Berakhirnya Umur Dunia

 Matinya Tiap-Tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya Dihidupkan Semula...


Sebagaimana manusia berada di dunia ini hanya untuk suatu masa yang tertentu kemudian berpindahlah ia ke satu alam yang kekal abadi,  maka alam dunia ini dengan segala langit dan buminya pun akan habis tempohnya pada suatu masa yang tertentu dan ditukar menjadi satu alam yang tidak berkesudahan, segala yang ada padanya kekal abadi sama ada nikmat kesukaan orang mukmin mahu pun azab kedukaan orang kafir. 

Hakikat ini diterangkan oleh Allah Taala dengan firman-Nya, yang bermaksud: 

"Kehidupan dunia ini hanya kesukaan dan kesenangan sementara, dan alam akhirat sahajalah tempat kediaman yang kekal abadi. "(39 surah Ghafir).

"Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih, kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ..." (57, Surah al-Nisa').

Dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya disediakan baginya Neraka Jahanam mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. " (23 Surah al-Jin).
Dengan berakhirnya umur dunia ini,  timbullah saat permulaan qiamat yang tidak diketahui masanya melainkan Allah,  tetapi tanda-tanda hampirnya kedatangan saat itu ada diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., dalam beberapa hadis yang sebahagian daripadanya telah pun disebutkan pada huraian hadis yang ke 13, bab yang kelima, dalam "Muqaddimah Mastika Hadith" dahulu, manakala sebahagian daripadanya ialah hadis-hadis yang berikut:

77- عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكُونَ أَسْعَدَ النَّاسِ بِالدُّنْيَا لُكَعُ بْنُ لُكَعٍ. (الترمذي والإمام أحمد)

77- Dari Huzaifah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak akan berlaku saat qiamat sehingga orang yang tidak tentu saka bakanya, yang buruk akhlaknya dan yang bodoh bebal, menjadi sebahagia-bahagia manusia dengan kesenangan dunia. "
(Tirmizi dan Imam Ahmad)

78- عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا عَلَى شِرَارِ النَّاسِ. (مسلم والإمام أحمد)

78- Dari Ibn Mas'ud r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak berlaku saat qiamat melainkan semasa tidak ada di dunia ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)

(Muslim dan Imam Ahmad)




79- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي (وَفِي رِوَايَةٍ لِأَبِي دَاوُدَيُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي). (الترمذي وأبو داود)


79- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak habis umur dunia ini sehingga bangsa Arab dan pengikut-pengikutnya dikuasai oleh seorang dari ahli rumahku yang namanya menyamai namaku"; (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud - ada disebutkan: "Yang namanya menyamai namaku, dan nama ayahnya menyamai nama ayahku")

(Tirmizi dan Abu Daud)

80- عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ. (أبو داود)


80- Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas,  hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan,  sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun."

(Abu Daud)




81- عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَاءً يُصِيبُ هَذِهِ الْأُمَّةَ حَتَّى لَا يَجِدَ الرَّجُلُ مَلْجَأً يَلْجَأُ إِلَيْهِ مِنَ الظُّلْمِ فَيَبْعَثُ اللَّهُ رَجُلًا مِنْ عِتْرَتِي وَأَهْلِ بَيْتِي فَيَمْلَأُ بِهِ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا يَرْضَى عَنْهُ سَاكِنُ السَّمَاءِ وَسَاكِنُ الْأَرْضِ لَا تَدَعُ السَّمَاءُ مِنْ قَطْرِهَا شَيْئًا إِلَّا صَبَّتْهُ مِدْرَارًا وَلَا تَدَعُ الْأَرْضُ مِنْ نَبَاتِهَا شَيْئًا إِلَّا أَخْرَجَتْهُ حَتَّى يَتَمَنَّى الْأَحْيَاءُ وَالْأَمْوَاتُ أَنْ يَعِيشَ فِي ذَلِكَ سَبْعَ سِنِينَ أَوْ ثَمَانَ سِنِينَ أَوْ تِسْعَ سِنِينَ. (الحاكم)


81- Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman;  maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkannya dengan sebanyak-banyaknya sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapang atau pun sembilan tahun."

(al-Hakim)

82- عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ… . (مسلم)


82- Dari Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w. bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:  "Kami mengingati perihal hari qiamat dan saat berlakunya"; Nabi  s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saat qiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w., menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dan pihak barat) turunnya Nabi Isa anak Mariam dan Ya'juj wa Ma'juj.


(Muslim)


Dajal ialah orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya. Nabi s.a.w., kerapkali mengingatkan umatnya dalam beberapa hadis supaya menjaga diri daripada bencana dajal dan pengaruhnya yang besar bahayanya. Di antara hadis-hadis itu - ialah diriwayatkan oleh Muslim yang maksudnya. "Tidak ada di antara masa kejadian Nabi Adam dan masa berlakunya hari qiamat bala bencana yang lebih besar daripada bencana Dajal dan pengaruhnya." Baginda s.a.w., mengajar pula umatnya membaca dalam "Tahiyyat akhir" pada tiap-tiap sembahyang, doa memohon perlindungan dari bencana Dajal.

Dalam pada itu, Nabi Muhammad s.a.w. , ada menyatakan - dalam beberapa hadis juga- bahawa Baginda s.a.w., bimbangkan umatnya dipengaruhi oleh orang lain lebih dari dipengaruhi oleh Dajal yang besar bencananya itu. Di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tabrani, yang maksudnya: "Tidak akan berlaku saat qiamat melainkan setelah timbul tiga puluh pendusta yang diakhiri oleh Dajal yang matanya buta sebelah", dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad juga yang maksudnya: Sesungguhnya ada orang-arang yang lain dari Dajal yang aku bimbangkan kamu dipengaruhinya lebih daripada aku bimbangkan kamu dipengaruhi oleh Dajal sendiri. "Sahabat Baginda bertanya. "Siapa orang-orang itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w. menjawab:  "Orang-orang itu ialah pemimpin-permimpin yang - dengan pengaruhnya atau ilmu pengetahuannya - menyebabkan manusia sesat. "

83- عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالَ فَقَالَ … إِنَّهُ شَابٌّ قَطَطٌ عَيْنُهُ طَافِئَةٌ … إِنَّهُ خَارِجٌ خَلَّةً بَيْنَ الشَّأْمِ وَالْعِرَاقِ فَعَاثَ يَمِينًا وَعَاثَ شِمَالًا يَا عِبَادَ اللَّهِ فَاثْبُتُوا قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي الْأَرْضِ قَالَ أَرْبَعُونَ يَوْمًا يَوْمٌ كَسَنَةٍ وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَذَلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَسَنَةٍ أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ قَالَ لَا اقْدُرُوا لَهُ قَدْرَهُ … فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللَّهُ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ شَرْقِيَّ دِمَشْقَ … فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ لُدٍّ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يَأْتِي عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ قَوْمٌ قَدْ عَصَمَهُمْ اللَّهُ مِنْهُ فَيَمْسَحُ عَنْ وُجُوهِهِمْ وَيُحَدِّثُهُمْ بِدَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ أَوْحَى اللَّهُ إِلَى عِيسَى إِنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا لِي لَا يَدَانِ لِأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ فَحَرِّزْ عِبَادِي إِلَى الطُّورِ وَيَبْعَثُ اللَّهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ … وَيُحْصَرُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ حَتَّى يَكُونَ رَأْسُ الثَّوْرِ لِأَحَدِهِمْ خَيْرًا مِنْ مِائَةِ دِينَارٍ لِأَحَدِكُمْ الْيَوْمَ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ فَيُرْسِلُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ النَّغَفَ فِي رِقَابِهِمْ فَيُصْبِحُونَ فَرْسَى كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ يَهْبِطُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى الْأَرْضِ فَلَا يَجِدُونَ فِي الْأَرْضِ مَوْضِعَ شِبْرٍ إِلَّا مَلَأَهُ زَهَمُهُمْ وَنَتْنُهُمْ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ فَيُرْسِلُ اللَّهُ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ الْبُخْتِ فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ مَطَرًا لَا يَكُنُّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ فَيَغْسِلُ الْأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كَالزَّلَفَةِ ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ وَرُدِّي بَرَكَتَكِ فَيَوْمَئِذٍ تَأْكُلُ الْعِصَابَةُ مِنْ الرُّمَّانَةِ وَيَسْتَظِلُّونَ بِقِحْفِهَا وَيُبَارَكُ فِي الرِّسْلِ حَتَّى أَنَّ اللِّقْحَةَ مِنْ الْإِبِلِ لَتَكْفِي الْفِئَامَ مِنْ النَّاسِ وَاللِّقْحَةَ مِنْ الْبَقَرِ لَتَكْفِي الْقَبِيلَةَ مِنْ النَّاسِ وَاللِّقْحَةَ مِنْ الْغَنَمِ لَتَكْفِي الْفَخِذَ مِنْ النَّاسِ فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللَّهُ رِيحًا طَيِّبَةً … فَتَقْبِضُ رُوحَ كُلِّ مُؤْمِنٍ وَكُلِّ مُسْلِمٍ وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ يَتَهَارَجُونَ فِيهَا تَهَارُجَ الْحُمُرِ فَعَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ (وَفِي رِوَايَةٍثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ رِيحًا بَارِدَةً مِنْ قِبَلِ الشَّامِ فَلَا يَبْقَى أَحَدٌ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ إِلَّا قَبَضَتْهُ… قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ فِي خِفَّةِ الطَّيْرِ وَأَحْلَامِ السِّبَاعِ لَا يَعْرِفُونَ مَعْرُوفًا وَلَا يُنْكِرُونَ مُنْكَرًا فَيَتَمَثَّلُ لَهُمْ الشَّيْطَانُ فَيَقُولُ أَلَا تَسْتَجِيبُونَ فَيَأْمُرُهُمْ بِالْأَوْثَانِ فَيَعْبُدُونَهَا وَهُمْ فِي ذَلِكَ دَارَّةٌ أَرْزَاقُهُمْ حَسَنٌ عَيْشُهُمْ ثُمَّ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ). (مسلم)


83- Dari al-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menyebut perihal Dajal serta menyatakan sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq,  serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur,  dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur; juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya sepotong dicampakkan jauh dari yang satu lagi, kemudian diserunya lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya - yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka,  sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam Nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga;  dan lain lagi)." Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w., menjawab:  "Empat puluh hari,- hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua: Panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa. " Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah,  jika demikian hari yang panjangnya seperti setahun itu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w., menjawab:  "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan,"Baginda menerangkan lagi:"Semasa Dajal itu bermaharajalela Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya dipintu kariah yang bernama: Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s., lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta menggembirakan mereka dengan darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga; " Nabi s.a.w. menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya:


"Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hamba-Ku (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hamba-Ku yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi Nabi Isa dan pengikut-penqikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t. `hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa Kemudian Nabi Isa dan pengikut pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta,  maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah.  Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.  Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi. Tumbuhkanlah tanaman serta keluarkanlah buahmu dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi Untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w., bersabda: lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan,  maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari qiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman yang datangnya dari arah negeri Syam,  maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu. Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik dan tidak benci serta tidak melarang - daripada melakukan perkara yang buruk.  Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka, serta bertanya: `Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan din kepada Allah?  Tidak mahukah kamu menurut ajakkanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala,  sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah;  kemudian ditiup sangkakala,  yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa

(Muslim)

Sayugia diingat bahawa hadis-hadis berkenaan dengan zahirnya Mahadi keluarnya Dajal dan turunnya Nabi Isa a.s., adalah hadis-hadis yang sampai kepada martabat hadis "Mutawatir", demikianlah ditegaskan oleh ulama hadis. 

Wallahua'lam.

Apabila sampai masa berakhirnya umur dunia ini,  maka menurut ayat 65, Surah al-Zumar, ditiupkan Sangkakala:  Tiupan yang pertamanya, lalu matilah pada waktu itu sekalian yang bernyawa yang ada di langit dan di bumi melainkan mereka yang Tuhan kehendaki terkemudian matinya; mereka itu - menurut keterangan hadis - ialah Jibril, Mikail, Israfil, `Izrail dan Malaikat-malaikat yang memikul `Arasy; dan yang terakhir sekali mati di antara mereka ialah `Izrail.

Setelah semuanya mati,  dan segala urusan langit,  bumi dan lain-lainnya berada hanya dalam genggaman kuasa Allah semata-mata maka menurut keterangan hadis Bukhari, Muslim al-Nasa'i dan Ibn Majah - Allah s.w.t. berfirman dengan firman-Nya yang bererti: "Di manakah raja-raja pemerintah bumi dahulu, di manakah orang-orang yang gagah garang di manakah orang-orang yang sombong takbur? " dan menurut ayat 16, Surah Ghafir, Allah Taala berfirman lagi dengan firman-Nya yang bererti: "Kepunyaan siapakah kuasa memerintah pada hari ini?" Allah Taala menjawab sendiri dengan firman-Nya yang bererti: "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Maha Perkasa kekuasaan-Nya.

Kemudian, menurut ayat 68, Surah al-Zumar, Tuhan perintahkan pula supaya ditiupkan Sangkala: Tiupan kali yang kedua, maka dengan serta merta sekalian yang mati kembali hidup dengan kuasa Allah yang kepada-Nya menurut ayat 28, Surah Luqman - Soal menghidupkan kembali sekalian yang mati itu dengan sekaligus; sama mudahnya seperti menghidupkan seorang sahaja! Setelah sekalian yang mati hidup kembali,  mereka bangkit dari kubur masing-masing menunggu untuk menerima apa yang akan diperintahkan kepada mereka.

Sayugia diketahui, bahawa tiap-tiap seorang dihidupkan kembali mengikut keadaan yang ia berada padanya ketika ia mati dahulu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w., pada hadis yang berikut:

84- عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ. (مسلم وابن ماجه)

84- Dari Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah beramal salih, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah,  berbuat jahat,  maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya".

(Muslim dan Ibn Majah)

Setelah sabit yang demikian, maka sudah semestinya tiap-tiap yang berakal fikiran, berusaha pada tiap-tiap saat hidupnya menjaga dan memelihara dirinya daripada melakukan sebarang kejahatan atau kederhakaan serta sentiasa beramal salih, supaya ia tidak mati melainkan dalam keadaan mematuhi perintah Allah, semoga ia dibangkitkan Allah hidup semula dengan keadaan gembira dan bahagia.

0 comments:

Teman seperjuangan..