 



  • Buat rutin melakukan solat tahajud, berzikir, menghadiri pengajian agama, berdamping dengan alim ulama. 



  • Berusaha mantapkan keimanan dengan meningkatkan ilmu agama dan berfikir tentang akhirat, bergaul dengan orang berakhlak baik serta menghubungkan silaturahim dengan kaum kerabat. 











  • Leer completo...

    MENYINGKAP HIJAB PADA HATI

    Assalamualaikum… 

    Pada entri sebelumnya, ada mengenai HIJAB PADA MATA HATI yang disisipkan dari sebuah buku bertajuk Rahasia Sufi. Dan pada entri ini ana sertakan pula cara untuk menyingkap hijab atau tabir kegelapan pada hati.

    Untuk mengelakkan diri kita dari kecelaan dan kehinaan gelapnya hati, marilah kita membersih dan mengilap cermin hati kita. Proses pembersihan ini adalah dengan menuntut ilmu serta mengamalkannya, dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh memerangi ego serta hawa nafsu serakahnya, membuang fahaman syirik, mencapai tauhid, dan mencapai rasa kehampiran yang akrab dengan Allah s.w.t.

     Perjuangan ini hendaklah dibuat secara berterusan sehinggahati itu hidup kembali dengan cahaya (nur) Tauhid. Dengan cahaya Tauhid ini mata hati yang bersih itu akan melihat kenyatan-kenyataan atau reality sifat Allah di dalam dan di luar diri.

    Hal ini memang pada mulanya kelam, tidak ternyata dalam pemikiran kita disebabkan kabut kejahilan yang telah menutup muka hati kita. Akan tetapi ia boleh dihapuskan dengan adanya kesedaran diri, bahawa kita ini adalah jahil. Dan penyakit kejahilan itu mestilah dikikis dengan belajar dan mengenal apa yang wajib dikenali secara pasti.

    Dengan demikian kita akan ingat te,pat asal dan tempat tinggal kita yang hakiki, iaitu tempat dari mana kia datang dan ke mana kita akan kembali. Hendaklah sedar bahawa kita sebenarnya datang dari tempat yang paling mulia dan paling tinggi, iaitu dari sisi Allah s.w.t. Mata dengan itu barulah kita akan merasai rindu dendam hendak  kembali ke tempat asal kita itu. Apabila sampai kita akan kembali dan ‘berpadu’ dengan-Nya.

    Apabila hijab atau tabir kegelapan itu telah tersingkap, cahaya akan mengambil alih tempatnya, lalu dapatlah dapatlah seseorang itu melihat rahsia-rahsia ketuhanan dengan mata hatinya iaitu Bashirah. Seseorang itu akan mengenal apa yg dilihatnya dengan nur nama-nama bagi sifat Allah. Kemudian barulah diri sendiri dilimpahi cahaya dan menjadi cahaya dan menjadi cahaya itu sendiri. Cahaya ini pun masih juga dianggap hijab yang menutup cahaya Zat Allah.Tetapi apabila sampai saat dan ketikanya cahay itu pun akan hilang dan kini tersinar cerah Zat Allah. Hanya yang akan tinggal Zai itu sendiri saja. Demikian pendapat Syekh Abdul Qadir Al-Jailani hasil dari pengalaman suluk (perjalanan menuju Allah dalam pengalaman rohaniah)
    Leer completo...

    HIJAB PADA MATA HATI


    Assalamualaikum…
    Hijab pada mata hati… yang apabila terselubung padanya akan butalah mata hatinya, yakni Bashirahnya, sehingga ia tidak dapat melihat, atau lebih tegas lagi tidak akan mengenal hakikat yang peru ia mengenalinya, sehingga ia seperti orang yang buta mata.

    Firman Allah s.w.t :
    “Barangsiapa yg buta  di dunia ini, maka ia akan buta juga di akhirat “  (Al-Isra’:72)

    Buta yg dimaksudkan ini bukanlah buta mata kepala atau mata zahir ini, tetapi adalah yang buta tidak akan dapat melihat cahaya (nur) yang membawa kita memandang ke akhirat.
    Sebab utama yang membutakan hati ini, ialah sikap tidak peduli atau tidak endah tatkala hidup di dunia ini, yang membuatkan seorang itu lupa akan Allah, lupa tujuan hidupnya, lupa janjinya dgn Allah di dalam rih dahulu sebelum lahir kedunia ini.

    Pada alam roh, atau ‘yaumul-mitsaq’ itu, bukankah kita semua telah mengaku dengan penuh kesungguhan, bahawa Tuhan yang mencuptakan roh kita itulah Tuhan yg sebenarnya, dan kita telah berjanji akan menyembahNya dan mematuhi segala perintahNya? Tetapimengapa kita berdalih pula, kita mengingkariNya, mengkufuriNya dan menolak ketuhananNya? Bukankah itu suatu mungkir janji yang mesti dipertanggungjawabkan.

    Sebab utama sikap tidak peduli ini terjadi ialah kejahilan sendiri tentang hakikat hokum hakam dan peratuhan Allah atau syari’at, yang menyebabkan seseorang itu berada dalam kejahilan, yg mana kejahilan itu ialah kegelapan yang menyelubingi hatinya.

    Sebahagian dari manifestasi atau penzahiran ciri-ciri kegelapan itu ialah sombong, takabur, hasad, dengki, kedekut, dendam suka menipu, menyakiti hati orang lain, mengadu-dombakan orang dan sebagainya. Sifat-sifat tercela inilah yang menjatuhkan martabat insane sebagai makhluk yang paling tinggi darjatnya ke darjat yang paling rendah dan hina.

    Wallahualam bi’shawwab..

    Semoga kita dijauhi dari segala macam jenis penyakit hati.. yang membutakan mati hati. Amin… 
    Leer completo...

    Isteri Solehah SENTIASA BERSYUKUR; TIDAK CEREWET /MERUNGUT

      Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?” Saya menjawab, “Wardah,  kau  tentunya lebih  ‘arif  daripadaku  untuk menjawabnya...”Sebenarnya saya tahu tujuan  pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling  memperingatkan diri agar  berhati-hati  dan  teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini. Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim. Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya. 
      Nabi Ibrahim     :  Siapakah kamu? 
      Menantu            :  Aku isteri Ismail. 
      Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail? 
      Menantu            :  Dia pergi berburu. 
      Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? 
      Menantu            : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang. 
      Nabi Ibrahim     :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya.                             Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan  supaya  menceraikan isterinya). Menantu            :  Ya, baiklah. Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka. 
      Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? 
      Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 
      Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
      Isteri                 :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam             kesempitan, tidak pernah senang. 
      Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
      Isteri                 :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam                            kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu. 
      Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah.    
        
       Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu. Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar. Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali. 
      Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu? 
      Menantu            :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. 
      Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
       Menantu            :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang. 
      Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu. 
      Menantu            :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan.
       Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan? 
      Menantu            :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. 
      Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka.
       (Berdasarkan peristiwa  ini,  Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah                             berkat doa Nabi Ibrahim). 
      Nabi Ibrahim     :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku                             kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya  sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail). Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya. 
      Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? 
      Isteri                 :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu. 
      Nabi Ismail       :  Apa katanya? 
      Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 
      Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
      Isteri                 :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum. 
      Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
      Isteri                 :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu  mengekalkan tiang pintu rumahmu. 
      Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan. 
      Isteri                 :  Alhamdulillah, syukur.
       Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran. Berpandukan sejarah  tersebut, saya tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  salehah. Isteri salehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud: 
      “Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)
      Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud: 
      “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
      (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
      Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri solehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.
    Leer completo...

    KATA INDAH

    Hari ini sebelum kita mengatakan kata- kata yang tidak baik,
    Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

    Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
    Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
    Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
    Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

    Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
    Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

    Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
    Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

    Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
    Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

    Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
    Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

    Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
    Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

    Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
    Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

    Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
    Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

    Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
    Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

    Leer completo...

    Wanita Yang Indah

    "Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."

    Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
    Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
    Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
    Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu.

    Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
    Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.

    http://www.tentangcinta.com
    Leer completo...

    Kelebihan Menyampaikan Ilmu

    Assalamualaikum,
    Adakah ilmu yang kita miliki hanya untuk disimpan semata-mata?. Ilmu yang kita miliki adalah datang daripada Allah sebenarnya. Tidak kiralah apa jua bidang ilmu yang anda miliki anda perlu menyampaikannya kepada orang lain walaupun sedikit. Ilmu yang baik yang anda miliki hendaklah disampaikan kepada orang lain jika ianya dapat memberi manfaat bersama. Perbuatan suka menyimpan ilmu tanpa menyampaikan kepada orang lain adalah sangat dibenci oleh Allah.
    Sabda Rasulullah saw “Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya”.
    Begitulah perbuatan menyimpan ilmu seorang diri itu adalah sangat dibenci oleh Allah. Jadi sebagai seorang hamba yang bertakwa kita digalakkan menuntut ilmu supaya kita tidak menjadi orang yang jahil diatas muka bumi Allah ini. Pada masa sekarang peluang dalam menuntut ilmu adalah sangat luas. Ini kerana dunia semakin maju dan cara  penyampaian juga semakin cepat dan mudah.
    Dunia sekarang mengalami zaman teknologi maklumat (IT) yang semakin pesat membangun. Jadi proses  penyampaian maklumat adalah semakin mudah dan cepat kepada semua orang tidak kira dimana pun mereka berada. Jadi saya pun tidak mahu ketinggalan dan mahu mengambil peluang dalam penyampaian ilmu yang semakin mudah dan cepat ini. Melalui blog inilah saya dapat menyampaikan banyak informasi kepada anda semua. Jika anda mempunyai apa-apa pengetahuan dalam apajua bidang ilmu boleh la andai menyampaikan kepada orang lain. Anda tidak rugi apa-apa malah banyak kelebihan yang anda dapat sebenarnya. Antara kelebihan dan kebaikan anda menyampaikan ilmu kepada orang lain adalah:
    Leer completo...

    Teman seperjuangan..