JANGAN BERCAMPUR DENGAN KAUM LELAKI

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


" Dari Jabir r.a dia berkata, " Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah jangan sekali-kali seorang lelaki  bersama seorang wanita yang kahwin(janda) kecuali jika doa hendak menikahinya atau dia itu muhrimnya"

(HR. Muslim)


 Wahai kaum wanita! Wasiat Nabi ini sangatlah agung nilainya dan tinggi kedudukannya. Wasiat ini dengan jelas menyatakan tidak boleh ada lelaki tinggal di rumah seseorang wanita kecuali suami atau muhrimnya. 

Wahai saudaraku kaum muslimah! Masyarakat Islam adalah suatu masyarakat yg mempunyai perbedaan dlm segala perkara dai masyarakat lainnya, baik dlm segi aqidah, prinsip, tingkah laku individu-individunya, mahupun tugasnya di dunia. Wanita muslimah menghadap kpd Allah dgn segala amalnya, mencari redhaNya dan berpedoman kitabNya. Keadaan ini berbeda dgn wanita lain yg berjalan dimuka bumi hanya untuk melebihi nafsunya. 



Leer completo...

BERKORBAN PADA JALAN ALLAH ~ Wanita =)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

FIRMAN Allah dalam sebuah hadis Qudsi yg ertinya :

"Wahai anak Adam!  Pindahkanlah simpananmu kepada-Ku dan janganlah habis kerana terbakar, banjir dan bukan pula di curi. Aku akan memberinya kembali secara tunai kepadamu, bila engkau sangat memerlukannya."

(Hr. Baihaqi)

Ya Sahabat, daripada hadis berikut, Melalui Rasulnya Allah memberitahukan kpd kita, sesungguhnya bersedekah dan membelanjakan harta atau mendermakan pada jalan Allah itu, adalah suatu kebaikan apabila dilaksanakan dengan niat yang ikhlas, tidak sedikitpun dicampuri perasaan riya'.

Diberitahukan pula, bahawa membelanjakan harta dengan jalan demikian, adalah merupakan simpanan dan tabungan yang lansung di simpan disisi Allah. Harta tersebut akan senantiasa terpelihara dan di jaga dengan baik sehingga tidak akan terbakar, hilang kerana banjir atau dicuri orang. Apabila org yg punya memerlukannya kembali, maka segera akan diberikan Allah secara tunai dalam bentuk kemurahan rezeki.

Selain itu, dijelaskan juga bahawa yg dimaksudkan dengan simpanan di sisi Allah itu ialah: semua amal perbuatan dan ibadah kita, apapun bentuknya, baik yang dilakukan oleh lidah, hati, harta dan tenaga mahupun bentuk lain yang dilakukan dengan niat yg ikhlas.
Leer completo...

60 Tips Mendapat Jodoh

Tentu  seronok bila difikirkan… seorang lelaki bujang atau duda kalau boleh mahukan isteri yang ‘ideal’ pada pendapat mereka walaupun mereka sendiri pun jauh dari bersifat sebagai lelaki ‘ideal’. Begitu jugalah bagi seorang dara atau janda, juga mahukan lelaki ‘ideal’. Secara asasnya ia adalah satu kemahuan yang baik. Adalah lebih baik memilih pasangan yang bagus budipekertinya, bukan sebaliknya. Namun, pernahkah kita berfikir bahawa untuk mendapatkan jodoh yang baik, budi pekerti atau tatasusila kita sendiri perlu bagus terlebih dahulu?
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.



6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
Leer completo...

KENAPA HATI TIDAK TENANG... ~_~


PEMARAH 
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

PENDENDAM 
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

HASAD DENGKI
amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 

BAKHIL 
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
Leer completo...

Istighfar amalan kekal nikmat, hindar musibah, hapus dosa. TAUBAT

SESUNGGUHNYA kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.
Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.
Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.

Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.

Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.
Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?

Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?

Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?
Leer completo...

JIKA DAHI TAK MENCECAH KE SEJADAH DI DUNIA

Bersihlah kamu sebelum kamu dibersihkan, Berwudu' lah kamu sebelum kamu diwudu'kan Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tak guna lagi berseri

Walau orang hadir itu merintih Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai Lalu dilaksanakan solat jenazah Dengan 4 kali takbir dan satu salam Beserta fatihah, salawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan Seumur hidup Apakah dengan solat tanpa ruku' dan sujud itu Dapat membayar hutang ruku' dan sujud Yang telah luput Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat

Usunglah dirimu untuk solat Sebelum engkau diusung ke liang lahat Menjadi makanan cacing dan ulat Dirimu ke masjid Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam barzah.

Sucilah kamu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail Yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ia berguna untuk yang tinggal Dan bukan yang mati Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.

Leer completo...

CERMIN DIRI SENDIRI

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka."
(H.R. Muslim)

Penerangan Hadis:
Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
Mungkin kita biasa dengar malah secara sedar tak sedar kita sering membincangkan permasalahan org sekeliling kita, menceritakan keburukan orang lain, seolah-olah anda lebih baik. Jangan lupa, kita semua sama disisi Allah. 

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada
salahnya".

Leer completo...

Bukan Mudah Menjalinkan Persahabatan

ketenangan takkala sendiri menatasi kedukaan


Bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan
Andainya

Tiada kesefahaman dalam jiwa
Tiada ketabahan dalam hati
Tiada keikhlasan dalam diri
Namun
Apabila terjalin sebuah persahabatan
Yang benar – benar suci dan tulus
Resah duka dikongsi bersama
Riang gembira dirasa seadilnya
Kasih dan sayang dicurah sebaiknya
Kadangkala
Jalinan persahabatan meringankan bebanan
Kadangkala juga
Jalinan persahabatan benar – benar menyeksakan
Tapi
Bagi mereka yang memahami erti persahabatan
Akan menghargai jalinan itu seadanya
Leer completo...

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI



Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...



Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...


Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..



Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...


Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...



Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...


Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..



Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."


Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..



Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali......
Leer completo...

Sahabatmu Yang Tercinta ~ Iblis Laknatullah

Hai manusia... ini aku syaitan.....


Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-qur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.
Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya.Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

Duhai manusia,

Di sepanjang Ramadhan, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku,merintih ku kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di malam hari dan menghabiskan waktu malam dengan bertarawikh, berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas,kerana pintu taubat telah dibuka oleh ALLAH dengan Seluas-luasnya... Namun, aku tetap gembira kerana ada diantara kalian yang masih sudi menjadi temanku..melepaskan peluang rahmat ALLAH dengan mengucap perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak bertarawikh, malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali... cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati ini... Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama kita berpegang-tangan menuju Neraka Jahannam.

Sahabatmu Yang Tercinta,
Iblis Laknatullah
Leer completo...

Teman seperjuangan..