8 SIFAT WANITA IDAMAN LELAKI


Wanita Solehah
Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat padawanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.  Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.....

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.....

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.....

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual
yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke
mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.


**Muhasabah diri ~ mari wanita , mendidik sifat-sifat murni ini dalam diri =)



Leer completo...

Wanita Solehah Pilihan Terbaik Calon Isteri


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.

“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.

Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.

Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.

Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.

“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).


Leer completo...

Sifat dan Tabiat Dunia, Kesan dan Cara Menghadapinya


Assalamualaikum...


Pada entri sebelumnya, ana ada masukkan tentang cinta dunia. Hakikat perasan cinta pada dunia yang menjalar dalam jiwa manusia kita manusia. dalam melayari sebuah persoalan,dan mengamati sedikit demi sedikit ayat-ayat yang berlalu dan bertapak di fikiran ingin pula ana kongsikan sedikit tentang sifat dan tabiat dunia dan cara menghadapinya.Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.. 



Sifat dan Tabiat dunia : 
1. Bila seseorang itu buru dunia, menyebabkan ia sibuk. Akal fikiran dan fizikalnya sibuk, lalu jiwa dan hatinya juga turut sibuk dan menjadi tidak tenang.


2. Apabila dunia telah didapat, menjadikan dunia pula jadi susah (sibuk). Bila dunia yang dimilikinya cacat(dicacatkan oleh orang), maka hatinya cacat, lalu hati menjadi keluh kesah, timbul pula dendam, dengki, khianat dan lain-lain.


3. Dunia boleh musnah dan tidak kekal.


4. Dunia mengecewakan kita, samaada dapat atau tidak. Dapat pun kecewa, kerana tidak boleh menjadi ubah mazmunah, bahkan bertambah mazmumah (penyakit hati), lebih-lebih lagi tidak dapat akan dunia. Contohnya : Dapat Isteri cantik, belum tentu isteri cantik bawa bahagia. Ada harta banyak, bimbang dicuri atau hilang dan lain-lain.


5. Bila dunia ada pada kita, orang lain akan hasad dengki. Bila ada orang mendengki kita, kita pula jadi susah. Tapi kalau (amal ibadah banyak, tiada orang dengki)


6. Dunia menjadi rebuatan, lalu menjadi punca pergaduhan dan krisis.


7. Kerana dunia, orang berlumba-lumba mengejarnya. Menjadikan seseorang itu sentiasa tegang fikirannya dan hatinya.


8. Dunia menjadikan seseorang itu sentiasa bimbang dan takut, kalau-kalau ia hilang atau dicuri orang.


9. Orang yang tidak ada dunia,tapi  jika ia cintakan pula dunia, ia akan rasa rendah diri dan hina.


10. Dunia melahirkan rasa sombong dalam diri manusia.


11. Dengan dunia orang tidak pernah rasa cukup (tidak pernah puas).


12. Dunia selalu melalaikan. Jarang dunia mendorong kita mengingat dan mendekati ALLAH.


13. Dunia menyebabkan orang malas belajar. (belajar untuk mengenal agama, malah melupakan agama).


14. Dunia memisahkan sesama manusia.


15. Kerana dunia (pangkat atau kuasa), orang hormati kerana takut bukan sayang atau kerana kemuliaan akhlak. Kebiasaanya orang dihormati kerana harta yang dimiliki/kuasa malah latar belakangnya yang ternyata dunia.


16. Orang ada dunia, bila terlucut dunia daripadanya, ia akan dihina atau hilang harga diri. 


17. Orang yang biasa ada dunia, ia lebih dimulia (zahirnya) daripada orang yang tidak tahu apa-apa.


18. Lumrah atau kebiasaan dunia itu dimiliki oleh orang jahat, biasanya dunia merubah seseoranh menjadi jahat setelah mendapatkan dunia.


19. Bila mati,dunia tidak dibawa ke akhirat


20. Dunia adalah pusaka Fir'aun, Qarun, Haman, dan orang-orang yang menderhakai ALLAH.


Demikianlag tabiat dunia yang hanya menipu daya dan sebagai gurau senda. Gurau senda yang manusia tiada sedar tika memilinya.. "tidak akan berkumpul dua cinta dalam satu hati, iaitu cinta dunia dan cinta ALLAH" .. Semua kesenangan dunia itu akan lenyap tanpa bekas manakala seseorang dicelupkan ke dalam neraka. Na’udzu billahi min dzalik.... Rasulullah Sw bersabda:

“Kelak pada hari kiamat akan didatangkan orang yang paling senang hidupnya di dunia dari kalangan penghuni neraka. Kemudian ia dicelupkan ke neraka sekali celup lalu dikatakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kesenangan ketika di dunia dahulu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, demi Allah wahai Rabb-ku.’ Lalu didatangkan orang yang paling sengsara hidupnya di dunia dari kalangan penghuni surga. Kemudian ia dicelupkan ke surga sekali celup lalu dikatakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kesusahan atau penderitaan ketika di dunia dahulu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, demi Allah, aku tidak pernah merasakan kesusahan atau penderitaan sedikitpun.’” (HR. Muslim).



Kesan Cinta Dunia:
1. Mengabaikan kehidupan akhirat yang jauh lebih kekal. Akibatnya, lupa bersiap bekal untuk kehidupan akhirat. Mereka memburu kesenangan dunia yang fana dan melalaikan kenikmatan surga yang baqa. Akibatnya, tidak ada bagian untuk mereka di akhirat selain neraka. Mereka ini adalah golongan yang benar-benar merugi.

2. Mengenyampingkan norma-norma halal dan haram. Bagi para pemburu dunia tidak ada istilah haram. Semua cara akan mereka tempuh demi memuaskan nafsu mereka. Akibatnya, mereka banyak berbuat kerusakan di muka bumi.

3. Memicu permusuhan, persengketaan dan bahkan peperangan. Sejarah telah mencatat bahwa perang dunia pertama dan kedua dipicu oleh persaingan dalam memperebutkan dunia dan kekuasaan.

4. Lupa akan tujuan hidup yang sebenarnya. Sesungguhnya tujuan Allah mencipatakan manusia dan jin adalah agar mereka beribadah kepada-Nya. Inilah tujuan hidup yang sejati. Akan tetapi para pemburu dunia lupa dengan tujuan besar ini karena terbius oleh kelezatan dunia. Mereka terkecoh dengan perhiasan dunia sehingga lupa dengan Khaliq-nya. Sehingga, keadaan mereka tak ubahnya binatang ternak. Allah St berfirman:
“Orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan makan seperti makannya binatang ternak. Neraka adalah tempat tinggal mereka. (QS. Muhammad: 12).



Jika mahu selamat daripada perdayaan dunia, kita mesti berusaha membuang nafsu gila dunia ini, Kita lawan keinginan yang rendah itu hinggah tewas. Di antara langkah mengahadapinya ialah :


1. Sekiranya kita memiliki harta, wang ringgit, rumah, tanah dan lain-lain kekayaan yang halal, gunakanlah ia kejalan Allah, berkorban demi mencari keredhaan-Nya.


2. Kedudukan, jawatan, pangkat, nama yang masyur, pengaruh dan apa sahaja ketinggian yang menyebabkan kita rasa menjadi 'tuan' hendaklah diperalatkan untuk mencari keredhaan  ALLAH. Jika kita ada jawatan, beri laluan kepada orang yang mahu menggiatkan dakwah islamiah dan mengembang agama ALLAH. Sesuai dengan kedudukan dan keistimewaan yang kita miliki, berlaku adil lah dan ikhlas dalam pentadbiran. 


3. Hentikan usaha-usaha mencari kekayaan dan ketinggian dunia yang semata-mata untuk mendapat keseronokan duniawi, tetapi lakukan ia untuk agama ALLAH dan untuk negara Akhirat yang kekal abadi.  ingatlah firman ALLAH  yang bermaksud : 
" Hari kiamat (hari manusia meninggalkan dunia ini) ialah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat. " ~ Asy Syu'araa:88-89


4. Kosongkan hati dengan keinginan kepada kekayaan dan ketinggian duniawi. Jangan ada terselit sebarang khayalan dan ingatan atau cita-cita untuk jadi kaya dan dimuliai. Allah SWT memandang dunia ini sebagai suatu yang tidak berharga sepertimana Rasulullah SAW menceritakan melalui sabdanya yang bermaksud ; "Demi tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, bahawasanya dunia ini tiada sedikit pun berharga di sisi ALLAH. Ia lebih murah dan hina daripada bangkai kambing ini kepada tuannya. Andaikata dunia itu dipandang berharga menyamai selembar sayap nyamuk di sisi ALLAH, nescaya Dia tidak akan memberi minum kepada seseorang kafir meskipun seteguk air." ~ Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim. 


5. Seterusnya mintalah hidayah (petunjuk) dan taufik(pimpinan) ALLAH selalu agar kita menjadi seorang zahid yang berilmu,  yang menolak dunia kerana ALLAH. Contohilah orang-orang yang arif seperti para Rasuk, Nabi-Nabi, para sahabat dan orang-orang yang soleh  yang zuhud terhadap dunia. Mereka mengambil bahagian dunia ini sedikit sahaja. Lebihannya diberikan untuk orang lian yang memerlukannya atau disumbangkan ke jalan agama ALLAH SWT...


Demikianlah sedikit yang ana dapat kongsikan mengenai Sifat dan Tabiat dunia, Kesan dan cara menghadapinya. Semoga kita tidak lalai dalam melayari kehidupan di dunia ini. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. ~ . Al Hadiid, 57: 20

~marilah kita buang dan hindari dari penyakit cinta dunia daripada sekarang. binalah sifat mulia sebagai gantiannya. Marilah sedar akan hakikat dunia sebenarnya, sedarlah juga bahawa ALLAH SWT jadikan kita sebagai hamba untuk beribadah kepada-Nya dan menjadi Khilafah-Nya, Ingatlah, dunia ini hanyalah ujian untuk melihat sejauh mana kita menjadi hamba dan khalifah yang baik. Sungguh dunia ini tempat melakukan amalan sedang akhirat tempat kita menikmati ganjaran...


wallahualam...


~MPS

Leer completo...

Cinta Dunia ~ .

Assalamualaikum....

Wanita adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dan kalah oleh godaan dunia kerana sifat semulajadi wanita yang mempunyai 90 peratus nafsu melebihi akal. Lihat sahaja disekeliling, betapa ramainya wanita yang masih hanyut dengan kecintaan dunia. Diri sendiri kadang lalai dalam menyelusuri kehidupan, yang kadang indah dan mengasyikkan. Begitulah dunia, sebesar-besar tipuan yang merosakkan seseorang,  dunia sangat sesuai dengan nafsu,sesiapa yang membiarkan nafsu memandu hidupnya pasti rosaklah ia.

Ramai yang ingin berjaya dalam kehidupan, setiap langkah ke ambang persekolahan, kolej, universiti dan peringkat yang lebih tinggi, tidak lain hanya menginginkan kejayaan dalam kehidupan. Sungguh tidak ada seorang pun yang menginginkan kemusnahan dalam hidupnya.  Kesunggguhan yang terbina pasti bersalurkan keinginan untuk masa depan yang lebih baik.  Setelah Allah memberikan kenikmatan dari hasil usaha mereka, segulung kertas menjadi kebanggaan, ada pula yang lalai. Dengan kejayaan yang dimiliki, apakah yang dicapai dan diimpi...? apakah kejayaan hidup di dunia ataupun akhirat. Begitulah dunia...mengasyikkan dan melalaikan penghuninya, setelah ia beri kenikmatan  seperti kemewahan, harta benda pangkat, nama serta keindahan, akhirat luput dari ingatan. Firman Allah  yg bermaksud ; " Tidak ada harta benda dunia itu, melainkan adalah tipuan semata-mata". ~ Surah Ali Imran ayat 185.

Dunia jua diibaratkan mainan dan senda gurau, yang hanya sebentar dan tidak kekal.  Sungguh kita manusia ssering leka, mudah terhibur dengan mainan dan gurau senda. Rugilah yang tertipu dengan mainannya seperti harta dunia serta segala isinya. sepertimana Firman ALLAH lagi dalam Surah Al An'am ayat 32 ; " Dan tidak ada mata benda dunia itu, selain daripada mainan dan senda gurau (iaitu hanya sebentar dan tidak kekal).."

Apabila seseorang itu mencintai dunia, ia akn sanggup berbuat apa sahaja, fikiran, jiwa dan tenanganya semua tertumpu kepada usaha untuk mendapatkan apa yang dihajati.  Renungi kembali niat diri kita, ingin kejayaan yang bagaimana dalam kehidupan.  Saat melangkah kaki ke kelas, ke tempat kerja...  apa tujuan sebenar kita berada di sini (kelas/tempat kerja), ibadah atau hendak mengumpul harta, wang ringgit, kuasa..? Kenikmatan yang sebenarnya untuk memuaskan nafsu dan selera dalam kehidupan dunia palsu ini.

Ketika segala kenikmatan terbuka luas, akhirnya segala yang diidamkan menjadi nyata... ketika itu, tidak lagi terfikir bahawa dunia yang bersnguh-sungguh diburunya itu akan hilang, binasa dan sia2, Ia  hanyut dalam kegilaan terhadap dunia hingga lupa ALLAH dan  kehidupan yang kekal selamanya  iaitu akhirat. Allah SWT pun berlepas tangan daripadanya kerana sikapnya yang degil tidak mahu bermujahadah dan sentiasa tunduk kepada nafsu dan syaitan. Keegoan nafsu yang menjurumuskan ke neraka, yang jika didengarnya 'neraka' pasti gentar hatinya.

Alangkah malang dan ruginya kita jika masih  membiarkan diri terus bergelumung dengan dosa dan noda. Kita leka dengan dunia yang menipu daya hingga buta mata hati, dan akal yang tidak berfungsi dan nafsu menjadi pemandu .. buta dari melihat kebenaran dan kebaikan. Cinta dunia juga menghilangkan daya kekuatan (kewarasan) fikiran dan jiwa. Janganlah kita biarkan diri kita penyakit AL WAHN, sepertimana Sabda Nabi SAW.. : "..Ialah penyakit cinta dunia dan takut kepada mati" ~ riwayat Abu Daud dan Sauban.

Bukanlah tidak boleh mengambil dunia, tidak salah menginginkan wang ringgit, harta benda jika dengan niat dan cara yang betul, janganlah biarkan kmewahan membutakan mata hati kita.  ambillah sebanyak mungkin, tetapi untuk keperluan  diri dan keluarga, sekadar keperluan. Selebihnya gunakan untuk dijadikan alat membangun dan menguatkan agama ALLAH dan mencari keredhaan-Nya. Gunakan harta untuk kepentingan Islam lebih dari kepentingan diri.

Dunia jika diburu ia akan lari, tapi jia ditinggalkan ia akan datang. Orang-orang yg meninggalkan dunia, yang menumpukan perhatiannya kepada ALLAH dan Akhirat, rezekinya murah. Hidup tenang tanpa perlu bersesah payah dan bimbang untuk mengumpul harta atau mencari nama dikalangan manusia.  Tidak ada guna sekiranya harta bertimbun dan nama masyur disebut2 di kaca TV, wajah terpampang disana sini, disanjungi org namun dirinya gelisah dan jiwanya tidak tenang memikirkan hutang dan kebimbangan menjaga harta dan namanya.

Ingatlah... Orang yang berusaha untuk Akhirat akan diberi keutamaan di dunia dan di Akhirat, tetapi bagi orang yang mengutamakan dunia akan memperolehi dunia sahaja. Semoga ALLAH membantu kita dalam usaha mengikis cinta dunia dan menggantikannya dengan cinta Allah dan Akhirat serta mencontohi zuhud para salafussoleh.. amin ya rabbal alamin...


Leer completo...

Tanda-tanda & sifat Wanita Baik / Solehah

Assalamualaikum ...

Antara sifat-sifat wanita yg baik atau wanita solehah yang menjadi sumber kebahagiaan di dunia ialah seperti berikut.


1. Sentiasa taat kepada ALLAH dan Rasul. Tandanya ialah ia sentiasa melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH. 
Firman ALLAH, surah An Nisa' ayat 34 yg bermaksud " ....Wanita Solehah ialah yg taat kepada ALLAH dan yg (memelihara maruah) dirinya ketika suaminya tidak ada di rumah...." ..
Orang yang dapat melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan, tanda ia telah bertakwa. Orang yang bertakwa iala sebaik-baik manusia di sisi ALLAH  dan di sisi makhluk.

2. Sentiasa mengutamakan amalan-amalan yang boleh membantu menegakkan agama ALLAH. Surah At-taubat ayat 24, ALLAH menjelaskan sifat orang mukmin yang benar-benar menyintai agama ALLAH ia sanggup mengorbankan segala kepentingannya terharap harta, keluarga dan lain-lain kerana cinta kepada perjuangan ALLAH.

3. Sentiasa membantu perjuangan kaum lelaki dalam menegakkan agama Allah, membela kebenaran dan takwa. Bukan menjadikan lelaki sebagai kuda untuk mencapai dan memenuhi tuntutan nafsu, merosakkan agama dan menyuburkan kemungkaran. 

4. Berbuat baik kepada ibu bapa.

5. Sentiasa berderma dan berinfak ke jalan Allah dan jalan kebajikan. Contah peribadi wanita demikian ialah Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW dan lain-lain serikandi Islam.

6. Sentiasa berbaik-baik dan menyenangkan hati jiran.

7. Tidak pernah berdua-duaan (berkhalwat) bersama lelaki ajnabi (bukan muhrim)

8.Tidak berhias (bersolek) menyerupai wanita jahiliah seperti mewarna dan mengerinting rambut, mengecat kuku, membuat tahi lalat palsu (secara tatu), memakai gelang kaki dan sebagainya.

9. MENUTUP AURAT. Tidak mendedah aurat dan tidak memikirkan kecantikan untuk totonan lelaki ajnabi (bukan mahram) Ketika keluar rumah.

10. Tidak keluar rumah bersendirian tanpa ditemani oleh suami atau muhram atau ditemani oleh dua wanita yang baik.

11. Menjaga akhlak di rumah dan di luar rumah.

12. Sifat tingkah laku menyenangkan hati suami.

13. Sentiasa melayani suami dengan kemesraan atau menyambut suami dengan layanan yang menyenangkan hati suami.

14. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. Jika keluar rumah cuma dengan izin suami dan ada keperluan yang diluluskan oleh syariat serta dalam keadaan menutup aurat dan dalam keadaan tidak menimbulkan fitnah.

15. Taat dan sentiasa berbakti kepada suami.

16. Tidak mengeluarkan kata-kata  kesat yang boleh menyakiti hati suami.

17. Sentiasa diredhoi oleh suami kerana akhlaknya yang baik setelah melakukan kesalahan segera memohon maaf dan memohon keredheaan suami.

18. Melakukan empat perkara secara istiqamah dan dengan penuh keimanan ; iaitu sembahyang lia maktu, puasa ramadhan, jaga maruah dan taat pada suami.

19. Bersigat penyayang kepada anak-anak. Berketurunan banyak anak (subur rahimnya).

20. Berhati-hati mengguna harta suami dan mengguna dengan penuh amanah.

21. Tidak pernah menolak hajat suami (untuk berjimak) tanpa mengira masa dan tempat, walaupun ketika berasa di atas belakang unta.

22. Tidak bercakap dengan nada manja dan menawan orang lain selain suami. Bercakap perkara mustahak sahaja, ketika berurusan dengan lelaki ajnabi.

23. Takut untuk melanggar perintah ALLAH dan perintah suami.

24. Sanggup melakukan apa sahaja kerana memuliakan suami.

25. Sabar dengan kerenah dan kezaliman suami demi mencari keredhaan ALLAH. Seperti Siti Asiah sabar dengan kezaliam Fir'aun.

26. Ketika dimurkai suami, segera meminta maaf dan sehingga suami redho.

27. Redho dengan kandungan hasil daru suami yang sah dan mengambil berat menjaga anak-anak yang dilahirkan.

28. Sentiasa menjaga rahsia rumahtangga dan rahsia sulit suami.

29. Tidak pernah menuntuk yang tidak mampu disediakan oleh suami dan berpuas hati dengan apa sahaja pemberian suami.

30. Tidak pernag membantah atau menyanggah cakap suami.

31. Tidak pernah menuntut cerai dari suami, walaupun kehidupannya tidak bahagia atau suami melakukan kezaliman, tapi tetap sabar melayani suami di samping mengharapkan keredhian Allah.

32. Tidak memakai bau-bauan ketika keluar rumah menunaikan keperluan asasi yang diluluskan syariat.

33. Tidak memutuskan perhubungan keluarga suami dan sentiasa menghormati keluarga suami. Keluarga suami ialah meliputi ibu bapak suami, isteri-isteri suami (madu-madu), anak-anak suami (anak tiri) dan lain-lain yang ada hubungan keluarga dan nasab dengan suami.

34. Tidak memboikot keluarga dan juga sesama mukmin melebihi tiga hari.

35. Mengutamakan sembahyang di rumah daripada sembahyang di masjid atau surau.

36. Sentiasa memelihara pandangan mata daripada melihat lelaki ajnabi (bukan mahram) dan perkara yang haram.

37. Janda yang tetap mejaga maruah dalah memelihara anak-anak yang kematian suami.

38. Wanita yang baik ialah yang rendah maskahwinnya. 

Demikianlah diantara sifat-sifar dan tanda-tanda wanita yang baik menurut penilaian Islam. Wahai para wanita, marilah kita berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang baik. Tirulah watak-watak srikandi Islam, bukan wanita barat yang rosak moral atau wanita-wanita yang seumpama mereka tidak punya harga diri, wanita Islam sekadar nama... 

semoga apa yang telah dikongsikan dapat membantu untuk sama-sama muhasabah diri kita ~ insya'allah... 
~ MPS 









Leer completo...

dari Mata turun ke Hati..

Assalamualaikum...


Semua orang sukakan keindahan, namun akal yang bijak saja yang tahu menilai erti keindahan sebenar, mata tidak memilih untuk melihat, namun akal yang bijak yang menafsir apa yang dilihat itu baik atau sebaliknya.
Dengan akal dan fikiran, kita dapat membedakan antara yang baik atau tidak, dosa atau pahala. Maka kita, sebagai makhluk-Nya yang berhati nurani dan berakal patut untuk memahami tentang  bahaya pandangan dan kesan-kesannya. 


Tika melalui hari-hari, menjalani rutin kehidupan,  ana sering melihat gelagat lelaki ketika melihat wanita, apatah lagi kehidupan seorang pelajar, darah mudah yang mengalir mengolak sebuah perasaan yang sering lahir ketika melihat hawa yang lalu di luar kelas, di tempat kerja dan dimana sekalipun... ujian ada dimana-mana buat kita.  Tidak terkecuali pula wanita tika melihat kaum adam yang ada kalanya menarik perhatian hati yang lemah.


Mata adalah salah satu pancaindera yang dapat menjangkau sesuatu daripada jarak jauh dan bebas bergerak kesana kemari, kita bebas melihat apa-apa yang kita mahu, tapi semua ada akibatnya.Mata mempunyai kuasa penyambung gelombang hati dan perasaan seseorang dengan seseorang yg lain, begitulah apa yg dinyatakan dalam ilmu saikologi.


Mata juga adalah "panahan beracun" daripada syaitan yang menyebabkan zina pandangan. "Dari mata turun ke hati"...itulah ayat yang seringkali kita dengar tika melihat sesuatu yang indah. Mata mempunyai peranan menyampaikan sesuatu kepada hati dan apa yang dilihat dan dipandang itu memberi kesan kepada hati. Jika ia memandang sesuatu yang baik maka ia memberi kesan yang baik dan demikianlah sebaliknya, kalau yang buruk, maka menjadi buruklah hati.


Mata juga mendorong seseorang kepada perbuatan zina, melalui pandangan beracun, telah disalutkan racun yang amat berbisa pengaruhnya kepada hati seseorang sehingga hati yang telah pun diracuni mendorong hati dan akal yang lemah imannya, membuatkan anggota lain selangkah demi selangkah menuju zina hakiki iaitu kemaluan. Jelaslah mata adalah jalan-jalan atau wasilah yang mendorong seseorang kepada zina hakiki seperti dalam Al-Quran menyatakan, " Janganlah kamu menghampiri zina"-surah Isra': 32.


Walaupun pandangan itu tidak membawa kepada zina yang hakiki, tetapi pandangan seperti itu dapat memberi kesan pada iman kita, sehingga boleh merosakkan amal dan menghilangkan rasa nikmat dan ibadah.  
Nabi SAW ada mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud ; "Apabila seorang lelaki itu telah memandang kepada mana-mana bahagian daripada tubuh badan wanita yang menarik perhatian dan menawan hatinya, maka ia dianggap panahan beracun daripada panahan iblis, yang segeraa memberi kesan dan membinasakan seseorang itu. Oleh itu siapa yang meninggalkannya, maka Allah akan memberikan rasa kenikmatan dan kesedapan dalam ibadahnya"-Riwayat Al Hakim


Sesungguhnya daripada pandangan akan menggangu fikiran kita, apatah lagi apabila sesuatu yanga dipandang itu menimbulkan rasa berahi dalam hati, pastilah sang hati yang lemah sentiasa terkenang dan terbayang-bayang. Begitu juga ketika melihat sesuatu yang indah, membiarkan nafsu menguasai akal, hinga terbayang-bayang menguasai fikiran. berbahayalah pula jika apa yang difikirkan terbawa-bawa dalam sembahnyang. Ingatlah, syaitan sentiasa mengambil peluang untuk merosakkab lagi ibadah kita yang telah sedia rosak itu. Sepatutnye fikiran ini Allah berikan pada kita untuk berfikir sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat, dan mata ini untuk melihat sesuatu keindahan yang diciptakan Allah yang membuatkan kita merindui-Nya..  


Lalai tentang akibat pandangan dengan jiwa yang lemah, boleh menyebabkan seseorang hilang kreativiti, lemah daya ingatan, tumpul akal, dan berpandangan singkat / tidak berwawasan. Kelalaian yang disebabkan tekanan rindu dan asyik yang menjadikan tubuh lesu dan tak bermaya dan menjadikan seseorang yang menghidapnya menjadi pemenung dan pengelamun yang jelaslah suka membuang masa. Sedangkan membazir masa adalah dilarang dalam islam. Janganlah kita menganggu solat yang merupakan tiang agama kita dengan apa yang telah menguasai pemikiran kita melalui apa yang telah kita pandang melalui sang mata yang tidak berdosa. Ia sungguh boleh merosakkan amalan sebahyang bahkan sembahyang kita tidak memberi kesan apa-apa kepada peribadi kita. Dengan menjaga pandangan insya'allah kenikmatan ketika sembahyang dapat kita peroleh.bukan sahaja kita dapat merasakan nikmat dalam beribadah, bahkan Allah SWT menjamin seseorang itu dapat menyucikan hati...Faedah dari menundukkan pandangan ini juga, sebagaimana difirmankan Allah dalam surat An Nur ayat 30 (yang artinya) “yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka” yaitu dengan menundukkan pandangan akan lebih membersihkan hati dan lebih menjaga agama orang-orang yang beriman. 


Jadikanlah apa yang kita pandang itu tidak membawa keburukan pada kita, keburukan dunia dan akhirat. Namun tidak dapat dinafikan kita tidak dapat mengelak dari terpandang sesuatu yang tidak dapat kita elak, apatah lagi hidup dalam arus kemodenan di  usia tua dunia. Islam agama yang indah dan sempurna, kita diajar untuk menundukkan pandangan dan ucapkanlah keampunan. 



Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman :“Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31)

Dari Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim no. 5770)

Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk menundukkan pandangan sehingga hati dan agama kita selalu terjaga kesuciannya. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang kita lihat dan apa yang kita fikirkan dan apa kita rasa mahupun orang lain tidak mengetahuinya. 
"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati". (QS. 40:19)

Menjaga dan mengawal pandangan adalah tanda-tanda akhlak yang baik, dan salah satu sifat wanita solehah  ialah tidak melihat kepada sebarangan lelaki, kecuali suaminya atau lelaki yang mahram dengannya. Dengan itu insya'allah kita terjaga daripada tipuan dan godaan syaitan...

Wallahualam..

~MPS






Leer completo...

Indahnya Kaum Hawa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia



Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada



Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula



Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalamrumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta



Cantiknya seorang wanita itu sebagaiMENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar duai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan



Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian



Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua



Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anakbangsa



Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua



Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat



Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis



Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana....


Leer completo...

P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N

P - Penyatuan jiwa dua insan
E - Elemen cinta, kasih dan sayang diabadikan
R - Rasmi agama diterapkan, resam budaya diamalkan
K - Kahwinilah dia pertama kerana agamanya, bukan semata-mata kerana kecantikan, baik keturunan, mahupun   banyak hartanya
A - Allah menghalalkan ikatan yang ini, usah dicari lagi jalan yang diharamkan
H - Hanya 'sabar' dan 'kuat tekad' yang bakal memperkuat ikatan. Dan hanya 'redha-Nya' yang kita cari
W - Wanita dan lelaki saling melengkapkan. Cari untuk menyempurnakan, bukan cari yang sempurna
I - Ini fitrah dari Tuhan, wanita dan lelaki saling memerlukan, kerna setiap makhluk ciptaan-Nya kesemuanya berpasangan
- Nanti kan kita mendapat balasan dan anugerah serta rezeki dari Allah, hasil dari penyatuan jiwa yang diredha-Nya
A - Amanah Tuhan harus kita teruskan. Amal ma'aruf, nahi mungkar, itu tanggunggjawab seorang khalifah
N - Natijahnya, bahagialah kita sebagai insan, fid dunya wa fil akhiroh, insyaALLAH.


Antara sabda Nabi Muhammad (saw) berkaitan pernikahan :

Tidak ada rumah telah dibina dalam Islam lebih dicintai di sisi Allah selain melalui pernikahan.”

Orang-orang terbaik bangsaku (Ummah) adalah mereka yang berkahwin dan telah memilih isteri-isteri mereka, dan orang-orang terburuk bangsaku adalah mereka yang telah dijauhkan dari perkahwinan dan melewati mereka hidup sebagai bujang. ”

Setiap orang yang suka mengikuti tradisiku, maka dia harus tahu bahawa perkahwinan adalah dari tradisiku.”

>>Carilah Sakinah, Mawaddah, Rahmah Melalui Pernikahan<<

Sakinah~Ketenteraman
Mawaddah~Kasih
Rahmah~Sayang


Leer completo...

LIMA SIFAT MANUSIA MENGHADAPI KESUSAHAN DAN KESENANGAN

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

1. Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datangnya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi, banjir, hama, kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam, alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah S.W.T.. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7.).

2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah S.W.T.: "Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12.). Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49.). "Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat berputus asa, lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9.).

3.Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka, kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.).

4. Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah, tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51.). Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya.

5. Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.


Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi ujian dari Allah. Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam ujian dari Allah. Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah, berlindung denganNya. Bahkan mereka menyingsing lengan, mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.
Leer completo...

Teman seperjuangan..