PERSONALITI MUSLIMAH IDAMAN

Mutiara yg bersinar dapat dilihat dari kejauhan oleh penghuni langit adalah muslimah solehah. Muslimah yg sejati ini menjadi perhiasan hakiki di dunia yg memperindahkan bumi dan mendamaikan segala keadaan. Muslimah idaman atau lebih tepat wanita yg diidamkan adalah mereka yg tergolong dalam kalangan muslimah solehah dan muslimah yg sejati.,Tuhan menjadikan wanita sebagai ciptaan yg seni dan dijadikan wanita ini mempunyai sifat pemalu yg sebati dalam diri dengan tanpa dididik dan tanpa perlu diajar,ini adalah kerana utk mendidik jiwa kewanitaan iaitu sebagai perisai utk menjaga kualiti harga diri dan maruah agar senantiasa harga diri semakin mahal dan menjadikan maruah sentiasa berharga,dan perlu dijaga daripada jatuhnya harga dan nilai maruah drpd semakin hari semakin murah,semakin murah dan semakin murah.Bagaimana boleh jadi murah??, tepuk dada tanya selera,jika mahal alhamdulillah dan jika sebaliknya, anda perlu ‘upgrade’ diri anda agar semakin hari semakin berharga iaitu dgn nilai taqwa yg tinggi dan taubat drpd lahiriah keikhlasan jiwa anda.

Ciri-ciri muslimah sejati adalah mereka ini akan menghiasi peribadinya dengan budi pekerti yg luhur dan keimanan yg murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yg halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikkan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat kelak (insyaAllah).Muslimah sejati adalah terdiri daripada orang yg lemah lembut, manis akhlaknya dan penuh kasih sayang terhadap Tuhan, keluarga dan masyarakat.sentiasa memelihara kehormatan diri keluarganya.

Fikirkanlah alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yg berpegang teguh dgn ajaran kesucian (Islam) dan menghiasi bibirnya dgn perkataan yg mulia serta berzikir. Muslimah solehah juga bercirikan hati yg tunduk dan patuh dgn perintah Allah. Menjalankan kewajipan insani sesuai dgn kententuan Ilahi. Muslimah sejati bagaikan bunga yg mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman .

Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskan batuk di tangga, namun lebih daripada itu, Wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya.Anugerah keringan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.Rasulullah s.a.w. telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi.Sehingga pengorbanan wanita dikenang oleh setiap insan, kelembutannya meyejukkan hati bila memandang.Antara tokoh yg berjaya dibentuk oleh Baginda s.a.w. menjadi muslimah sejati ialah Fatimah, Aisyah, Khadijah, dan banyak lagi yg disebut dalam sejarah Baginda.Tiada seorang wanita pun yg ingin diseksa dgn penuh kehinaan lantaran dosa yg dikerjakan.Namun ramai wanita yg suka mendedahkan aurat, melakukan dosa dll yg menyebabkan ia menjadi penghuni neraka teramai.Kenapa wanita paling ramai di neraka dan bukan lelaki?? Jawapannya kerana wanita disisi Islam amatlah berharga dan bernilai oleh itu ia amatlah sensitif dan amat perlu di jaga batasannya dr segi percakapannya, perlakuannya, pergaulannya, dan lain lagi, ia tidak ubah seperti’Diamond’ yg perlu dijaga dgn rapi kedudukannya, bekasnnya, susunannya kerana ia amatlah berharga dan mahal.Setiap nasihat dan wasiat Rasulullah menjadi pelita dlm kehidupan seorang wanita solehah.Ingat! wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yg beriman dan menjadi idaman.

Semoga menjadi pedoman wanita yg ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah dan ibu yg penyayang, Insya-Allah. 

Leer completo...

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

Assalamualaikum, 


Penipuan atau Ghurur adalah peringatan kepada manusia dan membuat manusia lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Ia diebabkan oleh tiga perkara iaitu Syaitan, orang-orang kafir dan disebabkan dunia dan segala isinya (perhiasannya).
Wanita dianugerahkan kelembutan, namun ia bukan satu kelemahan dan bukan untuk diperbodohkan atau ditipu.. kelembutan bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya letaknya kasih sayang Allah s.w.t pada kaum wanita. 


Dunia itu tiada lain hanyalah mata benda yang menipudaya” (Ali-Imran:185).



Disini ana masukkan jenis wanita yg mudah ditipu lelaki agar kita wanita tidak terpedaya, bukan berniat  menyalahkan lelaki, tetapi muhasabah diri agar tidak mudah ditipu dengan syaitan, org2 kafir, dunia dan segala perhiasannya termasuk lelaki.. nauzubillah...


6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki


1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

2. Wanita yang "terdesak" untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

3. Wanita "sosial".

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada "night life", disko, berparti, "clubbing", pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah "life is short, so have fun!", atau "masa muda ni la nak rasa macam-macam..".

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

5. Wanita yang memandang "faktor fizikal" sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki "cute", "macho", dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin "handsome", "cute", "sexy" seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan "sistem pertahanan" diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK "handsome" dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang "handsome"?

6. Wanita yang "sabar" tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu "makan hati berulam jantung", atau mungkin juga dah sampai tahap "makan tangan berulam kaki". Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.



**********


Iyyaka na'budu wa iyya kanasta'iin....
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk serta hidayahNya kepada kita semua.. amin... 

~mps  
Leer completo...

Akal dan Ilmu umum ~ cerdik dan kematangan

Assalamualaikum...


Salam sebagai pembuka kata,
menjadi amalan hidup kita,
indahnya malam diselimuti ketenangan,  
teruskan dgn ibadah berpanjangan... =)


Begitulah akal diberi untuk berfikir, Hati diberi untuk menilai... Menambahkan akal, nescaya hampirla kita kepada Allah. Indah bukan ayat potongan Sabda Rasulullah kpd Abu Darda...
Malam berlalu pantas, ingin ana kongsikan tentang apa yang ana pelajari hari ni.Insya'allah


Ada yang berkata.. semua orang ada otak, ia jawapan yang sering diterima bila ada yang menegur  kesilapan. Otak cuma organ tubuh kita yang binatang juga memilikinya,bila otak bekerja dan berfikir ia disebut akal, dan ini juga membezakan kita dengan binatang. Itulah kelebihan kita manusia dianugerahkan otak yang berakal untuk berfikir. Malah tegaknya agama bagi org mukmin adalah pada kesempuranaan akalnya. Begitu pula akhlak yg diukur pada kesempurnaan akal.
Sabda Nabi SAW, yg bermaksud ; "Tiap sesuatu mempunyai tiang. Tiang orang mukmin  ialah akalnya " (Riwayat Ibnu Mahar dari Abi Said dlm Ehya' Ulumuddin.)


Berbalik pada tajuk Akal dan Ilmu umum ~ cerdik dan kematangan... seorang yang sempurna akal adalah yang mengoreksi (muhasabah) dirinya dan bersiap untuk menghadapi maut, sedang orang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsu dan mengharap berbagai harapan atau berangan-angan (tanpa usaha)... 


Islam tidak hanya mengukur kecerdikan akal kepada kelulusan atau ijazah yg dimiliki atau keputusan IQ yg baik.Tapi dari sejauh mana seseorang itu berusaha menyelamatkan diri serta menghadapi  bahaya kerosakan dan penderitaan hidup di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Marilah sama-sama kita kembali perbetulkan pemikiran akal kita yang mungkin sesekali tersungkur dengan arus kemodenan kini..Menurut ukuran umum hari ini, seseorang yg dianggap bijak atau cerdik melalui tahap pendidikan dan segulung ijazah dan apa-apa yang sepertinya, tetapi dalam kehidupan hariannya ia sedang meniti di jurang bahaya api neraka serta melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri di dunia dan di akhirat, seperti keruntuhan akhlak yang menjadi isu besar abad ini.. tidak sembahyang, tidak puasa, tidak menutup aurat, maksiat dan sebagainya, maka itulah orang yang bodoh atau dungu. 


Seperti kata penulis buku ciri-ciri wanita yg membawa ke syurga, Jaafar Salleh. Sungguh rasional ayat ini buat membuka minda kita. 
Apa guna memiliki ijazah tinggi kalau budaya kehidupan harian sama seperti kehidupan binatang. Apa erti memiliki ratusan universiti dan jutaan graduan yg lahir dalam pelbagai bidang, kalau dalam masa yang sama ribuan pula buat maksiat, terlibat dalam kes-kes keruntuhan akhlak, penyalah gunaan wang, kuasa, rogol, zina dan sebagainya.  


Jika terus-terus lahir keadaan demikian, maka dunia bukan lagi tempat kedamaian dan dihuni oleh penghuninya yang baik, tapi sebalinya. Jadilah dunia ini sebagai neraka sebelum neraka hakiki di akhirat kelak.
Wanita hari ini belum dianggap dan diiktiraf sebagai  wanita cerdik dan cantik serta matang, selagi hanya mempunyai sijil dan kelulusan tinggi, tapi dalam masa yang sama boleh diperalatkan untuk tujuan pemuas nafsu dan immoral. Jangan saja sering salahkan pada yang menjadikan ia, tapi renung kembali pada penyebabnya. Semua tindakan membawa kepada akibat.. Itulah kesannya jika soal aurat dan akhlak dinggap mudah oleh sesetengah wanita. Seperti tudung dan aurat yang berbeza penggunaannya dan pemahamannya. Wanita kini dijadikan bahan untuk menarik perhatian seperi iklan-iklan. Wanita cantik dijadikan objek menarik perhatian sang mata yang melihatnya. Dan hati yang lemah imannya pasti saja tertaut. Jauh sekali untuk benar-benar digelar cerdik, cantik akalnya dan matang pemikirannya.


Wanita yang akalnya cerdik belum boleh dianggap matang. Kerana saat ini ramai wanita cerdik, berpelajaran tinggi, aktif di tengah masayarakat tetapi menjadi punca fitnah dan kerosakan.Jelaslah bahawa kecerdikan (berdasarkan ilmu umum) belum menjamin keselamatan.


Ciri-ciri wanita cerdik dan matang mengikut ukuran islam;
a) Tahu menilai dan meletak dirinya sesuai dengan tempat, watak dan kebolehan serta selaras pula dengan syariat Islam.
b) Pandai melayan suami dan mengatur rumah tangga.
c) Pandai mendidik anak-anak sehingga menjadi orang yg bertaqwa dan boleh berkhidmat kpd masyarakat.
d) Peka dan berstrategi.


Setelah memiliki sifat-sifat demikian yang semestinya didahulu dengan memiliki iman dan takwa serta diiringi dengan ilmu dan pengalaman yg berkaitan dgn bidang dan tugasnya.. insya'allah semua suasana sekeliling tidak akan mempengaruhi kehidupan kecuali kehidupan Islam yang membentuk watak serta peribadi yang mulia. Inilah keteria wanita solehah..
Kematangan seseorang janganlah diukur hanya daripada umur, pengalaman dan ilmu saja.


Sungguh kiasan "Aku lebih dahulu makan garam" yang sering digunakan... namun tidak dapat dinafikan ia menjadikan hidup semakin matang. Tapi ketahuilah bahawa seseorang yang tidak beriman atau lemah imannya, apabila makin lama hidup, makin tidak siuman atau nyanyuk. 
Tidak siuman dan nyanyuk bukan diukur pada sikap dan tindak tanduknya bagai org gila, tetapi sejauh mana ia berusaha meningkatkan amalannya yg dapat dijadikan bekalan untuk hari akhirat. Jika hanya dengan keagresifan dan dinamik di bidang keduniaan  yang tidak memberi faedah utk akhirat , maka belum dikira cerdik atau matang.


Bersama-sama lah kita membuka semula fikiran kita, muhasabah diri tentang akal dan ilmu umum serta hakikat cerdik serta kematangan... jangan lemah dan gusar dengan apa yang sering ilmu umun gelarkan 'kuno'... Percaya kcpada kemampuan diri sendiri adalah rahasia dan sendi kebahagiaan, juga pintu kemajuan dan keluhuran . Fikirkanlah keselamatan diri di akhirat kelak, insya'allah lebih semangat.. 
Wallahualam.. =)


~mps

Leer completo...

Nilai Wanita

Assalamualaikum…
Dingin-dingin pagi menjanjikan keindahan yang tiada jawapan, mungkin kerana matahari belum menunjukkan kehebatannya.
Dalam memperinci setiap buku-buku yang tersusun rapi di perpustakaan, ana melihat sebuah buku yang cantik hiasan kulitnya bertajuk “Wanita yang membawa ke syurga”.. subhanallah dari membaca tajuk bukunya saja dapat merasakan ketenangan yang tersangat indah. Nikmat wanita dan syurga… Ingin sekali menghuni syurga Allah, namun tersirat perasaan kecil di hati, mampukah hamba yang hina ini mendiami syurga-Nya…  

Masih segar kisah yang ku lihat semalam, sebuah cerita bertajuk Perempuan Perkalung Sorban. Cerita yang menjadikan ana berfikir panjang dan menjadi lebih semangat untuk lebih tahu tentang nilai seorang wanita di dunia ini.

Pentingnya kaum wanita bagi kaum lelaki, tempat menanam dan menghasilkan zuriat/keturunan manusia dari generasi ke genarasi hingga kini dan menjadi sumber kebahagiaan dan kedamaian di dunia ini. Sesungguhnya nilai wanita itu bukanlah semata-mata terletak pada ilmu dan rupa cantik serta alat persolekannya, tapi dinilai berdasarkan imannya dah akhlak mulia yang ditunjukkan. Itulah hakikat yang dikatakan wanita yang sebenar-benarnya.
Islam telah memuliakan darjat wanita dengan mengawal dan menjaga maruah mereka, meringankan beban tugas, bebanan perasaan dan lain-lain. Sementara kedudukan di akhirat, kaum wanita diberi kemudahan oleh Allah untuk masuk kesyurganya. Iaitu dengan melakukan solat dengan sempurna, puasa Ramadhan, taat pada suami dan mejaga maruah. Hanya dengan amalam yang sedikit serta ringan Allah menjamin untuk menduduki syurga melalui pintu mana yang disukai.

Generasi wanita hari ini sememangnya cerdik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang dipelajari, apatah lagi yang mampu dan Allah telah berikan kelebihan akal serta kemampuan untuk pergi lebih jauh berbanding orang lain... Mereka juga kelihatan cantik dengan rupa asli dan rupa yang disolekkan dengan alat solek yang bewarna warni, dengan haruman serta keindahan busana pelbagai gaya yang kini pelbagai tema di pasaran. Busana yang tidak melabelkan untuk siapa harus memakainya, buat wanita islam atau tidak. Wanita kini bebas memilihnya. Tapi saying kecerdikan itu terbatas di dunia ini saja, Cuma cerdik akal tapi tidak cerdik hati…. Cantik rupa tapi tidak cantik akhlak…

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya “Dunia merupakan suatu keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan). Sebaik-sebaik keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita solehah” –(Riwayat muslim)
Kata hukamak; “Wanita adalah tiang atau tunggak negara. Jika mereka rosak, maka rosaklah Negara dan jika mereka baik, maka baiklah sesebuah Negara dan bangsa.”

Seperti yang apa telah ana baca, Wanita yang cerdik sebenar-benar cerdik tidaklah dinilai pada kepintaran akal lantaran berpendidikan tinggi.  Tidak sepertin ramai tanggapan zaman ini, nilai seseorang wanita diukur dari ketinggian pendidikan yang dibawanya, pekerjaan, gaji serta latar belakanag kelaurganya… Sementara kecantikan pula tidak hanya dinilai pada wajah cantik dan pada kesolekan pakaian dan wajahnya. Yang syaitan cantikkan pandangan matanya, mencantikkan bibirnya serta segalanya kelihatan indah yang menarik perhatian mana-mana lelaki yang lemah imannya lantas tergoda.
Hakiakatnya sebuah kecerdikan hanya dinilai pada kecerdikan hati dan kecantikan pula dinilai pada kecantikan akhlak.  Wanita solehah yang menjadi sumber kebahagiaan dunia buat suami, keluarga dan masyarakat , dinilai dari sifat cerdik hati dan cantik akhlaknya.. bukan pendidikan dan kecantikan fizikal nya.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud. “Empat perkara yg menjadikan seseorang itu merasa bahagia ; Isteri solehah, anak-anak yang baik, yang taat, dapat bergaul dengan para solehin (ulamak alimin) dan mendapat rezeki (halal) di tempat ia tinggal” (Riwayat Ad Dailami dan Syaidina Ali KWj)
Itulah hakikat dan nilai wanita sebenar yg menjadi pilihan lelaki dan diperlukan masyarakat. Nilai mereka terletak pada iman yang tertanam di dalam jiwa mereka dan akhlak mulia yang menjadi pakaian dan perhiasan diri mereka. Hanya lelaki yang tidak berakal memilih sebaliknya =P

Setiap kita mengiginkan kebahagiaan, ternyata semua insan mengidamkannya.. Kebahagiaan dunia dan akhirat… kebahagiaan bangsa dan Negara. Mengiginkan kepada orang yang cerdik dan berakhlak cantik adalah fitrah semulajadi manusia.. sentiasa menginginkan sesuatu yang indah. Tetapi berapa ramai di antara  di antara kita yang berusaha untuk mendidik generasi wanita agar menjadi golongan yang cerdik hati dan cantik akhlak. Malahan dengan keruntuhan moral dan kebebsan berpakaian di Negara ini, semakin ramai wanita yang sesat dan terpesong oleh arus pembangunan.
Islam ini agama yang indah, penuh kelembutan dan keindahan… tidak sedikit pun menyusahkan, malah wanita diberi kelonggaran dalam beberapa segi, sungguh ia adalah sebagai rahmat dan kasih sayang ALLAH kepada wanita selaku golongan yang lemah fizikal dan akal.

Sesungguhnya mulianya seseorang wanita bukan kerana banyak  membuat jasa dan terkenal di seluruh dunia, bukan kerana pendidikannya, bukan kerana latar belakangnya tetapi kerana sifat lemah-lembut dan penyayang serta menjaga maruah dirinya dan berjasa kepada suami dan anak-anak. Juga kemuliaan wanita bukan kerana pintar akal, menghasilkan pelbagai teori dan falsafah serta menjadi perancang dan pencatur dunia, tetapi mulia mereka kerana menjadi golongon yang taat dan menyenang dan meredhakan hati suami. Berharganya waniat bukan kerana rupa cantik dan pandai bersolek dan bergaya, tetapi kerana kecantikan dan keindahan akhlak wanita…

~ mps

Leer completo...

Petua-petua buat suami

Assalamualaikum...


Mencari maklumat tentang perkahwinan... ana terjumpa satu artikel di laman tripod yang nampaknya sangat berguna dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga buat suami isteri mahupun yang bakal bergelar suami/isteri..Ringkas tapi padat..

 Ana kongsikan buat pembaca.. mudah-mudahan bermanfaat hendaknya.. amin..


A. Petua Menjaga Hati Isteri
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.
5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi. 
11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

B. Petua Mencurahkan Jalinan Kasih
1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.
2. Buktikan kasih sayang daripada suami
   - Hadiah dan penghargaan
   - Senyuman
   - Perbualan mesra
   - Gurauan
   - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
   - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.

3. Sentuhan sayang
   - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan
      tujuh hari sekali.
   - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan
     kepada isteri apabila dirangsang suami.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
   - Suami sebagai contoh bagi isteri
   - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
   - Suami sebagai tempat bergantung
   - Sumber semangat dan kekuatan
   - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

C. Petua Mengetahui Cinta Pasangan Hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti dibawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :
1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkahlaku yang lemah lembut setiap hari, Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

D. Petua Menjadi lelaki Pilihan

Ciri-Ciri Lelaki Pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri

Lelaki Pilihan Wanita
01. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
02. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
03. Berpendirian teguh
04. Bersikap terbuka dan matang
05. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
06. Mempunyai sifat kepemimpinan.
07. Boleh berbincang dan berterus terang
08. Penyabar
09. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

E. Petua Menghadapi Pertengkaran
Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.
Hakikat Pertengkaran
1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.
2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya. 
3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-Petua Menghadapi Pertengkaran
1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.
2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.
3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
"Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.
6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri. 
8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

F. Petua Memilih Wanita Idaman Atau Perempuan
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.
Calon-calon isteri pilihan
1. Wanita yang Solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal. 
 

Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut Islam antara lain bertujuan:
1. Menjamin proses kehidupan manusia
2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri
Leer completo...

Model Muslimah Sejati

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim) 

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. 

Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting. 


Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. 

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. 

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup. 

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. 

Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." - (Riwayat Bukhari) 

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah. 

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah. 

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah. 

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah. 

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 

Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. 

Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. 

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." - (Riwayat Abdullah ibn Humaid). 

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. 

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya. 

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya. 

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: "...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah..." - (Surah an-Nisa: 34) 

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya." - (Riwayat Imam Ahmad) 

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. 

Sabda Rasulullah bermaksud: "Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga." - (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi) 

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. 

Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi. 

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya. 

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain." - (Riwayat Al-Tausi) 
Leer completo...

Apabila Menghadapi Ujian Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.


Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. 
Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sengaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. 

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: 

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji.

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.

Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

Ujian itu adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya seperti Nabi saw bersabda "Sesungguhnya antara dosa itu ada dosa yang tidak dapat ditebus oleh sembahyang, haji dan umrah hanya dapat ditebus dengan kerisauan hati dalam mencari nafkah hidup." (Riwayat Ibnu dan Abu Na'im dari Abu Hurairah).

Apalah guna hidup senang, tetapi penuh dengan dosa dan noda, Nabi saw bersabda "Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah yang lama gembiranya pada akhirat dan lebih lama kenyangnya di dunia akan lebih lama lapar di akhirat." (Riwayat Ibnu Asakir).

Ini bererti mereka yang hidup sengsara, menderita kelaparan, sakit dan risau di dunia ini akan mendapat kegembiraan yang lama pada akhirat nanti, sebaliknya golongan yang kenyang dan gembira di dunia ini akan lama kelaparannya pada akhirat. Bagi mereka yang hajatnya tidak tercapai di dunia ini, janganlah berduka cita atau putus asa atas keputusan Allah, habuan mereka tersimpan pada akhirat nanti.

Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan berasa) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Manusia berasa sukar menerima keadaan yang biasa menimpa seperti kemiskinan, kerugian, kehilangan barang, pangkat, kematian dan perkara lain yang mengurangi kesenangannya.

Apa yang dapat bertahan dalam kesukaran seperti itu hanyalah orang yang mempunyai sifat sabar dan reda. Dalam hadis Qudsi nabi menceritakan "bahawa Tuhan berkata" Akulah Allah, tidak ada Tuhan yang sebenarnya, selain Aku, maka barang siapa tidak sabar atas cubaanku, tidak bersyukur atas nikmatku dan tidak rela terhadap keputusanku, maka hendaklah dia mencari Tuhan yang lain daripada Ku."

Nabi saw membuktikan cinta dan kasih sayang kepada umatnya ia sanggup menanggung segala susah payah yang menimpa dan inginkan kebaikan daripada umatnya, hingga hampir wafatnya ia masih menyebut umatku, umatku, umatku, seperti mana firman Allah bermaksud "...sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saw) yang menjadi sangat keberatan kepada sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman." (Surah at-Taubah, ayat 128)

Tidak ada siapa pun yang mahu meminta supaya dirinya dikenakan musibah, contohnya sakit, kerana tidak tahu nikmat musibah itu sebenarnya, sebaliknya mengganggap musibah itu adalah buruk...



Wallahualam..
Leer completo...

Teman seperjuangan..