Ungkapan Jiwa Abdul Qadir Audah










Dakwah ini adalah kepunyaan Allah 

bukannya milik individu. 

Allah telah mengajar orang-orang beriman

 bahawa dakwah terikat dengan 

kehendakNya bukan kepada para duah, 

nasib setiap individu daripada dakwah 

ialah sesiapa yang beramal untuknya 

maka Allah akan memuliakannya dengan 

sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan

 beramal untuk dakwah maka Allah akan 

menjauhkan kebaikan daripadanya dan 

dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun..
Leer completo...

Istimewanya MADINAH







بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Rasulullah pernah berdoa yang maksudnya:

Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah, atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah.”


(Bukhari dan Muslim)






Rasulullah SAW telah berhijrah ke Madinah dan menjadikannya sebagai medan dakwah dan seterusnya sebagai Tanah Suci kedua selepas Tanah Suci Makkah al-Mukarramah. Ia kaya dengan sejarah-sejarah yang jelas terkandung di dalam Al-Quran. Sebelum Rasululullah SAW memasuki Madinah, ia merupakan sebuah negeri tempat bersarangnya penyakit.

Antara kelebihan dan keistimewaan Madinah ialah:

1.Bumi Yang Subur Dan Makmur- Bumi Madinah mengeluarkan tamar Ajwah yang mempunyai khasiat lebih daripada khasiat yang terdapat pada tamar-tamar lain. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang di waktu pagi makan 7 biji kurma Ajwah, pada hari itu dia tidak akan terkena racun mahupun sihir.”

2. Masjid Nabawi- Ia terletak di tengah-tengah kota Madinah. Asalnya ia merupakan tapak pusat pengeringan tamar dan kebun tamar milik dua orang anak yatim iaitu Suhail dan Sahl. Rasulullah SAW telah membeli tanah itu daripada mereka dan membangunkan masjid bersama-sama dengan Kaum Ansar dan Muhajirin. Sabda Rasulullah SAW: “Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram,”( Bukhari dan Muslim)

3. Tanah Haram- Seperti Makkah, Madinah juga merupakan tanah haram. Ianya menjadikan setiap umat Islam sentiasa berwaspada dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT ketika berada di sana. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Madinah adalah tanah haram, letakknya antara Bukit Eir dan Bukit Tsur,sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) atau melindungi orang yang melakukan kezaliman di dalamnya maka ke atasnya laknat Allah SWT,malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan sama ada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah SWT daripadanya pada hari kiamat kelak.” ( Bukhari dan Muslim)


4.Keutamaan Meninggal Dunia di Madinah- iaitu bagi sesiapa yang boleh menetap di Madinah hingga sampai ajalnya. Oleh kerana ini jugalah maka Khalifah Umar r.a pernah berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalan-Mu dan jadikanlah matiku di negeri Rasul Mu.”

5.Terpelihara Daripada Dajjal- Madinah merupakan kota yang dijanjikan Rasulullah tidak akan di masuki oleh Dajjal. Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak ada suatu negeri pun kecuali Dajjal akan memasukinya kecuali Makkah dan Madinah ,di keduanya tidak terdapat satu tempat pun kecuali para malaikat akan berbaris menjaganya. .Kemudian Madinah akan menggongcangkan penduduknya sebanyak tiga kali,lalu Allah SWT mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik.”(Riwayat Bukhari)

Demikianlah antara kelebihan atau keistimewaan Madinah. Maka tidak hairanlah jika sekali bumi Madinah dipijak, akan terasa kerinduan untuk mengunjunginya lagi. Ini kerana suasana di Madinah cukup aman dan damai serta penuh dengan ketenangan. Semoga dengan mengunjungi Madinah akan dapat menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Leer completo...

Jihad Perjuangan Paling Utama!!


Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”.

 Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



Huraian
 
1. Sebenar benar jihad ialah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah S.W.T. serta membelanjakan hartanya kejalan yang diredhai.

2. Islam menuntut umatnya menyeru kearah kebaikan dan menentang kemungkaran. Usaha ini hendaklah dilakukan secara berperingkat seperti yang dilakukan oleh syarak.

3. Jihad dalam erti kata yang luas ialah kita dikehendaki sama-sama memperjuang dan memperlengkapkan diri bagi mencapai hasrat untuk kemajuan agama bangsa dan negara serta mempertahankannya dari sebarang ancaman musuh baik dari dalam mahupun dari luar.



Leer completo...

AKIDAH Usuluddin = Berakhirnya hayat di Dunia,,

  Berakhirnya hayat di Dunia,,
 
Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan:
 
"…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….")
 
al-Nawwas bin Sam'an r.a
 
 
Leer completo...

Agamaku Berdiri di Antara Dua JANGAN

 Iman dipahat pada hati bernama QALBUN, iaitu sesuatu yang sifatnya berbolak balik. Siang beriman, malam kufur, pagi memperjuangan kebenaran, malam menjadi juara kebatilan. Hidup memperjuangkan kebaikan, mati di atas jalan kejahatan. ..
Lantas memikirkan tentang Istiqamah… Baginda SAW jadi beruban… berubah fizikal dan penampilannya.
  • (112) Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
  • (113) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
  • (114) Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
  • (115) Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.



Itulah ayat yang dihujahkan oleh ulama, sebagai isi kandungan Surah Hud yang telah begitu sekali membebankan Nabi SAW.
MAKSUD ISTIQAMAH
Soalnya apakah maksud istiqamah itu? Jika ia dilihat pada struktur Bahasa Arabnya, ia bermaksudterus diminta berdiri. Sesuai jugalah dengan Bahasa Melayunya yang boleh difahamkan sebagaisentiasa teguh berdiri. Atau jika di dalam Bahasa Inggerisnya, boleh juga difahamkan sebagai standing up consistently. Ada dua unsur penting pada definisi permulaan ini, iaitu berterusan dan kekal di dalam suatu keadaan, dan unsur keduanya pula ialah berdiri.. iaitu kondisi diri yang aktif lagi dinamik. Berterusan dalam keadaan sedar dan aktif terhadap suatu pegangan dan mahu pun amalan.
Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan maksud istiqamah (Fussilat : 30-32, Al-Ahqaf : 13-14), begitu juga dengan hadith Nabi SAW. Antaranya:
Daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya: Aku bertanya: Ya Rasulallah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selain daripadamu. Sabda Nabi SAW: Katakanlah “Aku beriman dengan Allah”, kemudian istiqamah! (Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45
Namun keseluruhan makna yang dicadangkan tentang Istiqamah, ia menjurus kepada terus menerus (konsisten) berpegang secara aktif terhadap keseluruhan kehendak Syara’.
Leer completo...

NALURI GEMAR MENARIK PERHATIAN.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Naluri gemar  menarik perhatian ini mendorong empunya utk gemar menarik perhatian org lain. Jika perkara itu dilakukan utk kepentingan meneberkan keutamaan, kemuliaan dan keluhuran budi pekerti (akhlak), maka dlm perkara ini merupakan suatu perintah yg disyariatkan.  

Di dalam Al-Quran Al-Azhim ditulis doa yg dipanjatkan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s :

“Ya Rabb anugerahkanlah kepada kami isteri dan keturunan kami sbg penyenang hati kami dan jadikanlah keturunan kami Insan bagi org2 yg bertaqwa.” ( Al-Furqan:74)

Yang  disesalkan adalah, bahawa naluri ini menyimpang di kalangan majority kaum wanita. Mereka cuba menarik perhatian lawan jenis dengan cara-cara tercela seperti ; bersolek, memakai wangian dan membuka aurat utk mempengaruhi lelaki.

Wanita spt ini hendaklah takut kepada Allah SWT dan memelihara pakaian malunya serta menjauhi gerak dan gaya yg dapat meransang lelaki utk menjaga kehormatan mereka, juga kehormatan kaum lelaki.
Kecuali hanya pada suami.Juga para wanita hendaklah menyalurkan kegemaran mereka menarik perhatian tersebut melalui pendidikan anak cucu yg baik serta mempersiapkan para pemuda dan calon ibu yg luhur, sebagaimana doa yg diucapkan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s

Allah berfirman di dalam Al-Quran ;
“Dan janganlah mereka memukulkan kaki agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan.Bertaubatlah kamu kpd Allah, wahai orang2 yg beriman, supaya kamu beruntung.” ( An-Nur:31)

Leer completo...

30 LARANGAN AGAMA ISLAM UNTUK WANITA MUSLIMAH



1. Menyambung rambut palsu
2. Bertato, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk bersenggama
6. Membuka rahasia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Berbohong kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahasia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian umum
20. Melukai tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Mengantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu tetangga
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
Leer completo...

Wajah-wajah Syuhadak Gaza



Nyawa kurniaan Allah hanya satu, bukan dua atau lebih. Kematian yang paling baik ialah Syahid di Jalan Allah. Kerja yang paling baik ialah bekerja dan berjihad di Jalan Dakwah. Kepuasan dan kejayaan hakiki seseorang ialah apabila dia berjaya bekerja dan mati sebaiknya. Sesiapa yang menyangka bahawa perjuangan menegakkan dan memantapkan Daulah bagi Islam melalui jalan selain yang ditunjukkan Rasulullah saw dalam Seerah dan Hadisnya, selain cara yang disebut Allah dalam KitabNya maka samada dia tidak akan berjaya mencapainya atau dia berjaya menduduki singgahsana bukan di atas erti Daulah yang dimaksudkan. Dalam kedua-dua hal, dia tersasar.
Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).
senyum6
Tidakkah cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra dihayat Baginda saw menggambarkan perihal kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan Agama yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?
Leer completo...

60 Pintu Pahala Dan Pelebur Dosa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta, shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Nabi dan utusan yang paling mulia.
Risalah ini ditujukan kepada setiap muslim yang beribadah kepada Allah semata dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Tujuan utama yang sangat penting bagi setiap muslim adalah ia keluar meninggalkan dunia fana ini dengan ampunan Allah dari segala dosa sehingga Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat, dan memasukkannya ke dalam syurga kenikmatan, hidup kekal di dalamnya, tidak keluar selama-lamanya.



Di dalam risalah yang sederhana ini kami sampaikan beberapa amalan yang dapat melebur dosa dan membawa pahala yang besar, yang kesemuanya bersumber dari hadis-hadis yg sahih. Kita rmohon kepada Allah yang Maha Hidup, yang tiada Tuhan yang hak selain Dia, untuk menerima segala amalan kita. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Leer completo...

Golongan Yang Dirindukan Syurga Allah SWT



Kita yakin… siapapun kita, pada stasus manapun kita, dibumi manapun kita berpijak, pasti ingin menjadi orang yang dirindukan oleh syurga Allah SWT. Tempat yang di idam-idamkan oleh seluruh makhluk Allah, tempat yang tidak terdengar di dalamnya perkataan yang tak berguna,sia-sia dan dusta, didalamnya ada mata air yang mengalir, takhta-takhta yang ditinggikan, gelas-gelas berisi minuman yang terletak dekat, bantal-bantal sandaran yang tersusun, permadani-permadani yang terhampar, kebun-kebun dan buah anggur, ditemani bidadari syurga... 
Leer completo...

Keimanan


Andai matahari ditangan kananku…
takkan mampu mengubah yakinku
terpatri dan takkan terbeli
dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
takkan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini
apapun adanya….
Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yg kutempuh
Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanyalah untukMu tetapkan muslimku selalu…
Leer completo...

Pesanan Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaseen Kepada Muda-Mudi Islam

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan Solat Subuh secara berjamaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta mencontohi kehidupan Rasulullah SAW. 

Leer completo...

Teman seperjuangan..