Mujahadah menempuh Ujian



Assalamualaikum…
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah,tidak dapat dinafikan, semua wanita menginginkan gelaran ini, sebagai ketua bidadari syurga.  Merenung diri sendiri sebelum meneruskan artikel ini. Dalam melalui kehidupan yang kini semakin dimamah arus kemodenan, gelaran isteri solehah menjadi impian para wanita, jika gelaran dan impian sahaja siapapun boleh menyebutnya. Kesolehahan seorang isteri tidak datang begitu sahaja, ia mengikut kesungguhan wanita itu sendiri. Dengan kesungguhan barulah terbina jiwa taqwa. Dengan taqwa pula terbentuk nilai-nilai kesolehan wanita solehah.

000Untuk mencapai kesolehan dengan taqwa, biasakanlah pula dengan ujian dan kesusahan di dunia yang kadang menderakan tangkai hati. Dengan ujian  dapatlah kita mengikis sifat-sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati, barulah pula ia dapat menilai dirinya samada sifat-sifat itu dimilikinya seperti pemarah, pendendam, gelojoh, rakus dengan dunia dan sebagainya.

Ingatlah bahawa sesungguhnya tabiat kehidupan dunia ini penuh dengan ujian dan penderitaan,sebelum Allah memberi nikmat dan kebahagiaan sejati,  sepertimana firman ALLAH dalam ‘surah Alam Nasyruh :6’ yang bermaksud “ Sesungguhnya di sebalik (selepas) kesusahan dan kesulitan itu ada menanti kejayaan dan kebahagiaan”.

Anggaplah setiap ujian yang kita lalui adalah sekadar latihan di dunia yang akan menjadikan kita matang dan tahan lasak. Sifat matang dan tahan lasak ini amat perlu untuk menjadi pentadbir dan pemimpin yang cekap dan Berjaya dari semua segi, terutamanya dalam rumah tangga.
Menjadi seorang isteri yang taat pada suami , berkhidmat sepenuhnya untuk suami dan rumahtangga atau menjadi seorang isteri yang bekerjaya. Ia mungkin berbeza, namun itulah ujian dan kesusahan yang mencabar wanita dalam mencapai tahap kesolehan yang sebenar.

Ana terpaku seketika mengingatkan soalan dari salah seorang teman tentang bagaimana jika isteri lebih berjawatan tinggi dari suami. Ingatlah bahawa sebenarnya kedudukan suami lebih tinggi dan istimewa dan mulia daripada isteri disisi Allah. Hadapilah hakikat kehidupan sebenar bahawa lelaki adalah ketua keluarga, elakkanlah sifat ego dan merasa lebih istimewa. Meskipun berjawatan tinggi tetapi apabila berhadapan dengan suami, hendaklah merasakan lebih hina dan rendah tarafnya dari suami.  Jagalah hati suami supaya ia tidak merasa diarah, diperkecilkan dan diperbudakkan. Ingatlah sesungguhnya syurga seorang isteri di telapak kaki suami. 

Ujian buat kaum wanita pula apabila ditakdirkan apabila dia lebih pandai daripada suami. Bermujahadalah untuk mentaati dan melayan suami dengan penuh kasih sayang. Ingatlah suami adalah pemimpin, walaupun dirinya kurang daripada isteri, suami tetap menjadi pelindung yang patut ditaati dan dilayani. Gunakanlah kepandaian untuk memberi idea dan pandangan dengan cara berlemah lembut serta merendah diri, jagalah hati suami. Isteri yang solehah dan cerdik sentiasa menanamkan sifat tawadhuk dalam dirinya mahupun bahasanya. Mungkin berat untuk isteri, namun datangkan rasa bahawa Allah-lah yang menghendaki suami berkeadaan begitu agar kita diuji, apakah kita cukup sabar dan redha dengan ketentuan-Nya.

Isteri yang beriman tidak pula bangga dengan kekayaan yang dimiliki mahupun ia melebihi suaminya, bahkan ia bersyukur kerana bukan sahaja ia dapat berkhidmat kepada suaminya dengan dirinya, bahkan sekaligus dengan memanfaatkan hartanya kepada suami.Berbanggalah krana dapat mencontohi sepertimana yang dilakukan oleh Siti Khadijah yang menyerahkan kesemua hartanya kepada Rasulullah SAW untuk digunakan bagi memperjuangkan Islam.

Bagi isteri yang sering ditinggalkan suami pula, lebih-lebih lagi sekiranya mendapat peneman hidup yang bekerjaya, Ingatlah bagaimana Siti Hajar, ketika ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim A.S sendirian di paadang pasir yang tandus. Hatinya tetap tabah dalam menghadapi semua masalah dan banyak bergantung kepada ALLAH. Begitulah sikap isteri yang solehah… Jadikanlah masa perpisahan seketika itu bagi menambahkan rasa rindu dan ketika suami pulang dirasakan bagaimana “pengantin baru” dan pasti disambut kepulangan suami dengan persediaan yang istimewa.  J

Lelaki yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitu pula sebaliknya. Namun apabila berlaku sebaliknya, Suami soleh tetapi isteri sebaliknya dan Isteri solehah tetapi suami toleh, tentu ada hikmah dan rahsia tersembunyi yang ALLAH sengaja jadikan bertujuan untuk mendidik hamba-Nya agar sabar dab bertambah kuat keyakinanya bahawa segala sesuatu semuanya datang dari ALLAH.  Percayalah bahawa Allah hendak mendidik kita suapa kuat Tauhid dan jiwanya serta tabah dalam menghadapi karenah suami. Semoga dengan itu ia akan segera pulang kembali kepada Allah, mengadu-ngadu dan meletakkan pergantungan kepada-Nya. Bermujahadalah bersungguh-sungguh untuk tetap menghormati dan tetap mentaati suami. Baik buruk suami adalah sifatnya, layanilah seadanya. Ingatlah bagaimana Allah mengurniakan kemuliaan kepada Siti Asiah yang bersuamikan Firaun . Seorang isteri yang sabar dengan sifat suaminya , ia pasti mendapat kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH bagi kedudukan Siti Asiah. Sabda Rasulullah SAW ; “Barang siapa sabar akan budi pekerti suaminya yang jelek, maka ALLAH akan memberikan pahala sama seperti pahala Siti Asiah isteri Firaun.

Cabaran seorang isteri tidak berhenti setakat itu sahaja, adakalanya seorang isteri berhadapan dengan karenah anak-anak yang memeningkan kepala dengan pelbagai ragam dan karenah.  Membesar dengan persekitaraan yang sangat tegas menjadikan ana lebih faham dan berhati-hati, dengan suasana kehidupan yang telah kita lalui menjadikan kita lebih faham dan belajar nilai-nilai yang baik untuk diamalkan dalam kehidupan rumahtangga. Didiklah anak-anak dengan penuh hikmah dan bijaksana. Berilah perhatian dan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak, hukumlah dengan pendidikan yang sesuai dengan fitrah dan emosi mereka.Anak-anak selalu dirotan, dimarah dan dimaki hamun biasanya mempunyai jiwa yang kasar, tidak tenang dan mudah memberontak.  Anggaplah anak-anak adalah ujian dari ALLAH ke atas kita dalam mendidik mereka, kerana merekalah penentu nasib kita samada akan mendapat syurga atau neraka.Janganlah jadikan didikan yang lantaran menghumban kita ke dalam api neraka di akhirat kelak.

“Sesungguhnya kami (ALLAH) akan mendatangkan ujian ke atas  kamu yang berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kehilangan jiwa, kekurangan buah-buahan. Berita gembira bagi orang yang sabar menghadapinya….” ~ Surah Al- Baqarah ayat 155.
Sesungguhnya ujian mu wahai wanita tidak akan melemahkanmu… ujian-ujian ini hanya sedikit sahaja di dunia, sebagai muqadimmah ujian di akhirat,jika kita menghadapinya dengan penyesalan dan tidak sabar.  Ingatlah ia adalah penamat ujian dan di akhirat kelak Allah akan gantinya dengan nikmat dan keseronokan di dalam Syurga jika kita hadapinya dengan sabar dan redha.
Namun, untuk berhadapan dengan semua itu kita perlukan iman sebagai syarat untuk menang dalam mujahadah. Jika iman telah bertapak didalam hati, seseorang bukan sahaja sanggup berkorban jiwa raga, harta hatta nyawa pun rela dikorbankan. Kerana  yakin itulah kecintaan ALLAH dan itulah caranya untuk mendapatkan Syurga.Sebagaimana Rabiatul Adawiyah yang amat berdukacita  kalau ALLAH tidak susahkannya dengan ujian.

Ujian bererti kasih sayang ALLAH, sebagai kabar gembira. Orang yang beriman akan menerima setiap ujian dan kesusahan dengan sabar. Seringkali lah tersenyum jika Allah berikan kita ujian, aggaplah ia sangat kecil berbanding ujian orang lain, walaupun kadang tersusur duka, tapi bersabarlah, sengguh kesakitan itu akan dibalas dengan nikmat dan kesenangan yang kekal abadi dalam Syurga.Insya’allah…

Wallahualam ..

~MPS

4 comments:

Ummi Akifah said...

Jawapan yang bermanfaat diluar pemikiran.
Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah.

- said...

alhamdulillah....syukran ummi...^^

Ummi Akifah Ibrahim_2 said...

afwan adikku.. terukan bermujahadah ok! caiyok

- said...

;;)

Teman seperjuangan..