9 SITI YANG PATUT DICONTOHI KAUM HAWA




1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

Leer completo...

Bunga Idaman Islam

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.



Leer completo...

BATAS PERGAULAN !



Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an mafhumnya:
 "Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang wanita.?"
(Surah An-Nur: ayat 31)

Leer completo...

CIRI-CIRI ISLAM (KHASAIS AL-ISLAM)



Ciri-ciri Islam merupakan satu daripada ciri-ciri keistimewaan Islam yang merupakan titik perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain di dunia ini.

Rabbaniyyah
Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.
Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:

Leer completo...

Indahnya Jihad....

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Jihad merupakan suatu amalan ibadah yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan tersendiri. Ia adalah kemuncak amalan terpuji yg dituntut di dalam Islam, jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain selain daripada solat wajib.

Majoriti ulama ; Islam berpendapat jihad adalah lebih utama daripada solat dan puasa sunnat, seperti mana yang digambarkan melaui hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Leer completo...

YA ALLAH, AKU CINTA PADAMU


Lewat kematianku,
aku akan mempertanggungjawabkan fitrah kemanusiaanku:
Bagaimanakah penyembahanku kepada Ya Allah ya Jabbar,
Tuhan Yang Kehendak-Nya Tidak Dapat Diingkari?

Ya Allah ya Baari’,
Tuhan Yang Mengadakan Dari Tiada,
mengadakan aku dari yang tiada
dan aku pun akan diminta-Nya bertanggungjawab
atas caraku mengelola hidup dan kehidupanku di dunia ini.
Leer completo...

Bingkisan Doa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Leer completo...

Pandangan Laksana Anak Panah Iblis

Alangkah besar perhatian Islam yang tidak membiarkan seorang muslim menentukan arah dirinya sendiri dengan hanya mengikut hawa nafsu, hingga terjerumus ke dalam kemaksiatan jiwa yang akan membinasakan dirinya dan orang lain serta mendapatkan seksa dunia dan juga akhirat. Kerananya, islam datang untuk menutup segera pintu-pintu kejahatan.

Leer completo...

Erti Cinta


Setiap insan mudah melafaz cinta
apa ertinya cinta???
cinta ibarat sebuah rumah
berlantaikan kesetiaan
baerdindingkan kasih sayang
bertiangkan kejujuran
berpagarkan "KEIMANAN"
dihiasi pohon-pohon pengorbanan
ditemani kicauan burung kepercayaaan
diserikan bunga-bunga kemesraaan
disirami ucapan kata rindu dan sayang
dibajai dengan keikhlasan
dipayungi awan rahmat Ilahi
dihujani restu ayah ibu

tapi jangan dilupa cinta hakiki
milik abadi Allah S.W.T
itulah kekasih sebenar dan sejati
buat insan yang merindui
ketenangan dan kedamaian.
Leer completo...

AYAT2 AL QURAN UNTUK DIAMALKAN



AYAT2 AL QURAN UNTUK DIAMALKAN
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Leer completo...

~ Indahnya Menjadi Wanita ~


1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Leer completo...

Menghadapi Kegagalan


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....
Kegagalan itu sgt unik ,
melenyapkan suka dan menyisakan duka bagi kita.
Tapi dibalik itu semua,kegagalan sebenarnya adalah jalan menuju kejayaan. Belajarlah daripada kegagalan... ^_^

Leer completo...

Cantiknya Bidadari ..


Dengan Nama Allah yang pemurah lg Maha Penyayang,


Terasa hairan, Tapi itulah kenyataan.
Seseorang – yang mungkin sgt mudah – membuka tudungnya, dan merasa enjoy memperlihatkan rambut kecantikannya. Entah dengan alasan apa, kepuasan peribadi, hanyut dgn dunia, mengejar popularity yg hanya betujuan pd satu benda, aitu hawa nafsu yang tak terbelenggu....


Padahal….. nun di syurga , terdapat makhluk yg sangatlah cantik yg belum pernah seorang pun melihat ada makhluk secantik itu. Dan mereka sangat pemalu dan terjaga sehingga kecantikan mereka hanya dinikmati oleh suami-suami mereka di syurga.


Berikut ini adalah kumpulan ayat dan hadits yang menceritakan tentang para bidadari syurga..

Leer completo...

Ya Allah Engkau Cinta Agungku


Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah Engkau cinta Agungku,
Cintamu tak pernah kau harap balas,
di waktu susah kau mudahkan aku,
di waktu lapar kau beri aku makan.

Ya Allah aku hambaMu yg lemah,
mudah sungguh aku menyerah kalah,
bila diuji dengan seribu mehnah,
aku tak mampu lalu terngadah,

Ya Allah maafkanlah aku,
Jika Ku katakan diriku telah beriman,
namun aku tak tegar diberi ujian.
Aku jatuh lemah terkulai layu,
Menanti harapan dan semangat baru

Ya Allah Engkau cinta agungku
kuatkanlah hatiku yg lemah,
jasadku merintih tak bermadah.
Di waktu sakit, di waktu penat,
Jangan kau biarkan aku terus tenat,

Ya Allah Engkau cinta agungku,
Aku sangat memerlukan diriMu,
Di saat susah, di saat senang,
Agar aku tak sesat, tak tersalah arah,

Ya Allah Engkau cinta agungku
dengarlah rintihan hambamu,
Yang lemah terkulai layu,
Yang menanti seruan azimatMu.
Moga Aku bangun dengan semangat baru
Leer completo...

Pertahankan imanmu, sayang

kemanakah perginya bisa itu?

kamu seorang yang kuat, sayang.
jangan biar noda itu buat kamu hilang arah, hilang pedoman, hilang iman

kamu masih ada Dia untuk kembali
mungkin silap kita
mungkin dosa kita
mungkin sememangnya Dia mahu menguji kita
kerana kita mengaku kita beriman pada-Nya
pasti perlu ada buktinya

jangan biar yang kelam itu menenggelamkanmu, sayang

walau hari ada yang gelap
walau ada hari yang mendung
namun jangan biar ia selamanya luput sinarnya

kembalilah mencari cahaya
jangan biar imanmu goyah
walau dinoda serigala
walau apa jua yang melanda
pertahanankan imanmu
biar ia tetap kukuh

selagi Kau mengerti dan memahami
setiap yang berlaku hikmah dari-Nya
untuk buat kita lebih dekat pada-Nya


si kunang kunang
Leer completo...

Aku Wanita Mujahidah Sejati..


Aku Wanita Mujahidah Sejati..
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad

Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukannya
Cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

Tak mungkin ku pilih dirimu jika dunia lebih kau damba
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam
Hidup terasing asalkan di akhirat bahagia
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku
Bulat tekadku untuk menemanimu

Aku Wanita mujahidah pilihan
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an
Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad

Andai tak siap bisa kau pilih
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik
Terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku terlebih keluh kesahku
Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu

Tak mungkin aku memilihmu
Bila yang fana lebih kau cinta
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota
Lazatnya makanan dan lajunya makar durjana
Meniti jalan panjang di medan jihad
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah serta debu yang beterbangan
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang

Jika masih ada ragu tertancap dihatimu
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu

Aku wanita dari bumi Jihad
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan
Tepiskan semua mimpi yang tak bererti

Adakah yang siap mendamaikan hati?

Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan
Yang melepaskanku dengan sepotong doa
Meraih syahid adalah tujuan utama Robbi..

Terdengar panggilanMu untuk meniti jalan redha-Mu
Ku harapkan pertolongan dari Mu…
Menemani perjalanan ini


-karya hati-
Leer completo...

Muqaddimah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

SEGALA Puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga,sahabat dan seluruh orang yg memperjuangkan syari'atnya sampai hari kiamat.Amin ya ilahal 'alamin.

Besar harapan ana semoga blog yg tak seberapa ini akan memberi manfaat dan bimbingan kpd semua muslimin dan muslimat agar memperolehi ilmu utk menghadapi cabaran bg meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah SWT di akhirat kelak.. InsyaAllah..

Ana bersyukur atas hidayah yg Allah berikan setelah ana sendiri pernah putus asa dlm kehidupan,Ana telah diberi peluang kedua memperbaiki kehidupan ana..Tujuan kita hidup di dunia ini adalah utk mengabdkan diri kpd Allah SWT..

Sememangnya, manusia mudah lalai dgn dunia.. dunia yg sementara ini.. dinodai dgn nafsu syaitan.. maka sedarlah wahai sahabat sekalian..
Insaflah, seseungguhnya Allah maha penyayang..menerima tuubat hambaNya yg ikhlas..

Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan teguran yg membina adalah amat dialu-alukan..

Hanya Kepada Allah jualah dipohon pertolongan, Dialah sebaik-baik pembantu dan penolong, semoga Allah meredhai usaha kita, Amin....
Leer completo...

Cahaya Hidayah

5 perkara tidak mengetahuinya selain dari Allah :

1) Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan tentang kiamat

2) Menurunkan hujan

3) Mengetahui apa yang ada di dalam rahim

4) dan sesuatu jiwa tidak mengetahui apa yang dia kerjakan besok dan

5) sesuatu jiwa tidak mengetahui di bumi mana dia akan mati.

(SAHIH R. Ahmad dan Rauyani dari Buraidah)
Leer completo...

Teman seperjuangan..