Petua Mencari Lelaki Yang Baik


1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Begitu juga isteri yang baik.
Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.
Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.
4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

**Petua ini ana ambil dari internet.. sedikit sebanyak dapat membantu wanita mahupun lelaki yang belum berumah tangga, dan yang sudah berumah tangga, muhasabah diri... 

4 comments:

Mu'min said...

Lelaki Baik
Menjadi lelaki adalah amanah,
seperti menjadi menteri.
Lelaki baik punya ciri.
Baik agamanya bagai ajaran nabi.
Lurus hidupnya tegak lisan bagai gigi.
Akalnya cerdik mengenal batasan ilahi.

Menjadi lelaki adalah anugerah,
bagai menjadi wali.
Punya beban dakwah,
rezeki dicari sehari-hari.
Rumah bukan sarang tetapi tempat pulang.
Jalanan bukan kubang tetapi jadi laluan.

Menjadi lelaki adalah payah,
bagai menjadi petani.
Menyemai benih pada isteri.
Membaja anak dengan bakti.
Membajak jerih dengan harap
pohonan berbuah.
Anak isteri hiasan yang dipersoalkan
di kemudian hari.

Itulah kisah menjadi lelaki.
Lelaki yang baik,
baik pada isteri,
baik di hati,
baik di bumi,
lelaki dinanti.

Siddiq osman
2 Febuari 2010

ALey_Leeya said...

tip yg membantu, insya'allah.. syukran jazilan

Anak Seni Waja said...

Aku merenung diriku sejenak.. Adakah aku memiliki sifat sebegitu rupa? Allah.. bagaimana aku berangan2 untuk beroleh bidadari syurga rumahtangga.. Mujahidah kala suami turut berjuang fi sabilillah..
Sahabat tika kesedihan.. teman ketika duka andai diri sendiri tidak bangkit dari lena tidur...

Terima kasih kepada blogger MPS.. Kalau boleh perbanyakan post berkenaan kaum Adam..

PencintaIlahi said...

Assalamualaikum...saudari, lebih baik letak lagu lain daripada letak lagu perempuan....

Teman seperjuangan..