Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Pantasnya masa yang berlalu, terus berlalu tanpa menanti sesiapa jua yang ada di atas muka bumi. Sedar tidak sedar 2010 bakal berakhir jua... Ya Allah... berdebar ana menanti hari-hari seterusnya..Maka ia akan bermanfaat bagi yang berjalan dengan rasa rendah hati, mengenali, siapakah Pencipta bagi seluruh Alam ini... Segala Puji bagi Allah S.W.T, tiadalah pujian yang semulia selain memuji Allah , tuhan yang Satu.
Seketika ana duduk sendiri, ditemani malam yang semakin suram... hanya kendengaran sayup-sayup lagu nasyid memuji kebesaran Ilahi dari komputer riba milik sahabat ana. Meneliti setiap lirik-lirik lagu ini..menyelinap masuk jauh kedalam hati... Terasa sayu ...
Kemudian hati berbicara sendiri, tiada apa yang ana gambarkan hanya pasrah dan dosa, berdoa dan bersyukur kerana masih mengenali Mu ya Allah... Bersyukur masih berada di jalanMu... Seketika... terkenang kisah lama yang telah lama tersimpan dalam kotak memori hidup ana.
Hidup ana di dunia kini masih mencari kesucian diri, setelah raudhah keinsafan menjelma di saat semakin jauh dengan kesenagan dunia..
Dari Abu Hurairah r.a katanya:
”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
(Muslim)
Masih tersirat di sanubari ini, dosa di alam maya yang pernah menguasai ketika dulu. Hidup ini tiada haluan, hanya mengikut rentak hati dan perasaan. Segalanya tiada difikirkan lagi, segala keinginan tidak pernah bertepi.
Setelah diri terlantar tiada lagi bermaya, di saat merenung langit yang luas, air mata keinsafan mengair tiada berhenti. Subhanallah... indahnya alam ini.... terdengar satu suara yang sayup2 kedengaran jauh di dalam jiwa..mengenang kembali saat nafas ana hampir berhenti..
tiada apa yang bermain di fikiran hanya mati.
Tika hidup terasa asing, tika kehadiran di dunia tidak diperlukan, segalanya tiada bermakna lagi.
Ana masih ingin terus bertahan. Sayangnya, ana tidak mampu dan memilih untuk mati. Ana malu kerana mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w ...
Ya Allah, ampunkanlah aku!
"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)
Air mata keinsafan mengalir sesekali di kala sepi, dalam setiap doa pada Allah SWT...Dan ana hanya berdoa di segala keinsafan,
Aliran kasih Rasulku terasa seperti menyelinap masuk dalam setiap urat darah ana. Berdegup bersama degupan jantung.... Memasuki ruang pernafasan ini dan akhirnya berdenyut dalam setiap denyutan nadi, seiring linangan airmata keinsafan yang mengalir. Menangisi segala kekhilafan.... Rintihan dari hamba Allah yang dhoif kerana mengenang dosa.
Ana ikhlas Ya Allah, ikhlas menjadi umat As-Sodiq Al-Amin.. umat Nabi Muhammad s.a.w. Kurniakanlah kepada diri ini kekuatan agar ana benar-benar kuat menghadapi godaan dunia ini...
Dan ana memulakan segalanya...
Namun, segalanya tidak pernah mudah, dalam menuju makrifatullah terlalu banyak halangan yang harus ditempuh. Pandangan 'mereka' yang semangnya tidak pernah senang dengan perubahan ini. Apa salahku...Ya Allah tabahkan lah hati hamba Mu ini...
Segala fitnah yang ana terima, menjadikan diri ini semakin berani mendepani 'mereka'.
Ana lenturkan sifat sabar di dalam diri seutuh yang ana mampu...
Ana atur langkah berhati-hati, agar tidak jatuh lagi dalam menuju jalan itu, semakin jauh, semakih utuh hati ini menerima segala dugaan. dan Kemanisan iman mula itu ana rasai, subhanallah..... di kala kesusahan menyelubungi, hati ini bahagia, tenang malah tawa di wajah layu ini tetap ada. Kepahitan, yang telah dilalui pasti berakhir... InsyaAllah...
Alhamdulillah, kini segalanya berubah. Apatah lagi kehadiran teman sejati yang selama ini ana cari, telah ana temui, menjadikan perjuangan serta hidup lebih bermakna dan berani. Walaupun sebelum ini tiada siapa pernah peduli.
Mahupun telah lama berlalu, masih ada mereka yang tetap menjatuhkan diri ini... bersabarlah laila...ingatlah
tugas kita hanya menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dan menjunjung tinggi sunnah Rasulullah s.a.w...
Kadang kita kecewa bila usaha kita diperkecilkan malah dihina tapi sabarlah, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Pasti ada yang Allah sudah aturkan untuk kita semua. Cuma, kita harus sentiasa bermuhasabah, bermaafan dan bersabar”.
Alhamdulillah... hingga kini, ana masih sentiasa mencuba yang terbaik ...
Dan saat ini keinsafan semakin tulus menerima kesilapan diri..
InsyaAllah.....