Lidah dan Mengumpat?

Assalamualaikum...


Hukama ada berkata "Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa". Begitulah kata hukama yang agak popular dan sering kita dengar dan lihat dimana-mana. "Kerana mulut badan binasa" membawa maksud 'Disebabkan mulut, hidup kita mungkin dalam kesusahan'.. Maksud yang ringkas tetapi membawa pengertian yang luas bagi yang memahaminya. Kata-kata yang dilemparkan oleh mulut boleh menyebabkan banyak situasi, antara kebaikan dan kejahatan.Mulut membawa kepada kejatuhan wanita melalui kata-kata dari sang lelaki penoda, yang menggoda sang wanita dengan rayu dan janji-janji manis mereka, begitu juga sebaliknya. Mulut boleh menyebabkan kebencian, perbalahan/pergaduhan, mahupun UMPATAN. Mulut  juga melahirkan kasih sayang dan ketenangan dan segala macam perasaan. begitulah besarnya peranan lidah dan mulut dalam hidup kita.
Lidah, yang mahupun kecil saiznya dan lembut, kedudukannya tersembunyi di dalam mulut, tetapi jika tidak dijaga bukan sahaja merbahaya pada diri sendiri, bahkan menjerumuskan orang lain dalam kebinasaan yang salah satunya disebabkan fitnah, cacian dan umpatan. Islam jelas memandang lidah merupakan perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan kerosakan kepada masyarakat. Lidah adalah senjata, yang dimiliki oleh setiap insan bagi menghancurkan malah membunuh orang lain. Senjata biasa apabila terkena hanya mencederakan fizikal manusia, tetapi lihat sahaja kebolehan senjata lidah, ia boleh melukakan serta membunuh jiwa. 
Imam Al-Ghazali RA mengingatkan kita tentang bahaya lidah dalam Ehya'Ulumuddin ; "Sesungguhnya lidah terlalu amat merbahaya. Tidak seorang pun boleh selamat kecuali ia bercakap dengan perkaaan baik atau ia diam." 

Di antara jenis bahaya lidah yang disenaraikan oleh beliau di dalam Ehya Ulumuddin, yang paling panjang dibahaskannya ialah bahaya yang berpunca daripada mengumpat, iaitu menceritakan tentang keburukan dan aib orang lain di belakang. Lima tahun ana belajar dalam bidang kejuruteraan yang majoritinya hanya 1% pelajar perempuan, tidak dapat ana nafikan, kaum wanita amat mudah melakukan umpatan berbanding lelaki.  Apabila bersama sekumpulan wanita keadaanya sangat berbeza serta topik penceritaan begitu berbeza berbanding lelaki. Jelaslah kerana lelaki memiliki lebih akal berbanding wanita. Bagi kaum wanita, mengumpat adalah lumrah, mengumpat ibarat hiburan yang bererti ia seronok apabila melakukannya. Perasaan yang tidak dapat dinafikan kerana ana sendiri seorang wanita. Ana pilih untuk kurang bergaul dan berdiam diri untuk mendidik diri membenci sifat ini, bagi mengatasi masalah ini, marilah merasakan mengumpat itu sesuatu perbuatan yang jelik dan balasan terhadap dosanya terlalu buruk dan berat di akhirat kelak. 


Berbalik pada topik lidah dan mengumpat. Mengumpat ialah apabila kita menyebut-nyebut aib atau sesuatu kekurangan seseorang yang lain yang memang kekurangan itu ada padanya dan kalau ia mendengar ia tidak suka. Tetapi sekiranya kita menyebut sesuatu kekurangan atau kita mengada-ngadakan seuatu yang tidak ada atau tidak dilakukan oleh seseorang muslim yang lain, maka ia dianggap fitnah. Fitnah lebih berat kesalahan dan dosanya daripada mengumpat. 


Maksud dan takrif mengumpat telah dijelaskan oleh Nabi SAW sendiri. Sabda beliau, maksudnya ; "Tahukan kamu apa itu yang dikatakan mengumpat." Jawab sahabat; "Allah dan Rasul sahaja yang mengetahuinya". Sabda Nabi SAW; "Mengumpat itu ialah apabila kamu membicarakan sesuatu perkara tentang sahabat kamu yang kalau ia dengar ia tidak suka". Para sahabat bertanya lagi; "Bagaimana kalau perkara itu memang ada padanya?" Jawab Nabi SAW; "Sekiranya perkara itu benar ada, itulah dinamakan mengumpat. Sekiranya tidak ada, ia dihukum sebagai fitnah terhadapnya" ~ Hadis riwayat Imam Muslim)


Allah mengancam akan memasukkan orang yang mengumpat ke dalam Neraka Wail seperti firman-Nya yang bermaksud; " Akan dimasukkan ke dalam Neraka Wail akan orang-orang suka mengumpat dan mencerca orang lain" ~ Surah Al Humaizah 1.


Sementara Nabi SAW pula bersabda; Maksudny; "Sesungguhnya, orang yang mengumpat dan mengadu-dumba, ia telah memusnahkan imannya seperti petani menebang pohon (tanamannya)" ~ Riwayat As Fahami
Sabda baginda lagi; "Sejahat-jahat manusia ialah penghasut, pengadu domba diantara orang yang mempunyai hubungan persahabatan yang baik dan pengumpat (orang yg mencari dan mendedah keburukan orang lain)" ~ Riwayat Ahmad.
At Tarmizi pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya; " Sesungguhnya ALLAH amat benci kepada orang yang jahat lidahnya (suka mengumpat, mencaci dan memfitnah dan menyakiti orang lain)".


Menjelaskan lagi kepada kita bahawa mengumpat ini sebuah kejelikan,   Mengumpat juga menyebabkan padala ibadah terhapus, segala pahala kebajikan terhapus dan ALLAH pindahkan kepada orang yang diumpatinya. Sepertimana kata Abu Umamah Al Bahili RA; Di akhirat nanti ada hamba ALLAH yg diberi suratan amalannya dan dilihat banyak sekali tercatit pahala kebajikan yang ia tidak pernah lakukan, Lalu hamba ALLAH tersebut bertanya kepada ALLAH; Ya Tuhan ku dari mana semua pahala kebajikan ini. Jawab Allah; itulah hasil daripada umpatan orang lain ke atas kamu di belakang kamu sedangkan kamu tidak tahu. 
Hatim Az Zahid berkata ; Tiga perkara sekiranya ia terdapat di dalam suatu majlis, Allah tidak akan turut rahmat Nya; ~ membicarakan hal dunia sahaja, ~banyak ketawa, ~ Ada perbuatan Umpatan.


Abu Lais As Samarqandi di dalam kitabnya Tambihul Ghafilin berkata; " Ada empat macam boleh berlaku ke atas seseorang yang mengumpat ;
1.Boleh menyebabkan Kafir : Ia boleh  berlaku  apabila seseorang yang sedang melakukan umpatan, ketika diperingatkn kepadanya agar berhenti dan jangan mengumpat, lalu ia menjawa; "ini bukan mengumpat, kerana apa yang aku katakan ini adalah sebenarnya." Perkataannya meyebabkan kafir atau murtad, kerana menghalalkan perbuatan yang diharamkan oleh ALLAH. 


2.Boleh menyebabkan nifaq : Seseorang itu boleh manjadi munafiq apabila ia mengumpat (menceritakan keburukan) seseorang dengan cara tidak menyebut nama orang tersebut. Tetapi orang yang diumpat tiu dibayangkan sifatnya. Orang yang mendengar pula dapat membayangkan orang dimaksudkan tersebut.
Sebab ia munafiq ialah kerana ia berpura-pura baik, iaitu tidak mahu menjatuhkan aib orang lain, sedangkan ia telah melakukannya dengan cara pura-pura tida mengumpat.
Sebagai contoh, seperti ia berkata, " Tak elok disebut nama orang itu, nanti dikatakan kita mengumpat pula." Sedangkan ia telag mengumpat orang itu , walaupun tidak disebut nama, tapi dibayangkan sifat-sifat orang yersebut sehingga orang dapat  mengagaknya. 


3. Boleh terjadi maksiat: Iaitu apabila seseorang itu memang tahu hukum bahawa mengumpat itu haram dan berdosa, tetapi ia melakukannya juga. Maka hukum ke atas orang tersebut adalah berdosa dan ia telah melakukan kemungkaran dan maksiat.


4. Boleh terjadi harus: Apabila seseorang itu menceritakan kejahatan seorang ahli maksiat atas tujuan agar orang lain tidak terpengaruh dengan kejahatannya. Bahkan menurut Abu Lais As Samarqandi lagi, "ada kala perbuatan demikian mendapat pahala pula, sekiranya dengan cara demikian dapat mencegah maksiah dan kemungkaran itu daripada terbabit kepada orang lain."


Wallahualam.. 
Daripada ayat-ayat diatas, sudah cukup membuat kita takut dan memahami mengumpat itu sesuatu perbuatan yang buruk yang harus dijauhi dan balasan terhadap dosanya terlalu berat di akhirat kelak...


~MPS

7 comments:

rahsiahati said...

Assalamualaikum,
kak saya ada sikit kemusykilan..

Sabda Nabi SAW; "Mengumpat itu ialah apabila kamu membicarakan sesuatu perkara tentang sahabat kamu yang kalau ia dengar ia tidak suka". Para sahabat bertanya lagi; "Bagaimana kalau perkara itu memang ada padanya?" Jawab Nabi SAW; "Sekiranya perkara itu benar ada, itulah dinamakan mengumpat. Sekiranya tidak ada, ia dihukum sebagai fitnah terhadapnya" ~ Hadis riwayat Imam Muslim)

jadi, kalau kita berkata ttg kebaikan seseorang pulak mcmana kak? maaf if menyusahkan...

- said...

Wa'alaikumsalam Kasturi Jiwa..

berbalik mksud mngumpat iaitu apabila kita menyebut-nyebut aib atau sesuatu kekurangan seseorang yang lain yang memang kekurangan itu ada padanya dan kalau ia mendengar ia tidak suka..
Jika keburukan yg selalu dicerita-ceritakan maka keburukan yg akan nampak.. dan jika kebaikan yang selalu dicerita-ceritakan,maka kebaikan yang nampak...
bg akak, elok lah jika kebaikan yg diceritakan, suaya kebaikan yg nampak sesama kita. kerana bercakap sesuatu yg baik menjadi pendamai dan pendorong kepada kebaikan dan menjadi contoh kpd orang lain.. :)
wallahualam

Mu'min said...

keharusan mengumpat itu masih dalam batasannya. Apa yang diharuskan oleh ulama adalah demi mengembalikan keadaan yang buruk kepada yang lebih baik, menjadikan seseorang itu lebih sempurna sifat islamnya. Keharusan ini tidak bermaksud syarak mengizinkan seseorang itu untuk memburuk-burukkan saudara seagamanya dengan sesuka hati.....

ALey_Leeya said...

perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat...

rahsiahati said...

terima kasih kak.. =)

- said...

alhamdulillah... sama2 kasturi jiwa.. =)

Mu'min said...

writing skill are good everything in this blog are superb in a way. Good approach with good information. Best luck for the next article..

Teman seperjuangan..